Apakah erti kemerdekaan dalam diri anak-anak sekarang? Tahukah mereka betapa susah payahnya nenek moyang kita untuk mencapai kemerdekaan? Tahukah mereka kita pernah dijajah oleh kuasa-kuasa besar tak kurang juga komunis yang mahu merampas tanah air tercinta kita ini?
Tahun ini hari Kemerdekaan jatuh pada bulan Ramadhan. Maka tak banyaklah pembaziran yang dibuat kerana setiap negeri hanya menjalankan acara wajib seperti perarakan dan perhimpunan di waktu pagi. Alhamdulillah, tiada konsert malam, tiada pesta bunga api, tiada lagi gejala tidak senonoh akan berlaku, harap-harap begitulah.
Mari kita sama-sama hayati saat-saat Kemerdekaan 53 tahun yang lalu. Semoga kemerdekaan tetap kekal di bumi Malaysia...Amin...
Hari Keramat Kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.
Lagi 2 hari kita akan menyambut ulang tahun Kemerdekaan yang ke-53. Korang tak gantung bendera ke kat rumah atau kat kereta. Kalau kita bersiar-siar di sekitar bandar, pasti akan ternampak senario Kibaran Jalur Gemilang. Sungguh semangat orang2 yang mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan mereka.
Antara kenderaan yang boleh kita dapati di jalan raya sempena Merdeka.
Senario biasa, berbasikal beramai2 menuju mengelilingi kampung. Hati2 yea adik2, bagi kenderaan yang melintasi mereka juga perlu perlahankan kereta. Bagi hormat sikit...
Anak kami pun tak ketinggalan menyahut seruan MERDEKA dengan mengibarkan Jalur Gemilang di sekeliling rumah. Jom tengok anak saya gantung bendera.....
Assalammualaikum..... Hari baik, bulan baik, suasana baik, persekitaran kita yang baik........tiba-tiba dicemari dengan sikap dan peradaban satu PUAK yang ntah apa2 ntah. PUAK yang saya maksudkan ni mmg pelik, tak tau plak nak dikategorikan sebagai apa. Dengar kata mereka Islam, tapi Islam ker mereka?
Bulan Ramadhan bulan yang baik, tapi kenapa tak mahu berbaik-baik?
Hailahhh JIRAN....kenapa kamu semua begitu?
SANGAT BIADAP!!!
Ada ker patut boleh main baling2 najis manusia. Mesti najis si pembaling itu. Hurmmm....maruah nya yang busuk itu di baling2 ke rumah orang, nak jadi apalah agaknya yaaa...
Inilah kalau sudah tak reti bersyukur apatah lagi mengucapkan terima kasih. Perkara yang kecil di perbesar-besarkan. Walhal perkara punca itupun sudah diselesaikan dengan baik antara pihak2 yang berwajib. Saya rasa semua sudah maklum apa yang saya bebelkan lagi tadi. Dan pastinya semua tahu pucuk akarnya cerita.
Rakyat Indonesia (yang merusuh tak tentu hala) langsung tidak menghargai layanan yang diberikan oleh kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap orang2 mereka yang mencari nafkah di negara kita ini. Mereka harus menyedari bahawa terdapat kira2 2 juta rakyat Indonesia yang mencari makan dan beranak pinak di sini, itupun belum terhitung yang masuk secara HARAM ke Malayasia. Sejak dari Zaman Sukarno lagi, rakyat Indonesia sering membawa masalah kepada negara kita. Tapi Kerajaan Malaysia tidak pernah menganak tirikan mereka, malah yang masuk secara HARAM juga diberikan perlindungan sementara dan diberi makan sebaik2nya sebelum dihantar pulang dengan selamat. Belum lagi yang melakukan jenayah di negara kita, merompak, menyamun, membunuh... Bukan mengungkit, tetapi setiap kali Indonesia dilanda bencana seperti Tsunami, gempa bumi dan banjir, Malaysialah negara pertama yang datang menghulurkan bantuan. So, tukarlah....bukan "Melayu mudah lupa" tapi "Indon memang pelupa", banyak makan semut!
Wahai Rakyat Malaysia (rakan2 ku sekelian), masih ingatkah lagi kejadian rusuhan di Indonesia yang digelar Ganyang Malaysia. Apa diaorg ingat kita ni bawang merah ker? Jangan tak tau, kita ni semua cili api. Hurmmm,,,,, ganyanglah. Siap nak bunuh semua rakyat Malaysia di Indonesia dengan buluh runcing. Apa takda undang2 lagi ker kat Indonesia? Senang2 jewr nak bunuh orang. Oh yaaa,,, sekali-sekala tertonton juga drama Indon, mmg diorg ni senang2 jewr nak bunuh orang kat sana, senang2 jewr nak rampas harta orang, senang2 jewr nak bomohkan org. Polis mereka mmg tak setaraf dengan Polis Malaysia yang setaraf Interpol.
