07 February, 2010

PENYAKIT MANUSIA

Dalam kita menghadapi wabak penyakit yg digelar H1N1 dan dianggap paling merbahaya ini, sebenarnya ada lagi wabak penyakit yg lebih merahaya dari H1N1. Wabak penyakit ini sudah semakin parah, berbahaya dan menjadi semakin kronik. Pasti anda tertanya2, wabak apa, adakah sakit jantung, kanser, tumor, paru-paru, selsema burung, selsema babi atau yang lainnya? Kerana penyakit-penyakit yang disebutkan tersebut, jika si penderitanya sabar dan redha kepada Allah maka akan mejadi penghapus dosa-dosanya dan mendapat nilai di sisiNya. So, apa sebenarnya wabak penyakit yang paling kronik menimpa kalangan kita hari ini? Penyakit ini sering tidak dianggap penyakit kerana dia bersifat rohani atau maknawi, nama penyakit ini adalah PENYAKIT TIDAK TAKUT DAN TIDAK CINTA KEPADA ALLAH SWT.

Bila manusia terjangkit penyakit tidak takut dan tidak cinta Tuhan ertinya jati diri orang itu sudah roboh. Ketahanan dirinya sudah roboh. Bila ketahanan diri sudah roboh, maka dengan mudah berbagai kejahatan akan masuk ke dalam dirinya. Kenapa begitu? kerana asas kejahatan, atau tapak bagi kejahatan itu sudah ada di dalam hatinya. Bila orang tidak takut Tuhan, dia tidak takut hendak berbuat jahat dengan makhluk Tuhan. Bila orang tidak cinta Tuhan, automatik dia tidak cinta dengan makhluk Tuhan. Sebab itulah, sekiranya dia belum mengganggu orang, tetapi asas kejahatan sudah ada, yakni tidak takut dan tidak cinta Tuhan, itu sudah dianggap kejahatan pada pandangan Allah. Jati dirinya sudah tumbang. Pintu kejahatan sudah terbuka luas. Ibarat bom masa yang Maha Dahsyat, hanya tinggal menunggu waktu saja, hendak dibuat atau tidak.

Bila tidak takut dan tidak cinta Tuhan, kadang-kadang dengan kejahatan orang lain, dia pun ikut menjadi jahat. Contoh: Misalnya dalam pergaulan, ada kawan-kawannya yang berbuat kesalahan, maka dia tidak tahan dan tidak sabar. Lantas dia marah marah. Ertinya dengan kejahatan orang, dia pun ikut menjadi jahat, ikut melepaskan amarah dan mazmumah. Inilah yang dikatakan jati dirinya sudah tidak ada. Padahal yang jahat orang lain tetapi dia pun ikut berbuat jahat karena jati diri sudah tiada. Semestinya kalau orang lain berbuat jahat, biarlah orang itu saja yang jahat. Tetapi dia tidak tahan. Dengan kejahatan orang lain, dia pun ikut berbuat jahat. Sebab itulah kalau orang takut dan cinta pada Tuhan, ertinya hati orang itu bersih daripada benih kejahatan. Bila benih kejahatan tidak ada, tidak mungkin benih itu akan tumbuh subur. Kejahatan dapat subur itu kalau ada benihnya. Orang berkata, benih itu kalau dipupuk dia akan akan subur tetapi kalau benih tidak ada, tidak mungkin akan subur.

Bila seseorang ada rasa takut dan cinta Tuhan, bermerbagai macam kejahatan susah hendak masuk dalam dirinya.

Sebagai contoh, kita bergaul dalam masyarakat, tiba-tiba ada orang berbuat jahat terhadap kita. Hati kita bersangka baik, “Dia tidak perasan agaknya, dia seperti tidak sengaja.” Ataupun kita fikirkan, “Dosa apa yang aku buat sampai Tuhan menghukumku seperti ini. Sehingga kawanku dapat berbuat jahat begini, padahal dia kawan baik pula. Ini pasti kerana ada dosa atau kesalahan saya kepadanya.” Bila dia sudah memiliki rasa takut dan cinta Tuhan, dia dapat berlapang dada.

Kalau kita kaji secara halus atau tersirat, oleh kerana Allah sebenarnya sayang kepada maka kita, kesalahan kita cepat dibalas supaya di akhirat berkurang hukuman kita.

