13 August, 2014

Syukur Masih ada Kehidupan

Assalammualaikum......

Masih belum terlewat mengucapkan Selamat Hari Raya pada semua kawan-kawan di laman maya ini. Mohon maaf di atas segala kesilapan yang sengaja ataupun yang tak disengajakan, walaupun kita hanya di laman maya, tapi kita mungkin tidak sedar ada sekelumit rasa tidak enak dikalangan pembaca yang kita tidak sedari.

Saya bersyukur kerana masih diberikan kehidupan. Allah masih memberi saya dan keluarga nikmat degupan jantung, nikmat nafas dan nikmat berkasih sayang dengan *PERCUMA*.

Setengah tahun tidak menukil di sini. Hanya di sini, tapi bagi yang bersahabat dengan saya di laman sesawang lain, pasti tidak kekok melihat saya. Ada yang sudah terbiasa dengan tulisan-tulisan saya di laman muka buku dan juga dan terbiasa melihat gelagat foto saya di arena instagram.

Hanya di sini......bercuti menukil. Tapi kini rasanya mahu kembali aktif. Entah dari mana kekuatannya tidak pasti. Tapi, in sha Allah akan meneruskan kembali minat menukil di sini. Mungkin juga merasakan laman muka buku bakal tiada lagi. Mungkin juga.....detik hati siapa yang tahu.

--------------------------

Percutian menukil di laman blog ini....

Bermula setelah balik bercuti dari Beijing pada Februari yang lalu. Tidak pasti apakah yang menghantui, walhal di laman yang lain elok saja mengupdate status. Tapi kini, mahu kembali. Mungkin sebab perasaan bila menukil di sini berbeza dari laman sosial yang lain. Mungkin....

Macam-macam jadi selepas kami balik bercuti berhoneymoon di Beijing. Saya dan encik hubby bermuhasabah diri dan lebih menghargai satu sama lain lebih dari apa yang kami harungi selama ini. Setiap apa yang kami bakal lalui, kami redha dengan ketentuan Ilahi. Kerana.... Allah masih memberi kami kehidupan. Allah masih memberi kami kesempatan untuk memperbaiki segala kekurangan. Allah masih memberi peluang untuk kami mengutip segala kebaikan untuk dibawa ke dalam sana sebagai bekalan.

Last update blog adalah pada 19 January 2014. Blog di update di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai. Ketika itu kami sedang dalam proses membeli tiket ke Beijing. Masih berkira-kira sama ada untuk menaiki Air-Asia atau Malindo-Air atau tetap memilih MAS, kononnya hendak merasa pengalaman penerbangan lain. Tapi akhirnya kami memilih MAS kerana sudah terbiasa dengan penerbangan ini, dan memikirkan penerbangan jarak waktu dan keselesaan.

Masa mengupdate blog tergendala disebabkan kesebokan perancangan percutian dan juga kesebokan menyiapkan segala tugasan dan penghantaran assignment sebelum kami bercuti. Banyak yang perlu diuruskan termasuklah menyiapkan segala kelengkapan 2 orang putera kami yang akan kami tinggalkan bersama keluarga saya selama seminggu. Setelah pulang dari Beijing, saya sebok menghadiri kelas yang tertinggal, persediaan menghadapi peperiksaan pada penghujung Mac dan hangout bersama kawan-kawan untuk beberapa projek amal kami tahun 2014. Tapi bila mood untuk mengupdate blog dengan cerita cinta kami di Beijing, Malaysia menerima satu berita sedih yang menyentap jiwa raga kami. Kami terselamat.........

Disebabkan ini lah.......

MH370 dalam ingatan kami. Walaupun kejadian yang menimpa MH17 lebih menyayat hati kami tapi MH370 tetap kami nanti. Kami masih mengharapkan sesuatu yang ajaib berlaku pada setiap nyawa yang berada dalam MH370.

Allah masih beri peluang pada kami untuk terus hidup. Kerana pada asalnya, penerbangan 8 Mac 2014 adalah menjadi pilihan kami, tapi kami mengawalkan 2 minggu dari tarikh tersebut disebabkan pertindihan jadual dengan adik kami yang berada di Beijing. Kerana kami ke Beijing tidak mengikuti mana-mana pakej, hanya mengharapkan adik kami yang telah 4 tahun berada di sana menjadi tourist guide kami selama seminggu tempoh bulan madu.

Dan selepas itu, berbagai bencana dan dugaan kita terima, baik dalam negara mahupun luar negara. Saya yang suka membaca dan mendapatkan info-info lebih gemar membaca daripada mengulas panjang lebar di laman ini. Disebabkan itulah, mood menulis pudar sdikit demi sedikit dan akhirnya hampir melupakan blog ini. Tapi, beberapa orang terdekat keep memberi semangat untuk saya nukilkan apa saja. Apa saja di sini dengan panjang lebar seperti dulu. Untuk tatapan anak cucu, untuk bacaan yang sudi mengunjung.

Terima kasih pada kawan-kawan maya yang selalu menjengah. In sha Allah, jika saya masih bernyawa, blog ini takkan saya biarkan bersawang lagi.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

4 comments:

Tie HT said...

salam raya dan maaf zahir batin CM
Alhamdulillah kita msih diberi rezeki bernafas
moga ada peluang untuk kita perbaiki apa yang kurang
maaf zahir dan batin yea :)

Anum said...

bersyukur kerana masih bleh bernafas

Cik Rose said...

Assalamualaikum...

Selamat hari raya Aidilfitri Ros ucapkan..
Allahuakbar, sebak pula Ros baca entry ni.. Kita hanaya merancang, Allah yang menentukan segalanya.. Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia... Semua yang terjadi, bersebab dan ada hikmahnya,,..

Mrs Velentine said...

assalammualaikum..selamat hari raya kak...alhamdulillah masih diberikan peluang untuk bernafas...ya muhasabah diri oenting kan....MH 370 tetap dinnt dan Mh17 tetap dalam ingtn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...