29 January, 2010

Bulan pertama persekolahan

Pejam celik pejam celik, dah sebulan Danish bersekolah. Kadang kala tak sangka juga, aku ada anak yg bersekolah. Dan nanti, tak aleh aleh...Danish masuk Universiti (InsyaAllah) and masa tu aku rasa dah semakin tua. Times go so fast.... Nampaknya setakat ni Danish tak ada masalah yg serious disekolah. Hari pertama lagi dia dah tunjukkan tanda2 yg baik. Like mother like son. Me & husband bukan main lagi amik coti nak temankan dia kat sekolah on his first day school, manalah tau menangis ker, meraong ker, lari sekolah ker, but he is fine and look OK. Kitorg pulak dah macam perisik rahsia, main sembunyi2 kat pokok. Kelakar betul, kene halau lagi dengan Danish.

Minggu pertama sekolah takde lagi hal2 yang pelik terjadi. Cuma dia ada minta pensil colour baru. Kawan2 dia punya pensil colour sumer besar2 dan ada byk warna. Warna pun pekat. Kami belikan Danish pensil colour Luna yg biasa tu, cuma ada 16 warna saja. Dia said ok jer bila kami tak mahu belikan pensil colour macam kawan2 dia pakai.
Tapi...kitorg pulak yg bengang sebab time table tak dpt lagi. Kesian Danish kena angkut beg berat tiap2 hari. Can u imagine, 1 subject ada 3 buku yg tebal. Buku teks, bilingual & exercise book. BM, mats, eng ada pulak buku teks part 1 & part 2. Subject agama (ni cerita sekolah kebangsaan tau) lagi byk, belum masuk kamus arab yg tebal tu. Alamatnya cepat bongkok lah Danish macam ni. Kitorg tunggu sampai Jumaat, still lom dapat time table, apa cikgu diorang buat nih, sebelum naik sekolah kan diorang dah start keje 2 minggu awal? Adussss......


Minggu ke-2 sekolah, Danish bagi tahu cikgu suruh bayar yuran. Kami peliklah, rasanya tiada yuran tertunggak, sumer dah dijelaskan sebelum masuk sekolah. So, papa dia just bagi tahu Danish jangan risau sebab cikgu bagi tahu secara am. Maknanya 'sesiapa' belum bayar, kenalah bayar. Patutnya cikgu dia kena tambah skit, bagi sesiapa yg dah bayar sila abaikan kata2 saya ini (macam surat cetakan komputer bank).
Satu haritu Danish tanya, kenapa dia tak dapat makanan percuma? Kawan2 dia ramai yg dapat. Soalan ni kena jawab dengan betul, kalau tersilap info atau bagi kenyataan yg berbaur diskriminasi, susah nanti. So soalan2 macam ni yg layak jawab adalah his dad. Rasa2nya apa yea jawapan kami untuk soalan Danish tu? Tapi yg pastinya jawapan kami tu memuaskan Danish and he stop asking this & that.

Minggu ke-3 Danish sekolah seperti biasa. 8.45am ke sekolah agama sampai 10.30am. Pukul 12.30 dah kena stand by tunggu van sekolah. Danish ke sekolah naik van sbb takde sape nak hantar ambil dia, almaklumlah mama & papa kerja. Nenek lah yg uruskan makan, pakai Danish. Semoga Danish sentiasa sayang kat Nenek dia and tak lupakan Nenek bila dah berjaya nanti.
Ingatkan cerita makanan tambahan dan pensil colour dah tamat. Tapi...tiba2 Danish bagi tahu "Mama, Papa, kawan abang yg dapat makanan percuma tu kan ada pensil colour Swan. Pensil dia besar, ada byk colour cantik". Korg tahu tak macam mana pensil colour Swan tu? Rasanya korg boleh flash back tak apa kaitan pensil colour Swan ngan makanan percuma. Petang tu jugak, papa dia ajak pegi Jusco Bukit Indah cari pensil colour Swan Stabilo tuh. Mahal sey....takper ahh, untuk kepuasan Danish. Kalau u all dah ada anak nanti, sebelum jawab soalan fikir dulu ehhh...so, rasa2nya apa jawapan my husband utk soalan Danish (kenapa abg tak dapat makanan pecuma?).
Hari Rabu Danish ada kelas Pendidikan Jasmani Kesihatan, so kena pakai baju sukan. Korang tahu tak, dia boleh hilangkan seluar sekolah dia, mesti masa salin baju dia lupa simpan seluar tu dalam beg sekolah. Taktau lah mana pergi, dia tak bawa balik, sama ada tertinggal trus kat bilik air atau kawan dia terambil. Geram betul....Opss haritu Danish balik pakai baju sukan yea...

