10 November, 2010

RAHSIA BERPANTANG 44 HARI

Rakan saya (Zurra Cantek) bertanya secara tiba-tiba dilaman facebooknya, “kenapa org selalu kate...SIMPANG MALAIKAT 44... ape maksud dier??” Jadi saya terpikir, apa kata menjadikan tajuk “44” sebagai catatan terbaru saya di blog yang tercinta ini.

Tapi, saya tak mahulah cerita pasal selisih simpang 44….uihhhhh….seram….selisih malaikat 44. Apa kata kita cerita pasal 44 hari menempuh waktu berpantang selepas bersalin kerana saya sudah megalaminya sebanyak 2 kali.

Sebenarnya, saya sendiri tidak pasti sebelum ini mengapa tradisi berpantang 44 hari mesti diamalkan selepas bersalin oleh masyarakat Melayu. Jadi, saya terus mencari bahan yang boleh digarapkan agar apa yang saya tulis nanti merupakan sesuatu yang fakta bukan mengarut. Terjumpalah saya di google search sebuah buku iaitu ‘Ensiklopedia Perbidanan Melayu’ (Anisah Barakah,2007:196). Menurut pembacaan saya dari buku ada rahsia di sebalik angka 44 di sudut ilmu dan tradisi Melayu.

Rahsia alam dan sifat kejadian manusia dilambangkan dengan angka 44 . Alam dikatakan mempunyai 4 penjuru dan setiap penjuru melambangkan unsur tanah, air, api dan angin. Dalam ilmu sufi,sifat kejadian manusia dilambangkan secara makrifat melalui keempat-empat unsur. Di setiap penjuru pula dibahagikan lagi kepada 44 dimensi dan di setiap dimensi dijaga pula oleh 44 malaikat dan mungkin inilah juga sebabnya kita sering mendengar lumrah masyarakat Melayu dahulu menyebut ‘selisih malaikat 44’ atau ‘simpang malaikat 44’.

Ilmu makrifat turut menyatakan perkaitan kejadian alam dan pergerakan cakerawala di mana 4 penjuru alam yang mengandungi 44 dimensi itu berhubung langsung dengan alam nyata. Kejadian manusia,berasal daripada tanah, bermula daripada perjalanan roh melalui 44 dimensi. Tanah ialah makam ketujuh daripada peringkat petala bumi. Justeru,deria rangsang manusia berkait rapat dengan pergolakan kejadian alam.

Proses kematian seseorang pula dikatakan bermula 44 hari sebelum kematiannya,iaitu dipercayai pintu dimensi telah terbuka dan ia menghubungkan alam nyata dan alam ghaib.

Dengan itu, konsep pemulihan seseorang perlu melalui pusingan yang sama dalam proses kejadian manusia,iaitu 44 hari sebagai waktu sempurna pulih sediakala.

Tempoh pantang bagi yang keguguran pula bergantung kepada usia kehamilan. Bagi yang keguguran di usia kandungan antara 2 minggu hingga 3 bulan,perlulah berpantang selama 30 hari. Di usia kandungan 4-5 bulan, pula berpantang selama 40 hari dan di usia kandungan 6 bulan dan ke atas , jumlah hari berpantang adalah 44 hari.

Ibu keguguran perlu elakkan makanan berangin seperti ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, serta terung. Makanan yang sejuk dan menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun dan buah-buahan yang sejuk seperti betik, ciku, langsat,duku, macang,kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai madu juga harus dijauhi. Ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, tudung periuk, cencaru, tamban, sardine, pari dan makanan laut seperti udang, sotong,kerang, belacan, budu, cencaluk, ikan masin turut ditegah.

Mak aihhhhh….komplikatednya kalau nak diikutkan dari ‘Ensiklopedia Perbidanan Melayu’ ni. Waktu berpantang saya juga selama 44 hari, lebih kurang sama dengan apa yang ditulis. Dan apa yang saya makan juga lebih kurang sama kerana makanan saya dipantau oleh emak dan seorang ibu (bidan) yang menjaga saya selama 2 minggu. Tapi selepas hari ke 15, ibu akan datang sekali sekala untuk menjenguk saya dan bayi.

Walaupun petua pantang larang kelihatannya seperti tidak logik atau kejam, ada bukti yang menunjukkan ibu yang melanggar pantang larang ini mendapat alahan seperti sakit bentan urat, demam yang susah turun, rambut gugur, mudah sayu, alahan kulit dan cuaca serta mudah letih.

Rutin pemakanan saya adalah termasuk meminum jamu dan air ubat periuk yang mengandungi rempah herba akar kayu pelbagai. Pemakaian barut dan bengkung juga penting selepas perut dilumur kapur dan limau di bahagian perut dan disapu param seluruh badan. Urutan seluruh badan didahului sebelum pemakaian bengkung. Kaki perlu disarung stokin,dahi pula dilumur pilis dan rambut diikat kemas dan ketat. Memang buruk rupa dan baunya sewaktu berpantang,salah satu tujuannya dikatakan supaya suami tidak rasa teringin mendekati. Tapi, saya rasa semasa saya berpantang takdalah sampai buruk rupa, suami pula cakap saya berbau harum (tapi tak tahulah itu ikhlas ke tidak)



Itulah serba sedikit pantang larang yang dapat diamalkan,ada beberapa lagi perkara yang tidak saya coretkan di sini. Wallahualam!