Sebenarnya, Rakyat Malaysia memang dah lama sabar dengan perangai terkutuk si Indon2 ni yang sewenang2nya nak ganyang kita, pijak2 Jalur Gemilang kita, rosakkan harta benda kita termasuk Kedutaan kita di sana. Tapi kita semua berhati mulia, tak tergamak nak lakukan apa yang mereka lakukan pada kita sebab kita ni semua Makhluk Allah. Kita sedar kita tak sepatutnya menghukum. tapi kalau dah terlebih batasan, kita pun naik geram...
Hai Indonesia..... Apalah agaknya yang akan terjadi kalau kita SAPU INDONESIA = HALAU SEMUA RAKYAT INDONESIA get out from here!!!!
Indonesia......Jangan mudah lupa, Allah itu maha melihat
Hari Nuzul Quran jatuh pada 17 Ramadhan pada setiap tahun Hijrah.
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hinggaseterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran.
Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
Hurmmm.....masa inilah umat islam akan berebut-rebut melakukan solat malam untuk mengejar Lailatul Qadar...kerana mereka percaya orang yang menemui lailatul Qadar itu, dosa-dosanya yang telah lepas akan diampunkan Allah, dan segala doanya akan dimakbulkan.
Kesimpulan :-
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).
Betul ke Marikh sebesar Bulan pada 27 Ogos ni? Edit PDF Print E-mail Written by Shah Wednesday, 22 August 2007
Sudah menjadi trend sejak tahun 2003, menjelang saja tarikh 27 Ogos, akan muncullah email yang berbunyi seperti di bawah:
[Collected via e-mail, July 2007]
*Two moons on 27 August*
27th Aug the Whole World is waiting for...*
Planet Mars will be the brightest in the night sky starting August.
It will look as large as the full moon to the naked eye. This will cultivate on Aug. 27 when Mars comes within 34.65M miles of earth. Be sure to watch the sky on Aug. 27 12:30 am. It will look like the earth has 2 moons. The next time Mars may come this close is in 2287.
Share this with your friends as NO ONE ALIVE TODAY will ever see it again.
[Collected on the Internet, 2003]
The Red Planet is about to be spectacular! This month and next, Earth is catching up with Mars in an encounter that will culminate in the closest approach between the two planets in recorded history. The next time Mars may come this close is in 2287. Due to the way Jupiter's gravity tugs on Mars and perturbs its orbit, astronomers can only be certain that Mars has not come this close to Earth in the Last 5,000 years, but it may be as long as 60,000 years before it happens again.
The encounter will culminate on August 27th when Mars comes to within 34,649,589 miles of Earth and will be (next to the moon) the brightest object in the night sky. It will attain a magnitude of -2.9 and will appear 25.11 arc seconds wide. At a modest 75-power magnification Mars will look as large as the full moon to the naked eye. Mars will be easy to spot. At the beginning of August it will rise in the east at 10 p.m. and reach its azimuth at about 3 a.m.
By the end of August when the two planets are closest, Mars will rise at nightfall and reach its highest point in the sky at 12:30 a.m. That's pretty convenient to see something that no human being has seen in recorded history. So, mark your calendar at the beginning of August to see Mars grow progressively brighter and brighter throughout the month. Share this with your children and grandchildren. NO ONE ALIVE TODAY WILL EVER SEE THIS AGAIN
Buat pengetahuan semua, maklumat yang diceritakan di dalam email-email tersebut adalah palsu. Cuba kita lihat kenapa..
Asal munculnya kisah ini bermula pada tahun 2003. Tetapi entah macam mana, ia kekal dihantar setiap tahun walaupun maklumat di dalamnya sudah outdated atau terkebelakang.
Rujuk cerita yang sama yang muncul tahun-tahun sebelum ini.
Planet Marikh memang berada pada jarak yang amat dekat dengan Bumi pada 27 Ogos 2003. Ketika itu, Marikh berada 56 juta km daripada Bumi, dan jarak ini merupakan yang terdekat sejak hampir 60,000 tahun. Pada ketika itu, Marikh kelihatan hampir 6 kali lebih besar daripada biasa. Namun 6 kali ini masih terlampau kecil untuk kelihatan sebesar bulan dengan mata kasar! Kekeliruan mungkin timbul kerana jika kita melihat Marikh menerusi teleskop berkuasa sekitar 75 kali, ia akan kelihatan cukup indah dan besar, seolah-olah sebesar Bulan di langit. Tetapi kena ingat, kita perlu melihat Marikh menerusi sebuah teleskop untuk melihat keadaan demikian.
