27 May, 2009

Misteri Cinta

"CINTA" adalah satu kata yang tak pernah usang dan lapuk dimakan zaman.
"CINTA" adalah bukan sekadar kata yang lisan dan dirasakan.
"CINTA" tetap menjadi misteri yang berlainan interpretasi oleh setiap insan.
Di sebalik semua itu...terlepas dari segala yang kita rasakan.
Apakah kita masih mencintai dengan berbagai reaksi???
Apakah kita masih mencintai hanya kerana keperluan dan kehendak peribadi?
Apakah kita masih memilih berdasarkan penampilan "fizikal/ paras rupa"?
Apakah kita masih memilih berdasarkan sedikit banyaknya "harta"?
Apakah kita masih memilih berdasarkan tinggi rendahnya "darjat/status"?
Apakah kita masih memilih berdasarkan ukuran "dunia"?
Jika kita masih mempertahankan "CINTA" berdasarkan ukuran seperti itu....
Jadi kita telah tertipu, kita telah dibutakan oleh pandangan-pandangan samar semata!
Sebab tampan-cantiknya seseorang tidaklah kekal, tidaklah abadi.
Sebab miskin-kayanya seseorang hanyalah asesoris yang membuat orang meninggi diri.
Sebab tinggi rendahnya status sosial seseorang bagaikan pakaian.
Dan ukuran-ukuran duniawi hanyalah membelenggu nurani
Mengapa dan mengapa?
Sebab jika kita berkeras dengan "CINTA" dengan berbagai teka-teki
Maka suatu saat nanti kita akan terkejut dengan dugaan Illahi
Kita memiliki pasangan hidup yang kita tidak mengenalnya dengan hati nurani
Kita mencintai dia karena kita anggap dia memiliki "kelebihan" dan "keistimewaan"
Dimana semua itu kita ukur dengan pertimbangan dunia yang penuh kepalsuan & kefanaan
Benarkah "CINTA" tetap bertahan?
Jika dia sudah tidak ayu dan tampan lagi?
Jika dia sudah tidak kaya lagi?
Jika dia sudah tidak memiliki status sosial yang mempunyai kehormatan lagi?
Jika demikian maka "CINTA" kita berubah menjadi "KETERPAKSAAN"
Dan bukannya tidak mungkin kita tergoda dan beralih pandangan
Jika sudah begini jadinya, kita menjadi manusia yang "TIDAK BERPERASAAN"
Apakah semua ini masih akan kita jalani, padahal usia kita dimakan peredaran zaman?
Apakah semua ini masih akan kita jalani, sehingga kita temui "penderitaan"
Jadi, berhati-hatilah anda dengan "CINTA" yang berkepentingan
"CINTA" memanglah sebuah misteri, sebab
tak cukup dengan lisan, perbuatan tapi juga dengan hati nurani
"CINTA" bisa kekal abadi tetapi bisa juga dimanipulasi, kita tinggal memilih,
kesesatan & penderitaan ataukah kebahagiaan yang abadi?
"CINTA" memanglah sebuah misteri, datangnya dari Illahi, kita bisa berencana
tapi Tuhanlah yang menentukan yang terbaik bagi kita
Berusahalah mencari "CINTA" yang seutuhnya
dan selamat menikmati "MISTERI CINTA" yang dilimpahkan-Nya
Jangan hiraukan segala penilaian dari orang lain tentang pasangan anda
Sebab yang paling tahu tentang "CINTA" yang terbaik bagi manusia adalah diri sendiri
Orang lain hanyalah penonton,
biarkanlah ia jalankan peranannya sebagai penonton sejati
Tetapi kita adalah SUTRADARA, yang memutuskan lakon apa yang terbaik
Terbaik buat diri kita akan lebih membahagiakan
daripada mendengar kata-kata kosong orang
SELAMAT MENIKMATI CINTA
ULASAN INI BUKANLAH UNTUK MENGAJAR,
TETAPI SEBATAS UMPUN REBUNG YANG MUNGKIN BERGUNA.
TAPI JANGANLAH MENGAGUNGKAN "KEHEBATAN DUNIA"
YANG PASTI, DUNIA AKAN KIAMAT JUGA
OLEH KARENA ITU APALAH YANG ABADI? SELAIN "CINTA YANG ABADI"

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

25 May, 2009

Rahsia Firasat Tidur

1. Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala

Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluargamu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan dirimu yang agak memilih.

