15 September, 2015

Tak Akan Putus Nikmat....Sabar.....

Thank you Allah....

"If Allah has destined something for you, no matter how far you go or run away, it will still come for you. That's Taqdir

Be strong enough to walk away from anything that makes you feel sad and unwanted. You deserve better than that. Because what has left you, wasn't meant for you.

Allah is very very Fair. So we just to trust Him in whatever He has written for us. Sure, we have to put efforts. Its OK, I'll be OK, I believe in Allah, coz He always nice to me."

Status FB terbaru saya......setelah sekian lama tak berblogging, terasa macam nak aktif semula. Its OK, tak ada yang baca pun still OK. I just want to released my stress.

Dunia...........

Kebelakangan ni di kelilingi oleh berjenis-jenis manusia. Melihat gelagat mereka, mengajar saya bagaimana untuk memperbaiki diri sendiri. Berhadapan dengan mereka, mengajar saya erti sebuah kehidupan dan bagaimana untuk menghadapi hari mendatang dengan hati yang kental. Dalam dunia ni, kalau mahu dipandang mulia, apakah perlu menunjukkan segala apa yang kita ada?

Manusia...........

Memang ada banyak jenis manusia yang dilahirkan dengan sifat berbeza-beza. Kadangkala pening pula kepala untuk menghadapi insan-insan yang tak pandai untuk menghargai, menghormati, apalagi mengerti. Bila manusia mementingkan diri sendiri dan berlagak untuk menonjolkan diri menunjuk kehebatan, pasti akan nampak janggal di mana-mana dan akhirnya kita akan rasa tiada keselesaan.

Yang Esa.......

Allahu Akhbar, Allah Yang Maha Besar. Terima kasih Allah kerana sentiasa baik terhadap hamba mu yang satu ini. Walaupun diri ini selalu mengelat, tapi Kau belum pernah memutuskan nikmat. Banyak kejadian yang Kau elakkan dari kami. Semua yang Kau berikan adalah yang terbaik untuk kami. Setiap ujian yang Kau beri pasti ada hikmat yang menanti. Tak mengapa.....kami sabar dan semakin belajar untuk menerima segalanya.

Rezeki itu mungkin bukan milik kami. Kami pasti Allah nak beri yang lain tanpa ada rasa dengki dan iri sesama sendiri. In sha Allah......


posted from Bloggeroid


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

30 May, 2015

Antara Euthanasia dan Kasih Seorang Anak

Baru-baru ini, saya menerima perkhabaran seorang makcik yang sedang nazak di hospital. Berulang alik juga berhari-hari membawa bonda saya kerana yang sakit itu adalah adiknya. Apalah daya saya untuk mengatakan tidak kepada bonda bila dia mahu pergi menjenguk adiknya. Dan tak tergamak saya membiarkan bonda ulang alik berhari-hari dengan hanya menaiki teksi sedangkan anak-anaknya semua lebih dari mampu untuk melayan kehendaknya.

Akhirnya......makcik saya diizinkan pulang oleh doktor, dengan alasan perubatan moden sudah tidak mampu membantu dan hanya kepada Allah sahaja kita diminta berserah. Seorang anak makcik saya bertanyakan pada adiknya apakah yang boleh diperbuat jika ibunya dibawa pulang kerumah, memandangkan anak sulungnya itu berada diperantauan dan belum boleh dapat pulang menjenguk ibunya. Adiknya hanya menjawab yang selama ibunya berada di hospital, hanya tong oksigen yang memberi bantuan pernafasan kepada ibunya. Dengan serta merta anaknya mengarahkan kami untuk mencari tahu dimanakah boleh didapati tong tersebut dan dia akan menghantar sumber kewangan untuk dibelikan dengan segera agar apabila ibunya pulang ke rumah, ibunya masih dapat mendapat segala kelengkapan sama seperti ketika berada di hospital. Walaupun ada yang berkata, doktor tak dapat membantu lagi, dan mungkin nyawa ibunya sudah 50-50, tapi kasih seorang anak masih mampu membantu ibunya dan berdoa agar ada keajaiban suatu hari nanti.