Adakah Marikh akan hanya dekat dengan Bumi setiap tahun? Jawapannya tidak. Marikh dan Bumi akan saling kejar-mengejar di dalam orbit masing-masing dan setiap 2 tahun 2 bulan, Bumi dan Marikh akan berada paling hampir antara satu sama lain. Oleh itu, tidak timbul persoalan Marikh dan Bumi berada dekat pada tarikh 27 Ogos setiap tahun!!
Jadual di bawah merupakan tarikh ketika Bumi dan Marikh berada hampir antara satu sama lain dari tahun 1999 hingga 2020.
24 Apr 1999 Jarak 0.58 AU 13 Jun 2001 Jarak 0.45 AU 28 Ogo 2003 Jarak 0.37 AU 7 Nov 2005 Jarak 0.47 AU 24 Dis 2007 Jarak 0.59 AU 29 Jan 2010 Jarak 0.66 AU 3 Mac 2012 Jarak 0.67 AU 8 Apr 2014 Jarak 0.62 AU 22 Mei 2016 Jarak 0.50 AU 27 Jul 2018 Jarak 0.38 AU 13 Oct 2020 Jarak 0.42 AU (Kiraan oleh perisian Skymap Pro versi
1 AU merupakan skala jarak antara Bumi dan Matahari
Jika kita perhatikan tarikh-tarikhnya , tidak ada sebarang ulangan tarikh 27/28 Ogos tersebut. Dan bagi tahun ini, Bumi dan Marikh akan berada dekat pada 24 Disember nanti!!
Asal usul emel
Pada tahun 2003 tersebut, Marikh memang bersinar amat terang, seperti sebuah lampu oren yang menyala. Tetapi ia tetap bukan sebesar Bulan.
Jika dibandingkan dengan Bulan, Marikh "kelihatan" 75 kali lebih kecil daripada Bulan.
Kemudian, hasil daripada perbandingan tersebut, mulalah seseorang tu menyatakan, jika Marikh 75 kali lebih kecil dari Bulan, maka jika kita besarkannya sebanyak 75 kali, mestilah nampak sebesar Bulan!"... maka dari situ mulalah muncul ayat yang mengatakan "Marikh akan kelihatan sebesar Bulan dengan mata kasar"
Hasil daripada kehebatan teknologi internet, maka emel tersebut mula tersebar ke seluruh dunia, dan berubah-ubah isi kandungannya. Sehinggalah ia diringkaskan menjadi "Marikh akan kelihatan sebesar Bulan dengan mata kasar", tanpa mencerita kisah pembesaran 75 kali tu... Tahun-tahun berikutnya, tarikh kejadian asal 27 Ogos 2003 itu pun berubah sehingga menjadi "27 Ogos" sahaja. Malah, ada yang rajin, siap ditambah tahun kepada tahun yang terkini.
Kesimpulannya, kejadian Marikh menjadi sebesar Bulan pada tarikh 27 Ogos nanti adalah palsu dan tidak boleh dipercayai.
Dalam meniti hari-hari indah di Bulan Ramadhan ini, aku terfikir, bagaimanakah keadaan anak-anak di Semenanjung Gaza. Bagaimanakah keadaan mereka bersahur, berpuasa dan berbuka. Tenteramkah jiwa mereka saat mendirikan solat terawih? Adakah sama dengan kita disini.... Huhh,,, tak mungkin sama.
Kita disini rakus membeli juadah berbuka di bazar Ramadhan. Bila tiba waktu berbuka, kita sibuk menghabiskan juadah sehingga ada yang terlepas solat Maghrib. Bila sudah tidak larat lagi, terus mengabaikan solat Terawih. Alangkah ruginya kita yang disini jika tidak memanfaatkan keamanan, tidak menjalani hari-hari yang indah dengan melakukan perkara-perkara yang baik.
Kawan-kawan, janganlah kita mengeluh selalu. Keluhan mu itu sungguh tidak terbanding dengan segala penderitaan yang dilalui oleh anak-anak di Semenanjung Gaza.
