Kini, setelah 2 bulan berlalu, Indonesia dilanda bencana.
Subhanallah (Allah Maha Besar) dia yang menentukan segalanya...
Tahun 2004, rakyat Aceh, di Indonesia telah dilanda Tsunami yang amat dasyat sehingga mengorbankan nyawa melebihi 200 orang (mengikut rekod) dan itu belum termasuk yang hilang tanpa dapat dikesan. Bantuan pertama yang mereka terima adalah dari jiran yang paling dekat dengannya iaitu Malaysia. Pasukan penyelamat pertama yang tiba adalah dari Mercy Malaysia yang diketuai oleh Dr Jemilah Mahmood .
Kini, sekali lagi Indonesia di landa bencana yang bertimpa-timpa dan seperti biasa pasukan penyelamat pertama yang tiba adalah Malaysia melalui Program Makanan Sedunia (WFP). Tetapi bantuan yang diberikan tetap diperlekehkan oleh Rakyat Indonesia. Kenapa???
2 bencana alam yang melanda negara jiran kita di Indonesi iaitu satu letusan Gunung Merapi dan satu lagi gempa bumi di Sumatera Barat yang telah meragut beratus-ratus nyawa. Tetapi saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai bencana yang menimpa Indonesia kerana semua orang sedia maklum tentang hal itu. Berita-berita mukhtahir mengenai bencana tersebut juga kita boleh dapati dari akhbar-akhbar tempatan dan sorotan berita di kaca televisyen.
Dapatkan cerita lanjut dari Berita Bernama 30 Oktober 2010:
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=539711
Tapi disini saya hanya mahu meluahkan rasa hati mengenai sikap dan jati diri.
Fikirlah wahai Rakyat Indonesia;
- Susah sangatkah untuk menjalinkan hubungan baik dengan Malaysia yang selama ini menjadi tempat sebahagian daripada kalangan kamu mencari rezeki?
- Susah sangatkah menerima kami sebagai jiran yang paling hampir?
- Susah sangatkah mengakui kita ini serumpun dan mempunyai budaya yang hampir sama?
- Susah sangatkah mencapai kesepakatan dalam membincangkan isu-isu semasa?
- Susah sangatkah memilih jalan damai sekiranya ada permasaalahan?
Kepada rakyat Indonesia yang ditimpa bencana, bersabarlah menghadapi ujian Tuhan. Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Saya berharap hubungan antara Indonesia dan Malaysia yang keruh dapat dijernihkan melalui bantuan kemanusian yang dihulurkan. Sesungguhnya kami disini sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa jiran kami.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia kasihkan jiran tetangganya, sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya.” (Hadis riwayat Muslim)