04 February, 2010

Antara Kalimah Allah dan Nama Anwar

Rasa seram sejuk pulak nak teruskan penulisan ni, bukannya sebab takutkan nama tapi sebab takutkan Kalimah. Kalau tersalah tulis tentang nama, tak mengapa. Kalau kena dakwa sebab nama pun tak mengapa. Bila kena bicara di mahkamah, pasti Tuan Yusof akan bantu dan sangat yakin ada Datuk atau Tun atau Tan Sri yang akan bantu. Tapi…kalau tersalah bicara tentang Kalimah, nahas. Apa nak jawab di akhirat nanti? Jangankan kata akhirat, masuk dalam liang saja dah kena. Siapa nak tolong yea? Nak minta tolong Tuan Yusof, Datuk, Tun, Tan Sri, boleh ker? Pastinya waktu itu mereka pun sedang menyelasaikan masalah masing-masing.

Perbicaraan Kes Liwat Anwar dengan Saiful telah bermula. Nampaknya kes ini mendapat liputan meluas oleh pihak media, sama ada media cetak ataupun media elektronik. Ramai yang datang memberikan sokongan pada Anuar di dalam mahupun di luar mahkamah. Sampaikan ada seorang pakcik yang setengah abad sanggup berasak-asak hingga pengsan siap panggil ambulance. Cuba tengok pic bawah ni, agak-agaklah berapa yer orang yang beria-ia membuat rusuhan sana sini mempertahankan maruah seseorang yang bernama Anuar.

Cuba kita imbas kembali beberapa minggu lalu. Isu perebutan Kalimah Allah. Isu ni sangat sensitive dan telah menimbulkan kemarahan dikalangan orang Melayu di Malaysia. Semua orang bercerita tentang hal ini, di kedai kopi, di bus stop, di tembok-tembok, di kelas-kelas memasak, di pejabat, dibalai-balai polis…tapi tak kecoh pun kat mahkamah. Takde perbicaraan ker??? Rusuhan…sepanduk…adalah sikit-sikit. Tapi Cuma beberapa hari jer kan, isu tu senyap macam itu saja. Penulis akhbar tak gemar ajaknya nak menulis tentang isu ini. Ataupun tak dibenarkan nak tulis lebih-lebih. Atau takut kena panah petir, manalah tahu kan. Cuba kita tengok pula pic di bawah ni, agak-agaknya berapa yer orang yang bersungguh-sungguh memengang sepanduk sambil menyeru Allahhu Akhbar mempertahankan Kalimah Allah daripada di rampok oleh agama lain.

Fikir-fikirlah…kenapa kita sanggup mengagungkan seseorang itu. Apa yang mereka boleh bagi pada kita. Kalaupun seseorang yang dihormati itu sangat berbakti pada kita, berpada-padalah pada tahap sanjungan yang hendak kita bagi. Sejauh manakah penglibatan orang itu dalam kehidupan kita seharian? Dimanakah ‘kita’ yang beramai-ramai tu, sewaktu isu mempertahankan yang jauh lebih Maha Agung dan maha Esa dari seorang manusia yang bernama Anwar?

Minta maaf kepada penyokong-penyokong Anwar, saya bukanlah pro-Kerajaan. Saya juga tidak memihak pada mana-mana parti atau pertubuhan. Tapi luahan nukilan ini adalah atas naluri saya sendiri sebagai seorang hamba Allah.

Fikirkanlah....sekiranya kita tidak sanggup lakukan sesuatu untuk Yang Maha Esa, mengapa harus beriya-iya
pula melakukan perkara yang berlebih-lebihan terhadap seorang insan?

Berfikirlah sebelum membuat sesuatu perkara...

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...