2. Selubung seluruh badan dengan selimut

Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar memendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu.

3. Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang

Sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri kamu memang dipuji.

4. Tidur meringkuk

Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan mu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.

5. Tidur mengiring dan meringkuk

Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.

6. Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan

Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu harus belajar untuk lebih bertenang.

7. Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala

Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi.

8. Tidur meringkuk di satu arah

Gaya tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.

9. Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa

Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu… jadi, siapa pula yang kamu maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini?

10. Tidur meniarap

Sekiranya kamu tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur!

Jadi, sudah tiba masanya untuk kamu berubah… apa kata kamu ubah gaya tidur mu itu dulu ….


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

24 May, 2009

Syurga Cinta

'Syurga Cinta' sebuah naskah cinta islamiah nukilan MW, arahan Ahmad Idham. Tahniah kepada MiG kerana berani break wall dlm penghasilan filem. Setelah menonton, aku anugerahkan 4star dpd 5 utk filem ni. Aku bukanlah arif sgt tentang filem, tetapi aku merupakan peminat filem melayu.

So, komen:
Skrip bagus, siapa agaknya penulisnya yea. Takde pula dinyatakan di mana2. Dlm listing ditulis hanya panel skrip MiG. Bahasa yg digunakan sungguh puitis dan ada ketikanya menyentuh nurani. Maksud setiap bait skrip sangat mendalam, jika menonton haruslah menghayati agar terus masuk ke sanubari.

Arahan Ahmad Idham, hmmmm... takyah nak cakap byk2 pun rasanya. Ahmad Idham boleh dipercayai, antara arahan AI yg boleh dibanggakan adalah Jangan Pandang Belakang. Sebuah cerita seram yg benar2 seram & mengerikan. Kini dia muncul lagi dengan sebuah naskah hebat, cerita cinta yg sejati.

Pemilihan pelakon. Kenapa Heliza yea...mungkin sbb mereka mahukan pesonaliti wanita muslimah yg sebenar. Kalau itulah faktornya... siapa lagi kalau bukan Heliza? OK lah walaupun lakonannya kaku, takleh komen byk sgt sebab ni baru lakonan pertama. Awal memang natural...aik dah biasa clubbing ker, tapi cayaq ler kat Awal kerana berjaya menjatuhkan air mata jantannya. Heheheh...Haziq kelakar giler. Kalau tengok pada promo, bila Awal+Heliza+Haziq dah macam Fendi+Sarah+Sefrol (Kiamat Sudah Dekat)
Plot cerita, lembab skit. Mcm tak byk babak jer. Kalau kita tengok Ayat-ayat Cinta (bukannya nak buat perbandingan, hanya sekadar contoh terbaik kerana AAC adalah salah satu filem cinta islamiah yg berada difikiran), plot & babak sangat laju. Ada byk konflik dan adegan2 yg mendebarkan. But just wondering, kenapa kebykkan filem melayu, waktu tanyangan cuma lbh krg 1jam setengah jer.


Hanya sekadar cadangan sahaja, AI kena lebih byk belajar bagaimana nak menaikkan mood penonton dlm mengarahkan filem2 cinta. AI sgt berbakat dlm cerita2 aksi yg melibatkan penggunaan sound effect spt JPB, Rempit & Impak Maksima. Kalau filem2 cinta ni, lagu dan back ground muzik sgt penting. Lagu kenalah sedap, back ground muzik mesti syahdu & mendayu. Pengarah M'sia yg berjaya mengarahkan filem cinta adalah Khabir Batia. Filem cinta yg benar2 menaikkan mood cinta adalah Cinta & Sepi. Kalaulah naskah hebat ini diberikan kepada Khabir Bathia..... mmmmm.... pasti lagi meruntun jiwa. Minta maaf Abg AI.


