Teringat pulak waktu aku berkawin 7 tahun lalu. Wah... penatnya bukan main buat kerja kawin ni. Lagi penat pengantinlah, siapa lagi. Alhamdulillah keluarga aku byk membantu waktu aku kawin dulu. Persiapan semuanya dibuat bersama, tapi rancangannya memang awal. Sejurus lepas bertunang, dah plan nak buat itu dan ini (so, setahun merancang). Lagipun kami bukannya org senang, beli barang sikit2, nasib baik bakal suami (gelaran 7th dulu laa) sanggup membantu. Dah sayang lah katakan. Masa tu aku lom kerja lagi, graduate jer terus kena pinang. Nak tolak takut nanti tak laku lagi, so pilihan keluarga mesti yang terbaik. Terima saja, nasib baik orangnya baik dan bertanggung jawab & cool jer. Hehehehe...beruntung badan.
Barang yg paling awal dibeli adalah segala jenis kain. Kain langsir, kain cadar, kain baju, semuanya Ibunda tercinta yg akan jahit, so kenalah awal sket takut tak siap. Souvenir pun kena beli sikit2, utk jemputan, family, friends, kendarat, yang ni paling byk belanja. Nasib baiklah cik abg tersayang tak kesah utk berbelanja yg besar2 spt set bilik tidur, bayaran mak andam, kad kawin, kelengkapan hantaran, kamera & video. Mak & ayah hanya perlu sediakan makanan secukupnya dan ruang khemah.
Masa dah nak dekat majlis, bonda aku mengarahkan aku untuk mandi lulur. Yg ni cara kampung dengan bacaan ayat2 suci Al-Quran. Mak bidan yg buat tau, aku panggil dengan panggilan Ibu. Selama 7 malam, lepas maghrib jer dah bersama Ibu, urut, lulur, bercukur andam, berinai semuanya Ibu yg buat. Tapi bersyarat, dalam masa 7 hari sebelem bersanding tak boleh jumpa pasangan. Nasib baiklah aku ni takler beriya2 sgt berdating dan asyik nak berjumpa (mengada2 mcm budak2 sekarang). Kalau keluarpun mesti ada escort. Upacara ni memang dah jadi kebiasaan keluarga, sebab makcik2 aku tu kepoh sket, nak tau pengantin masih ada dara ker tidak. Hek elehhh.. kalau budak sekarang, confirm tak berani nak buat. Hehehe....Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, aku nampak berseri2 atas pelamin. Ramai juga yg menegur, sampaikan mak andam yg solekkan aku tu tegur, senang sangat nak solek muka ni. Takyah pakai mekap byk/tebal2.
Kenangan kawin memang indah. Tapi bila tengok ramai pasangan bercerai- berai tertanya2 jugak di mana kesilapan mereka. Susah dan bukan mudah untuk menjalankan sesuatu majlis perkahwinan, tapi bila ada masalah sikit, jalan penyelesaiannya adalah cerai. Entahler, kenapalah begitu mudah.
Nasihat untuk sumua pengantin & bakal2 pengantin, berbincanglah jika ada masalah. Bertengkar & Merajuk tu hanya perkara biasa, kalau waktu bercinta dulu boleh pujuk memujuk, kenapa tidak selepas berumah tangga.
So, ucapan SELAMAT PENGANIN BARU untuk senarai pasanagn di bawah;
Kenalan : Helmi (Chemmy)
Pasangan : Shasa Erma
Tarikh : 10/05/09
Hubunagn : Dulu jiran sebelah, skang kitorg dah beli rumahnya.
Kenalan : Khairudin b. Ismail (Ketua bola sepak Johor)
Pasangan : Inspector (taktau nama)
Tarikh : 30/05/09
Hubungan : Jiran depan rumah
Kenalan : Sabrina
Pasangan : tak tau nama
Tarikh : 30/05/09 Hubungan
Hubungan : Opismate husband
Kenalan : Natanza Harris
Pasangan : Dr. Mardyiana
Tarikh : 31/05/09
Hubungan : Jiran
Kenalan : Lella (Hafizah Basri)
Pasangan : Mohd Shamil
Tarikh : 30/05/09
Hubungan : Pangkat Mak sedara, tapi sebaya tau.
Kenalan : tak tau nama
Pasangan : tak tau nama
Tarikh : 6/6/09
Hubungan : Adik Hairee (husband fren)
Kenalan : Norazillah Mahpol
Pasangan : Haidil Hakim
Tarikh : 21/06/09
Hubungan : Classmate form5 SDARY
Kenalan : Zura
Pasangan : Tak tau nama (Sabahan)
Tarikh : 13/06/09
Hubungan : Opismate husband
Kenalan : Norismah
Pasangan : Haidee (betul ke eja?)
Tarikh : 20/06/09
Hubungan : Kedua-duanya satu tempat kerja
Undangan kahwin yang sangat ditunggu;
Helmee Yatiman & Suheyni
- couple dari Form3 kot, aku anak dah 2org. Bila lagi weiii....
Zuliana & Faizal
- yg ni byk sgt commitment. takper tunggu jer
Faizal & Ann
- yg ni plak ntah dah berapa tahun tunang. pun byk commitment jugak. faizal jgn biar Ann tunggu lama2, dia tu cantik, nanti kene kebas.
Hajar & tunangnya (taktau nama)
- katanya tunang 2 tahun. takpe lah kalau nak cepatkan lagi bagus
Kimie & Cikgu Marliana
- yg ni dah nak betunang, nampaknya tunang sekejap jer kot.
Zalie & Syeqeen
- ehemm ehemmm, jadi ker?
Adris (baru jumpa tadi)
- ntah ler mamat sorg ni, biler ntah.
En. Hairudin Roslani
- aku nyer supervisor masa practical dulu. org nya hansom leh tahan, tapi.... no komen
Naemah & Fasha Ungu (ehh iyeke??)
- ni kalau jadi, aku sponsor nasi ayam penyet utk semua tetamu. kihkihkih amin
OK ahh.. apa2 pun, kalau buat kenduri jgn lupa jemput.
1 comments:
mak oiiiii. ramainye senarai pengantin. ;)
Post a Comment