Subhanallah..... Itulah saja ungkapan yang dapat saya ucapkan tatkala melihat berita mengenai puting beliung yang terjadi di Bazar Ramadhan Jasin, Melaka. Menurut berita ada 2 orang yang meninggal dunia, tetapi bila saya ke Google search, sudah berbaris berita, gambar, video mengenai tragedi malang ini. Dan terdapat juga berita yang mengatakan 3 orang didapati meninggal dunia dan beberapa orang tercedera termasuk pengunjung dan peniaga.
MasyaAllah.... Kebesaran Allah, Dia yang memberi rezeki, Dia jugalah yang berhak menariknya kembali, Dialah yang berhak ke atas segalanya di muka bumi ini. Tak dapat dibayangkan keadaan sebenar di tempat kejadian. Hanya orang-orang yang berada di situ sahaja yang dapat merasai betapa cemasnya dan kelam kabut beberapa ketika saat puting beliung itu membadai.
Kejadian berlaku pada hari ke-3 umat Islam berpuasa iaitu 3 Ramadhan 1431H bersamaan 13 Ogos 2010 yang jatuh pada Hari Jumaat, waktunya lebih kurang pukul 4 petang. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian, hanya Allah sahaja yang mengetahui. Jangan kita cuba membuat andaian tersendiri kerana yang buruk itu datangnya dari dalam diri kita dan yang terbaik itu datangnya dari Allah s.w.t.
Wassalam, Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga peniaga dan pengunjung Bazar Ramadhan Jasin, Melaka. Al-Fatehah kepada mangasa yang telah pergi mengadap Illahi... Innalillahiwainnailaihirajiunn.....
Di bawah ni sebahagian gambar sebelum, ketika dan selepas tragedi. Selebihnya anda bolehlah mencarinya di You Tube untuk gambaran yang lebih jelas: You Tube Searh engine : Tragedi Puting Beliung Bazar Ramadhan Jasin, Melaka [3 Ramadhan 2010] - Part 1/3 Tragedi Puting Beliung Bazar Ramadhan Jasin, Melaka [3 Ramadhan 2010] - Part 2/3 Tragedi Puting Beliung Bazar Ramadhan Jasin, Melaka [3 Ramadhan 2010] - Part 3/3
Bulatan merah menunjukkan kanopi yang diterbangkan oleh puting beliung.
Salah seorang mangsa yang tercedera dalam tragedi malang tersebut dan juga seorang mangsa (belakang) yang dipercayai telah meninggal dunia di tempat kejadian
Keadaan huru-hara dan tunggang terbalik
Habis juadah jualan berserakan...sudah tiada rezeki.
Gambar yang diambil pada waktu malam selepas terawih, masih belum dikemaskan kawasan kejadian walaupun sudah berlalu lebih kurang 6 jam.
Salah siapa? Apa yang mendorong? Kenapa tak dapat dibendung? Sanggupkah anda melihat bayi-bayi ini? Apa perasaan anda?
Bukan untuk menuding jari kepada sesiapa, tetapi sebagai manusia saya rasa hiba dan sayu bila saban hari kita melihat ada saja kes pembuangan bayi dari segenap pelusuk negara. Sudah hilangkah sefat perikemanusiaan dalam diri kita semua?
Saya sendiri tidak tahu menjawab soalan-soalan yang ditujukan oleh anak saya yang berumur 3 tahun.....
Mama, kenapa baby tu ada semut? Mama, kenapa baby tu terbakar? Mama, kenapa baby tu berdarah? Mama, kenapa baby tu tidor dalam longkang? Mama, kenapa baby tu tak pakai baju? Mama, kenapa baby tu dalam plastik? Mama, saper yang buang baby tu dalam sampah?
Dalam hati ku hanya dapat bedoa agar hal ini tidak terjadi dalam keluarga kami. Amin...
Ya-Allah, lindungilah keluarga dan keturunan ku dari terjebak ke dalam kancah ini.
Hari ini sudah hari ke-3 kita berpuasa, 3 hari yang saya lalui sangat menyegarkan, walaupun ada sedikit terperanjat sebab kena makan dalam kuantiti yang banyak pada waktu pagi. Biasanya kalau melakukan puasa sunat, saya hanya ambil makanan untuk mengalas perut sebelum tidur (lebih kurang pukul 12tgh mlm atau 1pg). Tapi kerana tuntutan bersahur di bulan Ramadhan, kenalah gagahkan juga diri untuk bangun awal untuk masak...almaklumlah sudah bekerluaga. Alhamdulillah, suami bukan orang yang cerewet, dia makan sahaja apa yg saya masak.
