02 February, 2010

Hidayah Mu...

Hujung minggu lepas aku baru tunaikan permintaan Danish. Dah lama dia minta basikal baru sbb basikal yg dia guna sekarang dah lama dan kecil. Basikal tu kami belikan masa dia berumur 4 tahun. Skang dah 7 tahun, so mmg dah tak sesuai lagi dia naik basikal tu.

Bermulalah pencarian kami, Kedai Basikal...di hari minggu mmg tak banyak kedai yang buka. Mula-mula nak beli saja kat Pasaraya Giant ker Jusco ker Tesco ker, tapi bila fikir2 balik, kebanyakan basikal yg dijual kat pasaraya tak berapa baik dan cepat rosak. Lepastu nak cari spare part punyalah payah. Mesti tak ngam.

Cari punya carik, terjumpa sebuah kedai di Taman Perling, kedai lama "Perniagaan Hidayah". Masa mula2 masuk tu kami disambut oleh 2 pasangan berbangsa Cina. Tiba2 mereka memberi salam dan menghulurkan tangan. MasyaAllah...Islam rupanya. Layanan yang mereka berikan sgt baik. Secara peribadi, aku mmg tabik pada peniaga2 Cina yg melayan pelanggan tak seperti peniaga Melayu (bukan niat untuk menghina). Mereka tak expect pun kami nak beli basikal, sebab mereka ingatkan kami datang ke situ kerana mencuci kereta di kedai sebelah. Tapi mereka mengalu2kan dengan senyuman walaupun hanya nak tengok2 saja.

Kerenah kedua2 anak ku mmg tak terkawal. Dari rumah lagi dah tanya pada Aqil sama ada dia nak basikal jugak ke, tapi tetap jawapannya tak mahu. Takut...nanti jatuh, berdarah. Tapi...bila masuk je kedai tu dia ternampak 1 basikal warna kuning Ultraman Ace, trus dia tarik basikal tu nak try. Tapi kedua2 pasangan tu melayan anak2 kami dgn baik, walaupun kalau kami tak beli sekalipun. Akhirnya Danish & Aqil mendapat basikal mereka. Nasib baik ada extra cash...kalau tidak...

Aku & husband ambil kesempatan berbual & bertanya mereka kenapa masuk Islam. Hanya 2 saja jawapan, mendapat Hidayah dan kerana Islam itu bagus. Mereka memeluk Islam 10 tahun lalu bersama 5 lagi pasangan lain. Sangat terharu kami mendengar cerita mereka. Tapi, yang pasti mesti ada cerita disebaliknya yang tidak mereka bongkarkan. Mungkin 1 hari nanti, setelah kami menjadi kawan. Pasti kami akan berkawan, sbb anak2 aku tu kalau berbasikal mesti ada saja nak tambah, rosak atau apa2 jer...

Persoalannya, bagaimana mereka mendapat Hidayah? Bagaimana pula dgn anak2 melayu kita yg dah ramai jauh terpesong, tersasar dari jalan Nya. Walhal mereka lahir dan membesar dalam agama suci, kenapa mereka tak nampak apa yg bagusnya Islam ni? Kenapa bangsa lain nampak? Kadangkala ada jugak anak2 melayu kita yg membesar dlm keluarga yg sangat mementingkan agama Islam, tapi bila besar mereka lupakan apa yg mereka pelajari & memperlekehkan segala apa yg mereka amalkan sewaktu kecil. Jangankan doa makan, doa qunut pun ada yg dah tak hafal. Macam mana? Itu belum lagi suruh baca Yassin, mesti tergagap2. Buat malu saja.

Apa perasaan anda bila membaca senarai blog2 di bawah;
1. http://www.anwaribrahimclub.com/forum/index.php?topic=1164.0
2. http://www.malaysiakini.com/news/66348
3. http://malay.bismikaallahuma.org/gerakan-kristianisasi-di-malaysia/

Ya Allah...Kau teguhkanlah iman ku untuk tetap setia kepada Mu.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...