Contohnya, ada sebuah kisah di dalam buku. Sebuah keluarga, si suami pedagang emas. Dia keluar pagi, malam baru pulang. Suami isteri ini orang yang taat beragama. Mereka memiliki seorang pegawai lelaki yang baik. Suatu hari ketika suami tiada di rumah, pegawai itu menghulurkan satu barang pada isteri tuan rumah dari balik pintu, dari luar rumah. Mereka tidak saling memandang satu sama lain. Entah bagaimana waktu mengulurkan barang itu, pegawai itu tidak sengaja memegang tangan perempuan ini. Perempuan itu merasa pegawai itu memegang tangannya dengan bernafsu. Perempuan itu tidak marah tetapi dia berfikir dosa siapa yang menyebabkan peristiwa itu terjadi dan Allah izinkan terjadi. Apakah dosa dia atau dosa suaminya. Ketika suami kembali, dia bertanya pada suaminya,”Saya minta abang jangan berbohong. Waktu abang di toko emas tadi, apa yang terjadi?” Suami itu orang yang takut Tuhan. Dia berkata,”Tadi abang bersalah. Syaitan menggoda abang. Ada perempuan membeli cincin, abang sarungkan cincin dan abang pegang tangannya dengan bernafsu.” Perempuan itu berkata,”Patutlah saya terkena hukuman Tuhan, abang pun terkena hukuman Tuhan. Pegawai yang baik itu memegang tangan saya. Ini hukuman bagi abang.”

Inilah cerita dalam kitab. Kadang-kadang kerana Allah sayang kepada seseorang, maka Dia tidak biarkan kesalahan hambanya terlalu lama. Tuhan menghukumnya. Bila orang sudah cintakan Tuhan, ertinya ketahanan dirinya sudah wujud. Di sinilah rahsia mengapa gejala negatif dalam masyarakat sulit hendak diberantas. Karena orang jahat dan orang yang hendak memperbaiki kejahatan itu pun sama-sama tidak takut Tuhan.

Antara murid dengan guru, guru pening kepala dengan kejahatan murid seperti ponteng, tidak berdisplin, tidak membuat kerja rumah. Dia berfikir, “Jahat betul murid saya ini.” Kenapa dia merasakan muridnya jahat? Kerana dia tidak membuat kejahatan seperti yang dibuat murid itu, maka dia merasa muridnya jahat. Tetapi sebenarnya dia pun berbuat kejahatan lain sehingga Tuhan membalasnya. Guru tidak bergaduh, murid bergaduh. Tetapi kenapa dia tidak dapat mendidik muridnya? Sebab dia pun berbuat kejahatan. Cuma kejahatannya tidak sama. Misalnya di rumah suka menempeleng isteri, dsb. Bagaimana orang jahat hendak memperbaiki orang jahat?

Kerana itu jika terjadi gejala sosial negatif dikalangan pemuda pemudi, kalau ingin menangani kejahatan itu, guru atau menteri, jangan hanya mencari kesalahan pemuda-pemudi. Carilah kejahatan sendiri dan bertaubat. Kalau terus bertindak sedangkan kita, menteri, guru, tidak nampak kejahatan sendiri, maka itulah sebabnya Allah tidak menolong kita.

Oleh kerana itu setiap orang yang hendak menangani gejala masyarakat, dia hendaklah berfikir dulu apa dosanya. Hendaklah dia bertaubat dan minta tolong dengan Tuhan. Barulah menangani masalah. Barulah Tuhan akan tolong. Tetapi ilmu ini sudah tidak diamalkan lagi sekarang. Guru nampak murid murid jahat tetapi dia tidak merasa dirinya jahat. Begitulah juga kalau orang politik hendak memperbaiki masyarakat. Masyarakat ada kejahatannya sendiri manakala orang politik pun ada kejahatan sendiri. Mungkin dia tidak suka berkelahi seperti masyarakatnya tetapi mungkin dia mengamalkan sogok dan suap. Bagaimana orang jahat hendak memperbaiki kejahatan orang lain?

Mana ada orang sekarang mengatakan bahawa segala kejahatan adalah bermula dari manusia tidak takut dan tidak cinta Allah? Ini ilmu yang tersirat. Tidak takut dan tidak cinta pada Allah adalah sumber kejahatan.

Bagi orang yang takut dan cintakan Tuhan, dia tidak cepat bertindak. Dia berfikir dahulu. Mungkin suatu hal itu terjadi kerana dosanya. Dia pun bertaubat. Kalau dia fikir-fikir tetapi dia tidak berjumpa dosanya maka dia bertanya kepada Allah, walaupun dia tidak tahu dosanya apa, tapi dia tahu dia bersalah jadi dia minta ampun. Setelah itu barulah dia minta Allah menolong dia. Sebab itulah Rasulullah, walaupun orang melempar batu dan pasir padanya, dia doakan supaya orang itu diberi petunjuk.

