23 March, 2010

Bagaimana nak menyayangi seseorang.....!!!

Akhir-akhir ni kita banyak mendengar kisah-kisah keretakan rumah tangga, putus kasih sampai ada yang sampai nak bunuh membunuh, putus tunang sebab ada orang ke-3, dan banyak lagi hal-hal yang kadang-kala tak pernah terfikir dikotak fikiran kita. Itu belum lagi kes artis yang turun naik mahkamah, punca bercerai sebab dah tak sehaluan.

Hal nikah kawin ada tarikh luput ker? Itulah kalau benda-benda yang remeh-temeh dalam perhubungan sentiasa diambil ringan oleh sesetengah individu. Apabila sebelah pihak kurang senang dengan sesuatu perkara, tetapi tidak diluahkan malah dipendam. Akhirnya bila sampai satu tahap, dimana tidak dapat disimpan lagi, maka terjadilah satu perbalahan yang besar. Sedangkan puncanya hanya satu perkara yang sangat remeh, contohnya;

- Si suami suka memerap tuala, tidak sidai
- Si isteri tidur berdengkur, yang sangat kuat
- Si suami suka menyerakkan surat khabar
- Si isteri suka membebel, sikit-sikit nak marah

- Sang kekasih lambat jemput keluar makan
- Sang kekasih lambat angkat telefon
- Sang kekasih tidak membalas sms
- Sang kekasih tidak suka pakai stoking

Sangat remehkan punca-punca perbahalan di atas. Tetapi, itulah hakikatnya dan itulah antara sebabnya perpisahan 2 jiwa terjadi. Kalau perpisahan 2 kekasih tak mengapa, tapi kalau perpisahan antara suami isteri macam mana? Kerana benda remeh yang tidak diselesaikan dengan bijak dan cepat, maka berhadapanlah mereka dengan benda yang rumit dikemudiannya.

Bila sudah bercerai, banyak benda nak dilakukan;
- Pengesahan cerai di mahkamah
- Perebutan hak penjagaan anak
- Pembahagian harta sepencarian
- Pemberian nafkah
- Berusaha untuk hidup baru

Jadi, untuk mengelakkan anda menghadapi masalah-masalah di atas. Nasihat saya, selesaikanlah masalah yang remeh-temeh dalam perhubungan secepat mungkin dalam keadaan yang santai dan tidak bertegang. Kalau masih tidak ada penyelesaian, cuba berenggang untuk sementara waktu sehingga rindu tercipta. InsyaAllah, jika ikatan kasih sayang yang dibina itu suci, maka pasti ada bahagia.....

Tip-tips menyayangi pasangan agar kasih yang tercipta kekal abadi hingga ke Syurga

Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telah pun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

SEMOGA BERBAHAGIA

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...