Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Wahai suamiku, itu pasti.
Beruntungnya aku menjadi seorang wanita yg mempunyai rahim kerana aku bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan aku dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan tak wajib sembahyang, itu pemberian Tuhan.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab bekerja dengan Nya.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. . sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.
Sepanjang mengandung, Allah sentiasa mengampunkan dosa ibu-ibu, tatkala lahir saja bayi seluruh dosa akan habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, dan aku tak mungkin takut untuk beranak lagi...Seandainya aku mati sewaktu bersalin, maka itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk ke SyurgaNya.
Diakhirat nanti aku pasti akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dan itu semua atas segala kebaikan suamiku yang tak disedari. Iupun sekiranya aku redho dan perbuatan-perbuatan tersebut adalah yang baik-baik belaka.
Jadi Sayang, buatlah perkara baik, perkara-perkara yang menyenangkan hati ini.
Sayang, apabila isterimu ini ternampak kamuyang sedang terhegeh-hegeh di titian Sirat, pasti ku akan memimpin mu sekali ke Syurga sambil memberi pahalaku sedikit kepada mu kerana pahala-pahala tersebut juga adalah datangnya dari mu agar kita dapat bersama berbahagia di dalam Syurga Allah.
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki,
bukan dicipta dari kepala untuk dijunjung
dan bukan juga dari kaki untuk disepak terajang.
Wanita dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki
supaya ia hampir kepada mu(suami),
hampir dengan lengan mu untuk kau pertahankan,
dekat dengan hatimu untuk disayangi.
bukan dicipta dari kepala untuk dijunjung
dan bukan juga dari kaki untuk disepak terajang.
Wanita dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki
supaya ia hampir kepada mu(suami),
hampir dengan lengan mu untuk kau pertahankan,
dekat dengan hatimu untuk disayangi.
Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.
Wahai suamiku yg sangat ku cintai...Apa lagi yang kau harapkan...Cinta Kasih & Sayang telah ku beri. Hanya Jiwa & Raga ku dikau nilaikanlah sendiri. Janganlah kau sering membuat ku bimbang, kerana tatkala aku membuat sesuatu aku akan mengingatimu, tatkala aku mengharapkan sesuatu aku akan terkenangkanmu, tatkala aku rindu aku membayangkanmu. Bahagia hatiku tatkala mengingatimu, runtun jiwaku tatkala terkenangkanmu, luluh hatiku tatkala membayangkanmu. Apabila tiada khabar kuterima darimu hatiku tidak berhenti berdegup hanya mengharapkan segalanya yang terbaik untuk mu. Doaku sentiasa mengiringi langkahmu, agar dikau sentiasa berada dalam keadaan yang dilindungiNya. Sayang, harapanku jangan kau sakiti hatiku. Sekali ia terguris, pedihnya berbisa menghiris, pasti payah diubati...
1 comments:
amin amin. moge bahagia slalu ye kak. :)
Post a Comment