Apapun, setelah meneroboh ke dalam Ensiklopedia Perbidanan Melayu terbitan Utusan Publications, saya fikir semua wanita harus dimiliki naskah ini, khususnya yang sedang merancang untuk hamil,sedang hamil atau yang telah melahirkan. Ia mengandungi 8 bahagian merangkumi sejarah ilmu perbidanan, proses kehamilan,proses kehamilan, proses kelahiran, kaedah rawatan intensif,menyambut kelahiran bayi,ketidaksuburan dan keguguran dan disertakan glosari,senarai doa dan senarai tumbuhan dimuatkan dalam 343 halaman.

Rindunya nak berpantang lagi……….




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

07 November, 2010

CHANTEK lirik lagu yang CANTIK

Tertarik aku mendengar lagu dari Altimet berkoleberasi dengan Adeep Fabulous Cats yang berjudul Chantek. Walaupun lagu ni dah hampir 2 tahun ke udara, tapi ia tetap menjadi siulan sehingga kini. Setelah diamati bait liriknya satu-persatu, ternyata lagu ini mempunyai sentuhan yang amat halus. Sesuai untuk didendangkan oleh pasangan yang hangat bercinta dan sedang menuju ke arah alam rumahtangga. Lebih-leih lagi si jejaka yang sedang dalam pencarian mencari si gadis yang memenuhi ciri-ciri wanita pilihan sesuai dengan sunnah Rasulullah S.A.W.

Jom kita dengar lagunya...

Papap parap..

Hey wanita
Gembira dapat berjumpa
Teringat kembali kali pertama kita bersua
Ingat bila kita bersepatu serupa
Tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa

Kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
Kau paling menyerlah di antara mereka
Rambut hitam warna cokelat anak mata
Membuat aku kurang fasih bila bicara

Apa kata kita ambil sedikit masa
Untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
Dan jika kau rasa apa yang ku rasa
Ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya

Chantek…
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka.. Di jiwa..

Ohh chantek…
Sungguh aku cinta kamu

Dia..
Pandai menjaga hati ayah dan ibunya
Kelakuannya sama dengan orang tuaku juga..

Dia..
Bisa cipta yg gula dari yang cuka
Pandai menukar yg duka kepada suka

Dia..
Bijak mengatur acara dan juga masa
Cekap memasak garam gula secukup rasa..

Dia..
Pandai menjaga harta dan juga duitnya
Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya..

Dia..
Setia pada Yang Esa satu-satunya
Memenuhi tanggungjawab lima waktunya..

Dia..
Punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
Tak usah lengah
Ayuh kita berumah tangga

Chantek..
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman.. Mekar…

Chantek…
Dirimu buat ku tertarik..
Menghilang segala prasangka.. Di jiwa…

Oohhh chantekk..
Sungguh aku cinta kamu

Aku..
Melihat kita bersama di hari tua

Dia..
Masih satu tiada empat tiga atau dua
Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
Kau tetap cantik padaku aku tak lupa

Kita bersama di anjung luangkan masa
Kewangan kita merdeka mampu bersara
Hasil usaha kita dari masa dahulu
Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu

Hidup santai tak perlu terburu-buru
Punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
Anak kita dan ayahnya semua sebulu
Aku bilang kau chantek dan mereka setuju

Chantek..
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman.. Mekar…

Chantek…
Dirimu buatku tertarik..
Menghilang segala prasangka.. Di jiwa…

Ohh chantek…
Sungguh aku cinta kamu…



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

04 November, 2010

TUDUNG EXPRESS SANGGUL TINGGI

Trend sekarang, wanita semua nak pakai tudung express. Memang senang dan ringkas, tapi ada pelbagai gaya dan patern dapat kita lihat. Ada juga yang sebenarnya tidak bertudung tetapi memakai tudung express untuk mengikut trend semasa, ala-ala nak cuba penampilan baru. Kadangkala kita dapat lihat, bertudung tetapi sebenarnya tidak menutup aurat. Lebih-lebih lagi apabila mengenakan tudung yang jenis selendang dan dililitkan di kepala tetapi menampakkan leher dan alur lurah ehemm ehemmm...Macam mana tue?

Kewujudan tudung express sangat di alu-alukan untuk menarik minat wanita-wanita diluar sana agar bertudung dan menutup aurat. Tetapi wanita yang berfikiran solehah hendaklah pandai menyesuaikan yang mana sesuai dan yang mana tidak patut dipakai.

Baru-baru ini, trend sanggul tinggi sangat popular. Kenapa perlu memakai tudung seperti itu? Saya terbaca hadis dari Rasulullah SAW yang menyebut:

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah SAW juga bersabda:
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

Wahai rakan-rakan yang ku sayangi. Mulai hari ini, marilah kita ubah penampilan bertudung agar tidak menyalahi tatasusila sebagai umat Islam yang sebenar....

Jom tengok patern tudung sanggul tinggi masa kini:


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...