Mungkin agak terlambat aku mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa di dunia. Tapi tak salah rasanya terlambat asalkan ianya ikhlas dari hati.
Dulu masa zaman persekolahan aku, lebih kurang 15 tahun lepas hanya Hari Ibu saja yang aku sambut. Tapi sekarang, aku sangat2 menunggu ketibaan Hari Bapa dan begitu juga dengan yang lain dan Hari Bapa juga akan disambut secara besar-besaran di Malaysia. Promosi dari perbagai pihak jugak tidak kurang hebatnya setanding dengan sambutan Hari Ibu.
So, selamat Hari Bapa kepada bapa2 disekeliling ku ;
1. Ismail b. Hj Mohd Amin (Ayahku yg sgt berjasa)
2. Muhamad Rizal b. Ahmad (My luvly husband)
3. Mohd. Najib b. Ismail (My naughty brother)
4. Mohd. Zulkiflee (My brother in lawYER BURUK)
5. Ahmad b. Dalman (Bapa Mertua ku)
6. Shahrani (Biras aku aka husband akak ipar aku lar)
Masa aku menukil ni aku baru jer balik dari tengok TRANSFORMER (anak aku panggil Tenstomer). Bawa ayah aku tengok, kalau tak yea2 bukannya senang nak ngajak org tua tu pi tengok wayang. Kiranya ni hadiah Hari bapa jugaklah. Masa aku cakap nak tonton Transformer, wah bukan main excited pulak dia. Almaklumlah, Petronaskan tengah promosikan produk Transformer. Eh lupa plak nak bagi tau, ayah aku masih kerja di sebuah Stesyen Minyak Petronas di persimpangan masuk Taman Puteri Wangsa. Awal2 lagi dia dah belikan cucu dia 2 org ni baju T transformer. Apalagi, cucupun makin excited nak pakai baju tu, tak sabar2. Masa tu aku lom beli tiket lagi. Wah hebat betul penjualan teket Transformer, 5 hari sebelum tayangan aku dah tinjau tiket, rupa2nya ada yg lebih awal dari aku sebab aku hanya dapat tiket pada hari ke3 tayangan. Itupun dah barisan tengah, nasib baik ok lagi. So, komen ayah... best best best... canggih betul. Aku senyum jer, puas dpt happykan dia mlm ni. Esok mesti dia bercerita dengan budak2 tempat kerja dia.
Cerita pasal tengok wayang, aku teringat kisah sewaktu aku agak2nya darjah 1 ke 2 yea. Kitorang tengok TATU kat stadium Larkin, tahun berapa tak berapa nak ingat lah. Masa tu yg ada aku, kakak, arwah abg & ayah lar. Cam biasalah, kitorg bukannya org senang nak beli2 nih, so bawa lah dari rumah air, roti, jemput2 mak buat. Tengah syok2 tengok, api padam, dalam masa yg sama kitorang si anak2 ni kehausanlah nak minum air. Ayah lah tuangkan dlm cawan. Tiba2....... tertuang kat badan sorg akak duduk betul2 depan kitorang. Air takler panas, suam2 jer, kopi pulak tu. Bila akak tu toleh jer belakang, ayah buat cam taktau je, pastu rasanya akak tu ingatkan arwah abang kitorang yg hensem tu buat. Seb baik akak tu tak marah. Mana lah agaknya akak tu sekarang yea. Ampunnnnnn kanlah ayah kami yea kak. Hehehehe...
Hmm.. teringat plak kat arwah abang. Kalau dia masih panjang umur mesti dia pun dah jadi bapa. Agaknya sama2 tengok Transformer ngan kitorang tadi. Masa arwah abang disahkan meninggal kerana kemalangan jalan raya, ayah lah org paling cool. Ayah redha sebab dia dah cukup bersyukur karana Tuhan dah beri pinjam anak lelakinya tu selama lebih kurang 20 tahun. Mak bagi tau, masa abg 6 tahun, dia sudahpun berhadapan dengan maut kerana kemalangan jalan raya. Masa kejadian, ayah yg pandu kereta balik dari sembahyang jumaat. Arwah koma lama, berminggu2 jugaklah. Tapi, Tuhan masih beri kesempatan utk dia berbakti kepada kedua ibu bapanya sebelum diambil sepenuhnya pada tanggal 20-04-2004. Arwah sgt berjasa, kerana selepas pemergiannya juga dia masih menunaikan tanggungjawabnya sebagai anak. Tanggungjawab apa, haa yg ini hanya org2 yg tahu aja tahu. Suami ku tercinta sempat juga berkenalan dengannya, dan suami aku mengakui arwah memang seorang yg baik dan berhati mulia. Arwah jugalah yg beriya2 meyakinkan aku bahawa Muhamad Rizal Ahmad inilah yg akan membahagiakan aku bukan org lain. Alhamdulillah, sekarang aku bahagia kerana dapat seorg suami penyayang, bapa kepada anak2 aku.
Pada bapa2 dan bakal yg akan menjadi bapa, jadilah bapa yg benar2 BAPA. Kalau jadi BAPAK, nanti akan jadilah bapaK makan anak, bapaK borek anak rintik, bapaK ayam, kepala bapaK kau...
OK...selamat berjuang wahai bapa2 di seluruh dunia. Kasih sayang ibu bawa ke syurga, pengorbanan bapa sepanjang masa.
2 comments:
kalau teringat nostalgia lama mesti teringat org2 yg takde... Sedihnya, macam mana kita nak kembali ke zaman silam yea. Kalau ada sesapa yg ada mesin masa, nak pinjam sat.
So, memori sangat indah dikenang sekiranya ianya boleh membuat kita tersenyum apabila mengingatinya...
kdg kdg bapa ni org jrg nak hargai sbb care die beri kasih sayang tu berbeza dari ibu. :)
Post a Comment