Jadi kalau orang berbuat jahat pada kita, kita pun hendak membalasnya, maka ertinya kita sama-sama jahat. Orang yang baik, dia tidak akan langsung bertindak. Yang paling baik, dia minimal akan berfikir, apa dosanya sehingga ada orang yang berbuat jahat padanya. Dia sentiasa berbaik sangka dengan Allah. Perasaan atau hati seperti ini adalah hasil dari cinta dan takut pada Allah.

Jadi bagi orang yang hendak memperbaiki masyarakat, tidak boleh hanya membuat undang undang dan peraturan saja. Kejahatan datang dari hati yang tidak takut dan tidak cinta pada Allah. Mestinya kita betulkan hati dahulu supaya takut dan cinta kepada Tuhan.

Takut dan cinta Tuhan adalah ibu segala kebaikan. Tetapi kalau tidak takut dan tidak cinta Tuhan, itulah ibu segala kejahatan.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

04 February, 2010

Antara Kalimah Allah dan Nama Anwar

Rasa seram sejuk pulak nak teruskan penulisan ni, bukannya sebab takutkan nama tapi sebab takutkan Kalimah. Kalau tersalah tulis tentang nama, tak mengapa. Kalau kena dakwa sebab nama pun tak mengapa. Bila kena bicara di mahkamah, pasti Tuan Yusof akan bantu dan sangat yakin ada Datuk atau Tun atau Tan Sri yang akan bantu. Tapi…kalau tersalah bicara tentang Kalimah, nahas. Apa nak jawab di akhirat nanti? Jangankan kata akhirat, masuk dalam liang saja dah kena. Siapa nak tolong yea? Nak minta tolong Tuan Yusof, Datuk, Tun, Tan Sri, boleh ker? Pastinya waktu itu mereka pun sedang menyelasaikan masalah masing-masing.

Perbicaraan Kes Liwat Anwar dengan Saiful telah bermula. Nampaknya kes ini mendapat liputan meluas oleh pihak media, sama ada media cetak ataupun media elektronik. Ramai yang datang memberikan sokongan pada Anuar di dalam mahupun di luar mahkamah. Sampaikan ada seorang pakcik yang setengah abad sanggup berasak-asak hingga pengsan siap panggil ambulance. Cuba tengok pic bawah ni, agak-agaklah berapa yer orang yang beria-ia membuat rusuhan sana sini mempertahankan maruah seseorang yang bernama Anuar.

Cuba kita imbas kembali beberapa minggu lalu. Isu perebutan Kalimah Allah. Isu ni sangat sensitive dan telah menimbulkan kemarahan dikalangan orang Melayu di Malaysia. Semua orang bercerita tentang hal ini, di kedai kopi, di bus stop, di tembok-tembok, di kelas-kelas memasak, di pejabat, dibalai-balai polis…tapi tak kecoh pun kat mahkamah. Takde perbicaraan ker??? Rusuhan…sepanduk…adalah sikit-sikit. Tapi Cuma beberapa hari jer kan, isu tu senyap macam itu saja. Penulis akhbar tak gemar ajaknya nak menulis tentang isu ini. Ataupun tak dibenarkan nak tulis lebih-lebih. Atau takut kena panah petir, manalah tahu kan. Cuba kita tengok pula pic di bawah ni, agak-agaknya berapa yer orang yang bersungguh-sungguh memengang sepanduk sambil menyeru Allahhu Akhbar mempertahankan Kalimah Allah daripada di rampok oleh agama lain.

Fikir-fikirlah…kenapa kita sanggup mengagungkan seseorang itu. Apa yang mereka boleh bagi pada kita. Kalaupun seseorang yang dihormati itu sangat berbakti pada kita, berpada-padalah pada tahap sanjungan yang hendak kita bagi. Sejauh manakah penglibatan orang itu dalam kehidupan kita seharian? Dimanakah ‘kita’ yang beramai-ramai tu, sewaktu isu mempertahankan yang jauh lebih Maha Agung dan maha Esa dari seorang manusia yang bernama Anwar?