Minggu ke-4, minggu berkabung. Hari2 Danish kene pakai songkok lilit kain putih. Sebelum tu ada sekolah ganti pada Sabtu 23-Jan untuk cuti panjang Chinese New Year. Tapi disebabkan kemangkatan Baginda Sultan Johor, maka tak adalah sekolah pada hari itu. Cantik pulak bila budak2 sekolah ramai2 pakai songkok lilit putih.

Tamatlah bulan pertama persekolahan.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

27 January, 2010

Al-Fatehah kepada Almarhum Duli Yang Maha Mulia Baginda Almutawakil 'Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail

Al-Fatehah...

Sembah Takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah Binti Almarhum Tunku Ahmad, Sultanah Johor serta kerabat Diraja, Kerajaan Negeri Johor.

Pada 22hb Januari 2010, bersamaan 6 Safar 1431H, negara telah dikejutkan dengan kemangkatan Baginda Sultan Johor yang ke . Baginda mangkat pada usia 78 tahun (8 April 1932 – 22 January 2010)

Sedang menyaksikan siaran langsung belangsungkawa Majlis Pemakaman Almarhum Tuanku, saya tercari2 artikal2 yg boeh di baca mengenai Almarhum Tuanku, dan dengan tanpa sengaja saya terjumpa risalah ini http://www.shalattas.com/news.php?extend.40.1 iaitu warkah dari Syed Hussien Alattas yang bertarikh 27hb. Januari 1987 kepada Almarhum Baginda Tuanku di mana waktu itu Almarhum merupakan Yang Dipertuan Agong Malaysia ke-8 (1984-1989). Dijemput anda yg membaca coretan saya dapat membuka dan membaca artikal tersebut.

Walaupun saya tidak berkesempatan mengenali Almarhum secara dekat, tetapi saya sebagai Rakyat Johor mengikuti perkembangan pemerintahan Baginda hampir 3 dekat. Pelabagi cerita negative & positive saya dengar mengenai baginda dan seluruh kerabatnya, tetapi pada saya itu tidak sama sekali menjejaskan rukun negara saya sebagai seorang Rakyat Malaysia. Pada saya, walau apapun tindak tanduk Sultan, keberadaan Baginda sebagai pemerintah negeri/negara sangat penting. Kedudukan negara sebagai sebuah negara yang merdeka terletak di dalam tangan Sultan. Cuba bayangkan jika Malaysia tidak mempunyai Majlis Raja-Raja....ntah Tanah Melayu sudah Merdeka ke belum....

Maka atas kemangkatan Almarhum Baginda Tuanku, saya sebagai Rakyat Negeri Johor akan sama2 berkabung selama 7 hari bermula dari tarikh Baginda bersemayam sehingga hari Jumaat 29-Jan-2010.

Adab2 berkabung :-
1. Bagi wanita Melayu : memakai tudung/selendang menutup kepala berwarna putih
2. Bagi lelaki Melayu : bersongkok putih dengan lilitan kain putih 2"
3. Bagi wanita & lelaki bukan Melayu : melilit kain hitam 2" di bahagian lengan sebelah kiri

Semoga Almarhum ditempatkan dalam golongan orang2 yang beriman...
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...