Sembah Takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah Binti Almarhum Tunku Ahmad, Sultanah Johor serta kerabat Diraja, Kerajaan Negeri Johor.
Pada 22hb Januari 2010, bersamaan 6 Safar 1431H, negara telah dikejutkan dengan kemangkatan Baginda Sultan Johor yang ke . Baginda mangkat pada usia 78 tahun (8 April 1932 – 22 January 2010)
Sedang menyaksikan siaran langsung belangsungkawa Majlis Pemakaman Almarhum Tuanku, saya tercari2 artikal2 yg boeh di baca mengenai Almarhum Tuanku, dan dengan tanpa sengaja saya terjumpa risalah ini http://www.shalattas.com/news.php?extend.40.1 iaitu warkah dari Syed Hussien Alattas yang bertarikh 27hb. Januari 1987 kepada Almarhum Baginda Tuanku di mana waktu itu Almarhum merupakan Yang Dipertuan Agong Malaysia ke-8 (1984-1989). Dijemput anda yg membaca coretan saya dapat membuka dan membaca artikal tersebut.
Walaupun saya tidak berkesempatan mengenali Almarhum secara dekat, tetapi saya sebagai Rakyat Johor mengikuti perkembangan pemerintahan Baginda hampir 3 dekat. Pelabagi cerita negative & positive saya dengar mengenai baginda dan seluruh kerabatnya, tetapi pada saya itu tidak sama sekali menjejaskan rukun negara saya sebagai seorang Rakyat Malaysia. Pada saya, walau apapun tindak tanduk Sultan, keberadaan Baginda sebagai pemerintah negeri/negara sangat penting. Kedudukan negara sebagai sebuah negara yang merdeka terletak di dalam tangan Sultan. Cuba bayangkan jika Malaysia tidak mempunyai Majlis Raja-Raja....ntah Tanah Melayu sudah Merdeka ke belum....
Maka atas kemangkatan Almarhum Baginda Tuanku, saya sebagai Rakyat Negeri Johor akan sama2 berkabung selama 7 hari bermula dari tarikh Baginda bersemayam sehingga hari Jumaat 29-Jan-2010.
Adab2 berkabung :-
1. Bagi wanita Melayu : memakai tudung/selendang menutup kepala berwarna putih
2. Bagi lelaki Melayu : bersongkok putih dengan lilitan kain putih 2"
3. Bagi wanita & lelaki bukan Melayu : melilit kain hitam 2" di bahagian lengan sebelah kiri
Semoga Almarhum ditempatkan dalam golongan orang2 yang beriman...
1 comments:
Al-Fatihah buat Almarhum Sultan...
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman... Amin..
Post a Comment