24 May, 2009

Syurga Cinta

'Syurga Cinta' sebuah naskah cinta islamiah nukilan MW, arahan Ahmad Idham. Tahniah kepada MiG kerana berani break wall dlm penghasilan filem. Setelah menonton, aku anugerahkan 4star dpd 5 utk filem ni. Aku bukanlah arif sgt tentang filem, tetapi aku merupakan peminat filem melayu.

So, komen:
Skrip bagus, siapa agaknya penulisnya yea. Takde pula dinyatakan di mana2. Dlm listing ditulis hanya panel skrip MiG. Bahasa yg digunakan sungguh puitis dan ada ketikanya menyentuh nurani. Maksud setiap bait skrip sangat mendalam, jika menonton haruslah menghayati agar terus masuk ke sanubari.

Arahan Ahmad Idham, hmmmm... takyah nak cakap byk2 pun rasanya. Ahmad Idham boleh dipercayai, antara arahan AI yg boleh dibanggakan adalah Jangan Pandang Belakang. Sebuah cerita seram yg benar2 seram & mengerikan. Kini dia muncul lagi dengan sebuah naskah hebat, cerita cinta yg sejati.

Pemilihan pelakon. Kenapa Heliza yea...mungkin sbb mereka mahukan pesonaliti wanita muslimah yg sebenar. Kalau itulah faktornya... siapa lagi kalau bukan Heliza? OK lah walaupun lakonannya kaku, takleh komen byk sgt sebab ni baru lakonan pertama. Awal memang natural...aik dah biasa clubbing ker, tapi cayaq ler kat Awal kerana berjaya menjatuhkan air mata jantannya. Heheheh...Haziq kelakar giler. Kalau tengok pada promo, bila Awal+Heliza+Haziq dah macam Fendi+Sarah+Sefrol (Kiamat Sudah Dekat)
Plot cerita, lembab skit. Mcm tak byk babak jer. Kalau kita tengok Ayat-ayat Cinta (bukannya nak buat perbandingan, hanya sekadar contoh terbaik kerana AAC adalah salah satu filem cinta islamiah yg berada difikiran), plot & babak sangat laju. Ada byk konflik dan adegan2 yg mendebarkan. But just wondering, kenapa kebykkan filem melayu, waktu tanyangan cuma lbh krg 1jam setengah jer.


Hanya sekadar cadangan sahaja, AI kena lebih byk belajar bagaimana nak menaikkan mood penonton dlm mengarahkan filem2 cinta. AI sgt berbakat dlm cerita2 aksi yg melibatkan penggunaan sound effect spt JPB, Rempit & Impak Maksima. Kalau filem2 cinta ni, lagu dan back ground muzik sgt penting. Lagu kenalah sedap, back ground muzik mesti syahdu & mendayu. Pengarah M'sia yg berjaya mengarahkan filem cinta adalah Khabir Batia. Filem cinta yg benar2 menaikkan mood cinta adalah Cinta & Sepi. Kalaulah naskah hebat ini diberikan kepada Khabir Bathia..... mmmmm.... pasti lagi meruntun jiwa. Minta maaf Abg AI.


Jadi.... aku menyeru kepada rakan2 yg baca blog ni, pergilah menonton Syurga Cinta. Filem cinta 2009, byk pengajaran yg boleh diceduk & dikupas dari filem ini. Jgn hanya sekadar menonton, hayatilah. Pada mat2 rempit aka samseng jalanan yg mengbox officekan filem Rempit & Impak Maksima, pergilah menonton Syurga Cinta.

Nampaknya hari ketiga tadi aku pergi, boleh dikira jugaklah penonton yg ada. Tapi taktaulah pawagam yg lain camner.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

4 comments:

Anonymous said...

mase tgk dia citer the making of syurga cinta tu, rasa mcm same je ngn citer kiamat sudah dekat... tiru keerrr...huhuuhhu

RIZZNA said...

kiamat sudah dekat lagi best...

amirez said...

salam kak rozie..eheh tau2 lak nama.
thx lawat blog sy yg tak seberapa.

skrip bagus ek cite ni?
oklah camtu..leh cover beberapa kelemahan lain kalau ada.

salam ziarah :)
blog.amirez.com

9n0L4 said...

cite sepi dan cinta tu mmg terbaikkkkk. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...