Perjalanan kami tergendala sebentar sebab memikirkan sewaktu itu Ayah kami (actually ayah mertua saya) akan terkandas kerana dia sedang dalam perjalanan balik selepas menghadiri perhimpunan bekas-bekas prajurit di Stadium Putra. Tak sanggup hendak meninggalkan emak yang sendirian di rumah menanti kepulangan ayah. Tapi kami terpaksa bergerak balik juga kerana emak memaksa kami meneruskan perjalanan memandangkan kami bekerja keesokan hari dan juga anak kami (Danish) bersekolah dan akan menduduki peperiksaan. Pesanan kepada mak agar duduk di dalam rumah dan kunci semua tingkap dan pintu kerana risaukan keselamatan mak. Ada juga cadangan agar kami memanggil saudara yang tinggal berdekatan agar datang menemani emak di rumah. Tapi emak enggan kami berbut demikian.
Dalam waktu yang sama, adik kami (adik ipar saya, Rizie) juga sedang bersiap untuk balik ke KL. Seperti kami, Rizie juga dipaksa balik oleh emak kerana dia ada kelas keesokan hari. Untuk pengetahuan anda, Rizie merupakan seorang tenaga pengajar di Universiti Teknikal. Emak tidak mahu menyusahkan kami semua. Maka dengan berat hati kami semua bergerak balik ke destinasi masing-masing.
Berita awal yang didengar dan juga yang diberitahu kepada emak adalah, sebuah bas dari Melaka ke Kuala Lumpur terbabas dan menyebabkan laluan dari selatan ke utara ditutup sepenuhnya. Maka laluan dari utara ke selatan terpaksa digunakan dan dibahagi kepada 2 bahagian, dan ini akan menyebabkan lalu-lintas menjadi perlahan. Kami juga memberitahu mak ada beberapa buah bas lagi terlibat termasuk Bas Kebajikan Masyarakat dan beberapa mangsa telah mati di tempat kejadian.
Mak tidak begitu risau dengan berita tersebut, kerana pasti tidak melibatkan bas yang dinaiki oleh ayah. Namun riak mukanya ada sedikit menunjukkan kerisauan walaupun diselindungkan tetapi masih boleh dilihat oleh anak-anak.
Tetapi, sebenarnya berita yang didengari itu sebenanarnya jauh lebih teruk dan sebaliknya kerana ia melibatkan rombongan balik bekas perajurit. Kami mendengar semula berita tersebut sewaktu dalam perjalanan balik melalui corong radio. Dalam hati kami sangat berdebar-debar janganlah melibatkan ayah kami. Mujurlah berita seterusnya mengatakan tiada nyawa yang melayang dalam bas yang membawa bekas perajurit dari Stadium Putra. Hanya bas Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur yang meragut nyawa seramai 11 orang.
Tetapi kami merasa lega juga kerana tidak memberitahu emak keadaan yang sebebnar. Kalau tidak, pasti mak akan bertambah risau. Tengah malam kami cuba menghubungi emak di rumah. Ternyata emak masih terjaga dan menunggu ayah pulang. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Emak berusaha menghubungi ayah tetapi gagal. Akhirnya, mak dapat juga menghubungi rakan ayah yang sama-sama dalam perjalanan tersebut. Sewaktu itu, mereka masih terkandas di Melaka dan tak pasti apakah situasi sebenar. Yang pasti ayah kami dan rakan-rakan yang bersama dalam bas rombongannya selamat.
Pagi seperti biasa kami bersiap untuk pergi kerja, masih memikirkan emak dan ayah. Lebih kurang pukul 7.00pg, saya menghubungi emak dikampung. Tersenyum saya seketika bila panggilan tersebut diangkat ayah. Menurut kata ayah, dia baru sahaja sampai lebih kurang pukul 7.00 pagi tadi. Alhamdulillah....semuanya selamat.
Salam takziah kepada keluarga mangsa kemalangan bas Delima.
0 comments:
Post a Comment