Tapi.....belum sempat pulang ke rumah, belum sempat tong oksigen dibeli, Allah telah menjemput makcik saya. Innalillahiwainnailaihirajiun, daripada Dia kami datang, kepadaNya kami kembali.

Makcik meninggal selepas Zohor dan berita itu disampaikan kepada anak sulong arwah yang masih diperantauan. Luluh hati anak, tapi apakan daya Allah lebih menyayangi ibunya. Yang lebih memeranjatkan kami apabila si anak meminta jenazah ibunya diuruskan segera dan tak perlu menunggunya kerana dia takut kalau ditunda akan melambat-lambatkan urusan pengurusan jenazah. Dan si anak masih belum dapat tiket penerbangan untuk pulang. Tapi, atas nasihat ibu dan bapa saudara terdekat, pihak keluarga terdekat semua sanggup menunggu disamping jenazah dan menanti kepulangan si anak, agar si anak ini tidak menyesal dikemudian hari kerana tidak dapat mencium ibunya buat kali terakhir. Akhirnya sampai juga si anak memeluk jenazah ibunya sebaik sahaja sampai menjelang 12 tengah malam. Alhamdulillah, dan jenazah ibunya selamat dikebumikan keesokan harinya seawal 10 pagi.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Apakah yang cuba diperbuat oleh sekumpulan doktor kepada makcik saya? Dari segi perubatan, ia dipanggil sebagai Euthanasia

Perkataan Euthanasia berasal dari bahasa Yunani iaitu " eu " yang memberi maksud “baik”, dan " thanatos ", yang bererti “kematian”. Dalam bahasa Arab, Euthanasia dikenal dengan istilah "qatl ar-rahma" atau "taysîr al-mawt". Menurut istilah kedoktoran, euthanasia bermaksud tindakan untuk meringankan kesakitan atau penderitaan yang dialami seseorang yang akan meninggal dunia, juga merupakan satu proses mempercepat kematian seseorang yang berada dalam kesakitan dan penderitaan hebat sewaktu kematiannya. (Hasan, 1995: 145).

Dalam praktik kedoktoran terdapat dua jenis euthanasia, iaitu euthanasia aktif dan euthanasia pasif. 

1. Euthanasia aktif adalah tindakan seorang doktor yang mempercepat kematian pesakit dengan memberikan suntikan ke dalam tubuh pesakit tersebut. Suntikan diberikan pada saat keadaan penyakit seseorang pesakit sudah sangat parah atau sudah sampai pada situasi yang sangat teruk sehingga boleh menyiksa jiwa pesakit tersebut, yang menurut perkiraan pihak medic sudah tidak mungkin boleh sembuh atau bertahan lama. Alasan yang biasanya dikemukakan doktor adalah, pengubatan yang bakal diberikan hanya akan memanjangkan penderitaan pesakit tersebut.

2. Euthanasia pasif adalah tindakan doktor menghentikan pengubatan terhadap seorang pesakit yang menderita penyakit yang sangat kronik, yang secara medic sudah tidak mungkin lagi dapat disembuhkan. Pemberhentian sokongan perubatan ini bererti mempercepat kematian pesakit tersebut. Alasan yang lazim dikemukakan doktor adalah karana keadaan ekonomi pesakit yang terbatas di mana dana yang diperlukan untuk proses pengubatan sangat tinggi, dan fungsi pengubatan menurut perkiraan doktor sudah tidak efektif lagi. Terdapat tindakan lain yang biasa digolongkan dalam euthanasia pasif, iaitu tindakan doktor menghentikan alat sokongan seperti mesen oksigen terhadap pesakit yang memberi jangkahayat kepada pesakit walaupun tidak mampu perbuat apa-apa lagi. Alasan yang sama dikemukakan doktor umumnya adalah ketidakmampuan pesakit dari segi ekonomi, yang tidak mampu lagi membiayai kos perubatan yang sangat tinggi.