Hari kedua puasa, saya mengalami loya-loya dan sedikit termun*** secara tiba-tiba. Tak batal puasakan kalau muntah secara tak sengaja. Hurrmmmm...nasib baik masih boleh bertahan hingga ke Maghrib walaupun berpuasa dengan perut kosong. InsyaAllah,,,kalau kita sudah berniat puasa, pasti akan dapat menahan lapar dan dahaga.
Menjalankan ibadah puasa mengikut tututan agama atau mengikut ikutan? Perkara ni sangat berbeza, bagi orang Islam (yg benar2 Islam) mereka berpuasa kerana tuntutan agama. Menjalankan ibadah puasa seperti yang diwajibkan dalam Rukun Islam. Menuruti segala tatasusila berpuasa, melakukan perkara2 sunat untuk menambahkan pahala puasa, dan bukannya sekadar menahan lapar & dahaga. Ruginya kalau kita sekadar berpuasa tetapi tidak solat, meluahkan kata-kata kesat, melakukan dosa-dosa kecil, tidak menjaga mata, jadi maknanya puasa hanya sia-sia. Hanya dapat lapar sahaja.
Marilah kita lalui hari-hari seterusnya dalam Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini dengan melakukan perkara-perkara tambahan yang dapat memberikan kita segala nikmat di dunia dan di akhirat...
Antara perkara-perkara sunat dalam puasa:
1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
2) Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.
3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas drpd tengah malam & sblm waktu imsak.
4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6) Memperbanyakkan sedekah.
7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.
8 ) Menghadiri majlis-majlis ilmu.
9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
10) Jangan bersugi (berus gigi) setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.
Macam, mudah sangat kan nak buat perkara-perkara sunat ni? So, kalau nak dapat pahala lebih tu, kenalah buat tiap hari sepanjang Ramadhan ni yer. Tapi Wan gerenti kamu memang boleh buat punya lah. Tak gitu? Apa-apa pun, Wan harap agar entri ini memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah. Dan akhir kata dari Wan, jangan berani ponteng puase yer.
Hurrrmmmm....nampak macam mudah saja kan? Tapi kalau anda (termasuklah saya) rasa perkara-perkara di atas sangat mudah, marilah kita sama-sama lakukannya dengan penuh keikhlasan di sepanjang Bulan Ramadhan ini. Mudah-mudahan segala yang saya kongsikan hari ini dapat memberi manfaat pada kita semua. Amin......
Yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t., yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Wassalam....
Assalammualaikum.... Lama tidak menukil di sini, rindu rasanya.
InsyaAllah esok kita akan berpuasa. Bagi rakan-rakan yang berugama Islam, laluilah setiap hari di bulan Ramadhan dengan penuh keikhlasan agar mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. Jauhilah diri dan peribadi kamu dari segala kejahatan dan kemungkaran. InsyaAllah...
Malam-malam di Bulan Ramadhan akan menjadi lengkap sekiranya kita dapat meluangkan masa mendirikan Solat Tarawikh yang menjadi sebahagian dari tuntutan selain berpuasa di siang hari. Mari kita berkongsi fadhilat disebalik setiap malam-malam Ramadhan;
Fadhilat bagi setiap malam Ramadhan lebih-lebih lagi bagi yang mendirikan solat Tarawikh dan solat malam;
Malam pertama (1) Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.
Malam kedua (2) Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.
Malam ketiga (3) Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan ‘mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu ‘.
Malam keempat (4) Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
Malam kelima (5) Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.
Malam keenam (6) Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.
Malam ketujuh (7) Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman.
Malam kelapan (8) Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.
Malam kesembilan (9) Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W
Malam kesepuluh (10) Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.
Malam kesebelas (11) Bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.
Malam kedua belas (12) Muka bercahaya di hari Kiamat.
Malam ketiga belas (13) Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.
Malam keempat belas (14) Disaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.
Malam kelima belas (15) Diminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.
Malam keenam belas (16) Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.
Malam ketujuh belas (17) Diberi pahala seperti pahala para nabi.
Malam kelapan belas (18) Diseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.
Malam kesembilan belas (19) Diangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.
Malam kedua puluh (20) Diberi pahala para syuhada dan solihin.
Malam dua puluh satu (21) Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.
Malam kedua puluh dua (22) Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.
Malam kedua puluh tiga (23) Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.
Malam kedua puluh empat (24) Pahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.
Malam kedua puluh lima (25) Dihapuskan dari seksa kubur.
Malam kedua puluh enam (26) Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.
Malam kedua puluh tujuh (27) Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.
Malam kedua puluh lapan (28) Allah mengangkat dengan seribu darjat.
Malam kedua puluh sembilan (29) Seperti pahala seribu haji yang mabrur.
Malam ketiga puluh (30) Dipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga Kausar.