Minta maaf kepada penyokong-penyokong Anwar, saya bukanlah pro-Kerajaan. Saya juga tidak memihak pada mana-mana parti atau pertubuhan. Tapi luahan nukilan ini adalah atas naluri saya sendiri sebagai seorang hamba Allah.

Fikirkanlah....sekiranya kita tidak sanggup lakukan sesuatu untuk Yang Maha Esa, mengapa harus beriya-iya
pula melakukan perkara yang berlebih-lebihan terhadap seorang insan?

Berfikirlah sebelum membuat sesuatu perkara...

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

02 February, 2010

Hidayah Mu...

Hujung minggu lepas aku baru tunaikan permintaan Danish. Dah lama dia minta basikal baru sbb basikal yg dia guna sekarang dah lama dan kecil. Basikal tu kami belikan masa dia berumur 4 tahun. Skang dah 7 tahun, so mmg dah tak sesuai lagi dia naik basikal tu.

Bermulalah pencarian kami, Kedai Basikal...di hari minggu mmg tak banyak kedai yang buka. Mula-mula nak beli saja kat Pasaraya Giant ker Jusco ker Tesco ker, tapi bila fikir2 balik, kebanyakan basikal yg dijual kat pasaraya tak berapa baik dan cepat rosak. Lepastu nak cari spare part punyalah payah. Mesti tak ngam.

Cari punya carik, terjumpa sebuah kedai di Taman Perling, kedai lama "Perniagaan Hidayah". Masa mula2 masuk tu kami disambut oleh 2 pasangan berbangsa Cina. Tiba2 mereka memberi salam dan menghulurkan tangan. MasyaAllah...Islam rupanya. Layanan yang mereka berikan sgt baik. Secara peribadi, aku mmg tabik pada peniaga2 Cina yg melayan pelanggan tak seperti peniaga Melayu (bukan niat untuk menghina). Mereka tak expect pun kami nak beli basikal, sebab mereka ingatkan kami datang ke situ kerana mencuci kereta di kedai sebelah. Tapi mereka mengalu2kan dengan senyuman walaupun hanya nak tengok2 saja.

Kerenah kedua2 anak ku mmg tak terkawal. Dari rumah lagi dah tanya pada Aqil sama ada dia nak basikal jugak ke, tapi tetap jawapannya tak mahu. Takut...nanti jatuh, berdarah. Tapi...bila masuk je kedai tu dia ternampak 1 basikal warna kuning Ultraman Ace, trus dia tarik basikal tu nak try. Tapi kedua2 pasangan tu melayan anak2 kami dgn baik, walaupun kalau kami tak beli sekalipun. Akhirnya Danish & Aqil mendapat basikal mereka. Nasib baik ada extra cash...kalau tidak...

Aku & husband ambil kesempatan berbual & bertanya mereka kenapa masuk Islam. Hanya 2 saja jawapan, mendapat Hidayah dan kerana Islam itu bagus. Mereka memeluk Islam 10 tahun lalu bersama 5 lagi pasangan lain. Sangat terharu kami mendengar cerita mereka. Tapi, yang pasti mesti ada cerita disebaliknya yang tidak mereka bongkarkan. Mungkin 1 hari nanti, setelah kami menjadi kawan. Pasti kami akan berkawan, sbb anak2 aku tu kalau berbasikal mesti ada saja nak tambah, rosak atau apa2 jer...

Persoalannya, bagaimana mereka mendapat Hidayah? Bagaimana pula dgn anak2 melayu kita yg dah ramai jauh terpesong, tersasar dari jalan Nya. Walhal mereka lahir dan membesar dalam agama suci, kenapa mereka tak nampak apa yg bagusnya Islam ni? Kenapa bangsa lain nampak? Kadangkala ada jugak anak2 melayu kita yg membesar dlm keluarga yg sangat mementingkan agama Islam, tapi bila besar mereka lupakan apa yg mereka pelajari & memperlekehkan segala apa yg mereka amalkan sewaktu kecil. Jangankan doa makan, doa qunut pun ada yg dah tak hafal. Macam mana? Itu belum lagi suruh baca Yassin, mesti tergagap2. Buat malu saja.

Apa perasaan anda bila membaca senarai blog2 di bawah;
1. http://www.anwaribrahimclub.com/forum/index.php?topic=1164.0
2. http://www.malaysiakini.com/news/66348
3. http://malay.bismikaallahuma.org/gerakan-kristianisasi-di-malaysia/

Ya Allah...Kau teguhkanlah iman ku untuk tetap setia kepada Mu.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...