04 September, 2011

Allahyarham Noramfaizul b. Mohd Nor Pilihan Allah s.w.t.

Seminggu yang lalu, saya membaca Berita Harian secara on-line iaitu sehari sebelum kita menyambut kemerdekaan ke-54. Anggota misi seramai 48 orang selamat tiba di Mogadishu, Somalia dengan membawa hati yang sangat besar untuk membantu masyarakat di sana yang mengalami kebuluran yang sangat dasyat. Sebelum itu 7 orang pegawai peninjau telah sampai dahulu untuk memastikan keadaan di sana selamat dan terkawal. Entah apalah yang terlintas difikiran semua anggota misi, di saat semua umat Islam berkira-kira menyambut lebaran bersama keluarga, tetapi lain pula dengan mereka. Sanggup meninggalkan keluarga tercinta untuk membantu orang lain beribu batu jauhnya.

Tetapi lain pula hari ini dimana saya menyaksikan Majlis Belangsungkawa Allahyarham Norafaizul b. Mohd Nor yang dibawakan secara langsung di televisyen. Salam Takziah untuk keluarga Allahyarham Noramfaizul b. Mohd Nor yang telah terkorban dalam misi bantuan kemanusiaan di Mogadishu, Somalia. Sesungguhnya Allah sahaja yang tahu apa yang ditanggung oleh keluarga Allahyarham, tatkala seluruh umat Islam menyambut hari kebesaran dengan rasa gembira, tetapi mereka meyambut berita pemergian seorang insan yang sangat disayangi. Allah s.w.t. lebih menyayangi Allahyarham dan pemergiannya adalah Syaheed...InsyaAllah....

Jangan dipertikaikan lagi dan hentikan kata-kata tidak sepatutnya untuk anggota misi dan penganjur. Semua ini adalah ketentuan Allah s.w.t. Dia pilihan Allah s.w.t., kerana dalam 55 orang anggota, hanya Allahyarham sahaja yang diambil-Nya. Walau bagaimana lengkap sekalipun ciri-ciri keselamatan diutamakan, jika Allah menyeru Kunfayakun...maka jadilah. Tiada siapa dapat menghalangnya. Yang penting bagi semua anggota misi yang selamat ataupun bagi yang mahu meneruskan misi seterusnya, hanya kekuatan fizikal dan mental sahaja seharusnya menjadi bekalan. Kita tidak dapat menyangka apa yang akan berlaku jika kita sendiri meletakkan diri kita ke dalam bahaya. Hanya Allah sahaja yang dapat membantu...

Al-Fatehah.......


p/s: pendapat saya....
  1. Peluru sesat tak kenal mangsa
  2. Pihak lawan memang marah pada kita kerana keberanian kita
  3. Insyuran memang taknak cover misi merbahaya
  4. Allahyarham sudah selamat bertemu Penciptanya, kita bagaimana?
  5. Allah Maha Besar...kita yang tinggal kena Redha...

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

4 comments:

Anonymous said...

No one can guarantee anything...unexpected tragedy.
Only God know....

Anonymous said...

Baju kalis peluru pun belum tentu akan selamatkan mangsa...

CT said...

Al Fatihah....

Unknown said...

Al-Fatihah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...