Jadi.... aku menyeru kepada rakan2 yg baca blog ni, pergilah menonton Syurga Cinta. Filem cinta 2009, byk pengajaran yg boleh diceduk & dikupas dari filem ini. Jgn hanya sekadar menonton, hayatilah. Pada mat2 rempit aka samseng jalanan yg mengbox officekan filem Rempit & Impak Maksima, pergilah menonton Syurga Cinta.

Nampaknya hari ketiga tadi aku pergi, boleh dikira jugaklah penonton yg ada. Tapi taktaulah pawagam yg lain camner.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

17 May, 2009

Insaflah..masih ada jalan pulang.

Aku nak berkongsi satu cerita. Nak kata sedih, menyayat hati jugak. Nak kata sebak, berat lagi bahu yg memikul.

Semlm aku pergi ke majlis kematian, satu keluarga yg sangat ku kenali (rahsia). Mereka kehilangan seorang anak lelaki yg sangat berjasa pada keluarga. Tapi masalahnya simati ini adalah seorang drug addict dan pembawa kuman HIV. Sayangkan,.. anak yg baik tapi ada masalah ni sebab salah pergaulan.

Sepanjang hayat dia, tak pernah menyusahkan keluarga. Tapi hanya satu hal dimana keluarganya sering disindir oleh jiran2. Biasalah, kalau ada kecurian atau bencana mesti nak di tuduh arwah ni. Jadi, kerana taknak malukan keluarganya lagi dia keluar dari rumah, ibu bapa dia pun taktau mana dia tinggal. Tapi kadangkala ada juga dia balik jenguk keluarganya di rumah.

Setahun yg lalu tiba2 dia balik dan bagi tau nak tinggal terus kat rumah. Tapi masih belum cakap kenapa. Sepanjang 2 bulan dia di rumah, tak pernah keluar. Jadi family dia pelik lah skit. Lastly, dia bagi tau yg dia sakit. Dia taknak jiran2 tahu dia ada kat dlm rumah tu. Dia taknak mak ayah dia menanggung malu lagi.

Satu hari, dia cakap kat mak dia yg dia dah tak lama jer lagi. Dia minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki dekat mak dia. Dia harap mak dia dapat jaga dia sepanjang dia sakit. Dan terbongkarlah rahsia selama ini yag dia telah dijangkiti kuman HIV.

Tapi family dia sangat memahami. Bermulalah kembali tugas mak ayah dia seperti 28tahun yg lalu. Semakin hari arwah semakin lemah, sampaikan nak menyuapkan makanan kemulut pun tak berdaya. Apatahlagi hendak bangun ke bilik air untuk berhadas.

Alhamdulillah, sebelum dia sakit tenat ayahnya sempat mengajarnya melakukan solat sunat taubat. Setiap hari selpas sembahyang subuh arwah amalkan. Kesian, sampaikan ibu arwah sindiripun setiap hari melakukan sembahyang taubat, mohon ampun pada Allah apakah sebnarnya dosa yang telah dia lakukan sehingga tuhan memberikannya dugaan dan ujian sebegini.

6bulan arwah terlantar sakit. Keluarganyalah yg membantu. Pada satu malam sehari sebelum arwah menyambut ulang taun kelahirannya yg ke28, arwah berbisik pada ibunya yg dia akan pergi. Ibunya menerima dengan rdha dan berdoa agar segala taubatnya diterima Allah. Esok pada pukul 6pg arwah menghembuskan nafasnya yg terakhir. Jenazahnya terpaksa dibawa ke hospital untuk urusan mandi dan kafan. Pukul 12.30hr jenazah dibawa pulang kerumah untuk disembahyangkan dan pengkebumian. Jenazah dikebumikan selepas zohor. Waktu itu langit mendung sedangkan seawal pagi hingga tengahari, waktu semua keluarga dan rakan2 menunggu jenazah pulang dari hospital, cuaca sangat panas terik. Jenazah dibawa turun ke liang lahat, setelah selesai tanah pertama dikambuskan, hujan turun dengan renyai seperti menangisi pemergian arwah.