Dengan ini, menurut pandangan Islam jelas mengharamkan euthanasia aktif, karana ia termasuk dalam kategori melakukan pembunuhan dengan sengaja walaupun dengan niat yang baik, iaitu untuk meringankan penderitaan pesakit. Hukumnya tetap haram walaupun atas permintaan pesakit sendiri atau keluarganya. Dalil-dalil dalam masalah ini sangatlah jelas, baik pembunuhan terhadap jiwa orang lain maupun diri sendiri, misalnya firman Allah Swt;

Janganlah kalian membunuh jiwa yang diharamkan Allah (untuk membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar. (QS al-An‘am [6]: 151)

Tindakan melakukan euthanasia aktif adalah dikategorikan sebagai tindakan putus asa dan membunuh diri yang diharamkan. Walaupun ianya nampak baik tapi tidakkah kita tahu bahawa penyakit itu adalah satu keadaan penghapus dosa. Rasulullah saw pernah bersabda; Tidaklah suatu musibah menimpa seseorang Muslim, kecuali Allah menghapuskan dengan musibah itu dosanya, hatta sekadar duri yang menusuknya. (HR al-Bukhari dan Muslim)

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Ada hikmah yang berlaku dalam kisah keluarga saya walaupun terpaksa melepaskan satu nyawa yang sangat disayangi. Iaitu, pengorbanan seorang anak. Terharu saya bila sepupu saya itu sanggup lakukan apa saja saat doktor mahu melakukan euthanasia pasif terhadap ibunya. Tak ramai yang tahu bahawa tindakan doktor itu adalah satu kaedah kematian senyap dalam perubatan. Dan saya yang tahu tentang hal ini hanya terkedu sahaja tanpa boleh berkata apa-apa.

Dah lama mahu berkongsikan kisah ini, tapi.....tak terdaya. Dan harini saya gagahkan juga menceritakannya agar lebih ramai tahu apa sebenarnya EUTHANASIA itu.

Semoga Epul, Kamalia dan Siti tabah dan dilindungi Allah. Syurga tempat kalian, in sha Allah terutamanya Siti yang setia susah dan senang, jerih payah, berkongsi suka duka disamping ibunya semenjak ibunya sakit sehingga ke akhir nafasnya.

AL-FATEHAH......





posted from Bloggeroid


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

19 May, 2015

Jai Hud Caricaturist

Assalammualaikum......

Pagi tadi saya tersenyum sendiri bila tengok TV Al-Hijrah sebab kawan saya bersiaran secara langsung. Kawan saya...... Jai atau nama sebenarnya Mohd Jais bin Yusof, dia kawan saya sejak kecil, sejak dari umur 5 tahun. Dan kami berkawan sehingga sekarang.

Jai dah semakin popular sekarang, kalau nak follow Jai di FB boleh cari nama Jai Hud Caricaturist. Owh yaaa..... Jai adalah Pelukis Karikatur. Cantik tau lukisan karikatur dia.



Ni lah dia Jai yang saya kenal, dari dulu sampai sekarang perangai tak pernah berubah. Tetap baik hati, humble, sopan, hormat orang tua dan hormat saya sebagai isteri orang....hahahaha..... ehhh Jai baik dengan suami saya tau.

Sehari sebelum siaran tu, Jai ada PM saya bagi tahu suruh tengok dia live kat TV Al-Hijrah. Tu yang pagi-pagi dah cega jer depan tv.

Cuba teka, berapa minit dia boleh lukis wajah seseorang di atas sekepingnkertas A3, tanpa warna, black & white sahaja. Percaya tak kalau saya kata lebih kurang 10 minit. Kalau ada warna lambat sikit laaa dalam 15 minit macam tu. Harga untuk 1 wajah karikatur?

- sketch hitam putih dari dulu sampai sekarang masih RM10
- karikatur berwarna RM30

Nak tengok contoh? Ok, ni spontan jer Jai lukis. Jai bagi karikatur wajah anak saya ni beberapa minit selepas saya up gambar ni di FB.






Sweetkan Aqil.....

Saya doakan semoga Jai berjaya dalam bidang yang diceburinya. Saya juga ada bagi cadangan padanya supaya bila di waktu lapang, rajin-rajinlah melukis wajah-wajah insan hebat dan simpan untuk dikumpulkan agar suatu hari nanti boleh buka sebuah galeri karikatur pertama di Malaysia.



posted from Bloggeroid


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...