31 August, 2014

Aksara Merdeka 1957, 57 Tahun

~~AKSARA MERDEKA~~

Setelah sekian lama kita menyusun dan mewarnakan aksara merdeka
Kenapa masih ada lagi warga tanah bersejarah ini..
yang kenal huruf tetapi terlupa maknanya
yang kenal angka tetapi terlupa nilainya
yang kenal bunyi tetapi terlupa nadanya
yang kenal rentak tetapi terlupa geraknya
yang kenal lagu tetapi terlupa iramanya
yang kenal akhir tetapi terlupa awalnya.

Setelah sekian lama kita membaca dan menghafal aksara merdeka
Kenapa masih ada lagi warga tanah tercinta ini...
yang cerah mata tetapi gelap hati
yang cerdik minda tetapi dungu peribadi
yang cantik bahasa tetapi buruk sikap
yang lembut budi tetapi keras lagak
yang merdu suara tetapi sumbang bicara.

Setelah sekian lama kita mencatat dan merakam aksara merdeka
Kenapa masih ada lagi warga tanah pusaka ini...
yang impikan kemajuan tetapi menolak teknologi
yang impikan kemakmuran tetapi membelakangkan ekonomi
yang impikan kesejahteraan tetapi mencetuskan pergolakan
yang impikan kegemilangan tetapi meremehkan wawasan

Setelah sekian lama kita menganalisis dan mentafsirkan aksara merdeka
Kenapa masih ada lagi warga tanah bertuah ini...
yang terlepas kaki tetapi terikat tangan
yang terlepas mata tetapi terikat jiwa
yang terlepas fakir tetapi terikat cita-cita

Setelah sekian lama kita menjulang dan memarbatkan aksara merdeka
Kenapa masih ada lagi warga tanah bertuah ini...
yang kasihkan bangsa tetapi bencikan raja
yang cintakan agama tetapi menyelewengkan fatwa

Setelah sekian lama menghargai dan menghormati aksara merdeka
Kenapa masih ada lagi warga tanah berdaulat ini yang menanam bunga tetapi menabur duri...

Salam Sayang Merdeka

Wadi.Leta.SA


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

23 August, 2014

Setelah Menanti Lebih Sebulan

Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah... semalam 17 jenazah dan 3 abu mayat telah selamat sampai di tanah air dan disempurnakan oleh keluarga masing-masing. Baki mangsa seramai 25 orang yang masih menjalani proses forensik akan dibawa pulang dengan segera dan mengikuti istiadat seperti yang diakukan semalam. Cuma bezanya tidak diumumkan Hari Berkabung Nasional. Penghormatan yang diterima sangat tinggi dan membanggakan. Seharusnya semua keluarga mangsa bersyukur dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan.

Semalam... laman-laman sosial berkongsi gambar-gambar berlangsungkawa, berkabung dan bertafakur. Semuanya berjaya menimbulkan rasa sebak dalam jiwa. Termasuklah saya yang hanya mengikuti lintas langsung melalui telefon bimbit di pejabat kerana bertugas. Antara yang mendapat perhatian sayu dan pilu adalah disaat anaknda Allahyarhamah Mastura yang setia disisi jenazah Allahyammah. Hanya Allah sahaja yang benar-benar tahu apa yanh dirasai oleh anak kecil itu.

Terus saya memandang 2 wajah anaknda saya Muhammad Adam Danish dan Muhammad Aqil Hail. Kalaulah kami menaiki penerbangan MH370 pada bulan Mac yang lalu...........

Untuk keluarga mangsa MH17, bertabahlah kerana kami juga turut merasa sedih dengan apa yang berlaku. Begitu juga dengan keluarga mangsa MH370 yang masih menanti dengan penuh rasa bercampur baur dalam jiwa. Kami tetap mendoakan semua mangsa MH370 walau dimana mereka berada.

Begitu juga dengan keluarga mujahidin yang berjuang di Lahad Datu dan Syria. Usahlah berkecil hati dengan penghormatan besar-besaran yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada mangsa tragedi MH17, kerana PENGHORMATAN YANG ALLAH BERIKAN LEBIH BERMAKNA.

*Saya yang masih terkesan dengan kehilangan MH370 akan meneruskan kehidupan seperti biasa kerana Allah masih memberikan peluang untuk saya dan suamu hidup sambil berbakti untuk mengejar Jannah yang bukan murah.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

16 August, 2014

Berkunjungan di Hari Raya

Assalammualaikum semua...

Hari ini masih dalam mood Syawal. Tapi saya masih takde mood sangat nak beraya. Walaubagaimanapun, jemputan rumah terbuka kena juga pergi. In sha Allah sampai, tapi mana- mana yang tak sempat tu takde lah kan. Bulan Syawal ni lah masanya nak berkunjung-kunjungan. Kadangkala kita cuma tahu zahir saja tentang kesihatan seseorang sebab selalu hanya nampak KAWAN UPDATE STATUS FB - NAMPAK SIHAT. Tapi, sebaliknya.....dia hanya menunjukkan dia sihat sebab tak mahu kawan-kawan risau. Tapi.....kalau kita menjengah kerumah, apa yang kita tak tahu kita akan tahu.

Baru-baru ini encik hubby menghubungi kawannya konon nak jumpa. Nak datang rumah nak beraya, nak taknak takkan ada kawan yang halang kawannya untuk beraya ke rumah kan. Bila sampai kerumah kawan beliau..... TERPERANJAT.... kawan encik hubby tu sedang sakit ANGIN AHMAR. Mujurlah tak serius, masih boleh bercakap walau tak lancar, masih boleh taip sms dan berwasap.