Pengajaran: Walau sehebatmanapun dosa yg kita lakukan, masih ada jalan pulang. Bertaubatlah, insyaAllah akan diterima Allah. Dan mohonlah keampunan daripada ibu bapa selagi mereka masih hidup. Restu mereka sangat penting kerana syurga di bawah telapak kaki ibu. Setitis air mata ibu, selangkah kita hampir ke pintu neraka...

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

16 May, 2009

Aqil - Mama doakan kesihatanmu

15-Oktober 2008
Detik mencemaskan apabila anakku Aqil terpaksa menjalani pembedahan.
Di wad inilah kami bermalam (HDU, Puteri Speciallist)

Sebelum menjalani pembedahan.

Pembedahan mengambil masa 4jam lebih. Bayangkanlah perasaan seorang ibu bilamana doktor terpaksa menebuk leher anak kesayangannya. Hanya Tuhan yang tahu...
Doktor mendapati satu saluran dirongga leher anak kami mengalami gangguan. Kamipun tidak begitu pasti hal ehwal perubatan ini. Walaupun doktor kata tidak terlalu serius, tapi kami tetap bimbangkan keselamatan anak kami.
Kepada Tuhan kami berserah...

Alhamdulillah.... Aqil Hail mengukir senyuman apabila bangun dari tidur selepas menjalani pembedahan.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

16-May-2009

Hari ini HARI GURU.... Bagunn pagi jer teringat aku kat cikgu-cikgu yang dah mendidik aku dari sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke universiti....
Hmmm.....rindu sangat zaman persekolahan.
Tak banyak kenangan manis dan pahit masa aku kat sekolah dulu. Murid biasa jer, pergi sekolah balik sekolah. Malas buat kerja sekolah tu dah biasa, meniru pun biasa jugak. Alah bukannya cikgu tu tak tahu. Mereka serahkan jer kat murid-murid, kalau nak pandai jangan meniru. Kalau nak meniru cara yang bijak. Masa sekolah dulu, mana nak fikir apa yang cikgu cakap. Masuk telingan kiri keluar telinga kanan.
Tapi zaman tu dah lama berlalu. Bila kenang kembali, tersenyum sendiri lah...

Buat rakan-rakan... kenanglah jasa guru-guru kita dahulu. Kerana didikan mereka dan kata-kata mereka kita berada di tempat kita sekarang. Aku percaya, semua rakan-rakan seangkatan dengan ku telah berjaya sekarang. Yang jadi cikgu/pensyarah pun ramai jugak yea.... So, jadilah pendidik yang boleh dijadikan contoh.

Guru-guru yang masih diingati;
- Cikgu Hamzah, Guru Agama, Sek. Ren. Keb. Larkin Dua
- Cikgu Jannah, Guru Pendidikan Jasmanai, Sek. Ren. Keb. Larkin Dua
- Cikgu Salasiah, Guru Biologi, Sek. Men. Dato' Abdul Rahman Yassin
- Cikgu Ong, Guru Fizik, Sek. Men. Dato' Abdul Rahman Yassin
- Cikgu Ayadali, Guru Disiplin, Sek. Men. Dato' Abdul Rahman Yassin
- Mr. Lee, Guru Matemaik, Sek. Men. Dato Abdul Rahman Yassin
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

12 May, 2009

Welcome to Sarawak






12-05-2008 - Sarawak dalam kenangan...
Percutian ke Sarawak setahun yang lalu masih segar dalam ingatan. Rancangannya tahun ini kami sekeluarga akan ke sana lagi membawa mak dan ayah mertua kerana mak dah rasa rindu untuk bertemu sahabatnya yg sekarang ini menetap di sana.
Bila lagi nak terbang yea....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

11 May, 2009

Rahsia Tarikh Lahir

NAK TAHU SIAPA DIRI KITA DARI TARIKH LAHIR....
Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.

Untuk pengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.

