Berbalik pada cerita Arwah Yasmin tadi, selepas aku mendengar berita sedih yg menimpa beliau, doaku tak putus2. Al-Fatehah disedekahkan agar beliau beransur pulih dan sihat kembali. Tetapi Tuhan lebih menyayangi beliau, penderitaannya hanyalah 3 hari sahaja. Kita semua meratapi pemergiannya, tetapi Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk arwah.
Alfatehah..........
Seperti biasa, arwah Yasmin adalah insan biasa. Dan seperti biasa juga kehidupan glamourous tidak lari dpd cakap2 belakang org sekeliling. Jadi, dengan ini saya memohon agar org2 yang diluar sana tak kira yg mengenali rapat dengan arwah atau tidak atau yg tak pernah tahu langsung asal-usul beliau, HENTIKANLAH segala macam kutukan, cercacaan, hinaan dan segala macam cerita yg tidak baik tentang beliau. Saya ada membaca sesetengah forum yg mendebatkan perihal beliau, ada yg menyokong dan ada yg tidak. Tetapi disini saya mengharapkan agar semuanya dihentikan.
Apa lagi yg hendak diperkatakan pd org yg tiada, apatah lagi bila kita memperkatakan seseorg yg kita tak mengenali langsung. So, bila pula kita nak minta maaf darinya? Apabila kita berdosa dengan Tuhan, kita hanya perlu menadah tangan di mana saja memohon agar diampunkan. InsyaAllah Tuhan akan mendengarnya. Tapi, bila kita berdosa sesama insan, kita perlu mendapatkan org tersebut dan memohon maaf darinya. Jadi kalau org tersebut dah meninggal dunia, takkan lah kita nak menggali lubang kubur atau bermastauin di kubur beliau sampai rasa puas hati permohonan maaf kita didengar. So, hentikanlah yea...
Maka dengan pemergian Arwah Yasmin, maka tiadalah iklan hebat lagi di hari Merdeka & Aidilfitri ini. Biasanya iklan dari arwahlah yang betul2 meruntun jiwa. Tangkap nangis punyeee... Memang boleh jadi insaf lah. Bagi saya, sesungguhnya kekreatifan, idea dan mutu arahan beliau amat jauh berbeza dengan pengarah-pengarah yang ada sekarang. Mungkin Khabir Bhatia dan Afdlin Shauki jerlah kot yang boleh diharap untuk buat lain daripada yang lain.
Jom kita tengok beberapa;
Iklan Petronas 2008 - Iklan Petronas 2008
Iklan Raya 2008 - The best home videos are here
- More amazing videos are a click away
- Click here for more home videos
Iklan Petronas 2002 - Amazing videos are here
Alfatehah buat insan yang bernama Yasmin Ahmad (July 1, 1958 - July 25, 2009). Saya dan keluarga akan merindui sentuhanmu....
1 comments:
suke tgk iklan die buat. kreatif sgt idea die. :)
Post a Comment