Hari raya inilah..... kita boleh datang ke rumah sesiapa saja.
Hari raya inilah..... kita boleh menjengah kawan-kawan kita
Hari raya inilah..... kita boleh mengeratkan kasih yang jauh

----------------------------

Hari ini asalnya kami ada 3 jemputan saja. Satu daripadanya jemputan perkahwinan, tapi pagi tadi dapat 2 panggilan (kawan hubby) yang menjadikan total semua 5 jemputan. In sha Allah kami sampai.

Terima kasih yang menjemput.

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

13 August, 2014

Syukur Masih ada Kehidupan

Assalammualaikum......

Masih belum terlewat mengucapkan Selamat Hari Raya pada semua kawan-kawan di laman maya ini. Mohon maaf di atas segala kesilapan yang sengaja ataupun yang tak disengajakan, walaupun kita hanya di laman maya, tapi kita mungkin tidak sedar ada sekelumit rasa tidak enak dikalangan pembaca yang kita tidak sedari.

Saya bersyukur kerana masih diberikan kehidupan. Allah masih memberi saya dan keluarga nikmat degupan jantung, nikmat nafas dan nikmat berkasih sayang dengan *PERCUMA*.

Setengah tahun tidak menukil di sini. Hanya di sini, tapi bagi yang bersahabat dengan saya di laman sesawang lain, pasti tidak kekok melihat saya. Ada yang sudah terbiasa dengan tulisan-tulisan saya di laman muka buku dan juga dan terbiasa melihat gelagat foto saya di arena instagram.

Hanya di sini......bercuti menukil. Tapi kini rasanya mahu kembali aktif. Entah dari mana kekuatannya tidak pasti. Tapi, in sha Allah akan meneruskan kembali minat menukil di sini. Mungkin juga merasakan laman muka buku bakal tiada lagi. Mungkin juga.....detik hati siapa yang tahu.

--------------------------

Percutian menukil di laman blog ini....

Bermula setelah balik bercuti dari Beijing pada Februari yang lalu. Tidak pasti apakah yang menghantui, walhal di laman yang lain elok saja mengupdate status. Tapi kini, mahu kembali. Mungkin sebab perasaan bila menukil di sini berbeza dari laman sosial yang lain. Mungkin....

Macam-macam jadi selepas kami balik bercuti berhoneymoon di Beijing. Saya dan encik hubby bermuhasabah diri dan lebih menghargai satu sama lain lebih dari apa yang kami harungi selama ini. Setiap apa yang kami bakal lalui, kami redha dengan ketentuan Ilahi. Kerana.... Allah masih memberi kami kehidupan. Allah masih memberi kami kesempatan untuk memperbaiki segala kekurangan. Allah masih memberi peluang untuk kami mengutip segala kebaikan untuk dibawa ke dalam sana sebagai bekalan.

Last update blog adalah pada 19 January 2014. Blog di update di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai. Ketika itu kami sedang dalam proses membeli tiket ke Beijing. Masih berkira-kira sama ada untuk menaiki Air-Asia atau Malindo-Air atau tetap memilih MAS, kononnya hendak merasa pengalaman penerbangan lain. Tapi akhirnya kami memilih MAS kerana sudah terbiasa dengan penerbangan ini, dan memikirkan penerbangan jarak waktu dan keselesaan.

Masa mengupdate blog tergendala disebabkan kesebokan perancangan percutian dan juga kesebokan menyiapkan segala tugasan dan penghantaran assignment sebelum kami bercuti. Banyak yang perlu diuruskan termasuklah menyiapkan segala kelengkapan 2 orang putera kami yang akan kami tinggalkan bersama keluarga saya selama seminggu. Setelah pulang dari Beijing, saya sebok menghadiri kelas yang tertinggal, persediaan menghadapi peperiksaan pada penghujung Mac dan hangout bersama kawan-kawan untuk beberapa projek amal kami tahun 2014. Tapi bila mood untuk mengupdate blog dengan cerita cinta kami di Beijing, Malaysia menerima satu berita sedih yang menyentap jiwa raga kami. Kami terselamat.........

Disebabkan ini lah.......

MH370 dalam ingatan kami. Walaupun kejadian yang menimpa MH17 lebih menyayat hati kami tapi MH370 tetap kami nanti. Kami masih mengharapkan sesuatu yang ajaib berlaku pada setiap nyawa yang berada dalam MH370.

Allah masih beri peluang pada kami untuk terus hidup. Kerana pada asalnya, penerbangan 8 Mac 2014 adalah menjadi pilihan kami, tapi kami mengawalkan 2 minggu dari tarikh tersebut disebabkan pertindihan jadual dengan adik kami yang berada di Beijing. Kerana kami ke Beijing tidak mengikuti mana-mana pakej, hanya mengharapkan adik kami yang telah 4 tahun berada di sana menjadi tourist guide kami selama seminggu tempoh bulan madu.

Dan selepas itu, berbagai bencana dan dugaan kita terima, baik dalam negara mahupun luar negara. Saya yang suka membaca dan mendapatkan info-info lebih gemar membaca daripada mengulas panjang lebar di laman ini. Disebabkan itulah, mood menulis pudar sdikit demi sedikit dan akhirnya hampir melupakan blog ini. Tapi, beberapa orang terdekat keep memberi semangat untuk saya nukilkan apa saja. Apa saja di sini dengan panjang lebar seperti dulu. Untuk tatapan anak cucu, untuk bacaan yang sudi mengunjung.

Terima kasih pada kawan-kawan maya yang selalu menjengah. In sha Allah, jika saya masih bernyawa, blog ini takkan saya biarkan bersawang lagi.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...