Contoh : 11 Februari 2007
Nombor yang pertama dikira dari tarikh lahir, 11 = 1+1 = 2
Norbor yang kedua dikira dari keseluruhan tarikh lahir = 1+1+2+2+0+0+7 = 13 = 1+3 = 4
(Jadi nombornya ialah 2 & 4)

1. Ketulenan
* Hadir dengan idea baru. * Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. * Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. * Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. * Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. * Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynona,Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai
* Dilahirkan sebagai diplomat. * Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. * Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. * Mereka tidak suka bersendirian. * Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. * Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu,mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan * secara terbuka tanpa berselindung.

* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2:President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison, Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria
* Golongan ini merupakan golongan yang idealistik. * Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. * Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. * Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. * Mereka sangat popular dan idealistik. * Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konsevatif
* Golongan ini sangat peka dan tradisional. * Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. * Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. * Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. * Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. * Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil. * Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis
* Mereka adalah perintis. * Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil * isiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). * Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. * Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. * Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. * Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5:Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik
* Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. * Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. * Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. * Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. * Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. * Mereka suka seni musik. * Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. * Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6:Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual
* Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. * Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. * Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. * Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. * Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. * Mereka sangat suka berahsia. * Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7:William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian
* Golongan ini adalah penyelesaian masalah. * Mereka adalah profesional, berterus terang,penilai yang baik dan sangat tegas. * Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. * Mereka sangat suka mengendalikan manusia. * Mereka melihat manusia secara objektif. * Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. * Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan * keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8:Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon
* Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. * Mereka sangat penyayang dan pemurah. * Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. * Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. * Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. * Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). * Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9:Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

Kawan-kawan boleh mengira sendiri tarikh lahir anda antau orang-orang yang berada disekeliling anda. Ini hanyalah satu idea yang boleh anda gunakan untuk mendekati seseorang. Kadangkala ada betulnya kerana saya telah mengira tarikh lahir keluarga saya, rakan-rakan dan orang-orang yang saya kenali. Ini memudahkan saya untuk mengendalikan mereka kerana kita tahu sedikit sebanyak kekuatan dan kelemahan mereka.

Selamat mencuba.......


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 May, 2009

Ibuku : TUGIRAH ABU BAKAR

KAULAH SYRURGAKU.........

Selembut tanganmu membelai diriku ini
Bersarang cintamu penuhi ruang hati
Walaupun sengsara bertemankan air mata
Sanggup berkorban demi anak tercinta
Mendidik mengasuh walau hidup sengsara
Buat anakmu menjadi insan berguna
Kuingin membalas jasamu selama ini

Ketentuan ini kuserah pada Ilahi
Doa buatmu ibunda semoga bahagia
Di dunia juga di Akhirat sana Cintamu duhai ibunda
Oh tiada tandingannya
Bak lilin membakar diri
Menyinar hidupku ini
Duhai ibunda tercinta
Kau ratu kau penyeri
Menyuluh cahaya dikamar jiwa
Kasihmu ibu pengubat diriku

Sepenuh hatiku hanyalah untukmu


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

FIRST LOVE

Everyone can see
There's a change in me
The all say I'm not the same
Kid I used to be
Don't go out and play
I'll just dream all day
They don't know what's wrong with me
And I'm too shy to say
It's my first love
What I'm dreaming of
When I go to bed
When I lay my head
Upon my pillow
Don't know what to do
My First love
He thinks that I'm too young
He doesn't even know
Wish that I coul show him what I'm feeling
Coz I'm feeling my first love
Mirror on the wall
Does he care at all
Will he ever notice me
Could he ever fall
Tell me Teddy Bear
Why love is so unfair?
Will I ever find a way
And answer to my pray

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Aku milik orang : 07-08.09.2002


Sayangku,
Terima kasih atas segalanya. Kasih sayang yang kau berikan tiada tandingannya. Cinta yang kau semai bersemarak subur merimbun di hati sanubariku.
InsyaAllah, akan ku berusaha untuk menjadi yang terbaik dihati, jiwa dan raga mu.

Nak pantun sket....
Belaki bini hendaklah setia
Ketengah ketepi seia sekata
Jauhkan sifat berburuk sangka
Buanglah sifat syak dan sangka

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Selamat Hari Ibu

2 Permata Hatiku.......
Muhammad Adam Danish
Muhammad Aqil Hail

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget