15 August, 2010

Puting Beliung di Bazar Ramadhan Jasin, Melaka

Subhanallah.....
Itulah saja ungkapan yang dapat saya ucapkan tatkala melihat berita mengenai puting beliung yang terjadi di Bazar Ramadhan Jasin, Melaka. Menurut berita ada 2 orang yang meninggal dunia, tetapi bila saya ke Google search, sudah berbaris berita, gambar, video mengenai tragedi malang ini. Dan terdapat juga berita yang mengatakan 3 orang didapati meninggal dunia dan beberapa orang tercedera termasuk pengunjung dan peniaga.

MasyaAllah....
Kebesaran Allah, Dia yang memberi rezeki, Dia jugalah yang berhak menariknya kembali, Dialah yang berhak ke atas segalanya di muka bumi ini. Tak dapat dibayangkan keadaan sebenar di tempat kejadian. Hanya orang-orang yang berada di situ sahaja yang dapat merasai betapa cemasnya dan kelam kabut beberapa ketika saat puting beliung itu membadai.

Kejadian berlaku pada hari ke-3 umat Islam berpuasa iaitu 3 Ramadhan 1431H bersamaan 13 Ogos 2010 yang jatuh pada Hari Jumaat, waktunya lebih kurang pukul 4 petang. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian, hanya Allah sahaja yang mengetahui. Jangan kita cuba membuat andaian tersendiri kerana yang buruk itu datangnya dari dalam diri kita dan yang terbaik itu datangnya dari Allah s.w.t.

Wassalam, Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga peniaga dan pengunjung Bazar Ramadhan Jasin, Melaka. Al-Fatehah kepada mangasa yang telah pergi mengadap Illahi... Innalillahiwainnailaihirajiunn.....

Di bawah ni sebahagian gambar sebelum, ketika dan selepas tragedi. Selebihnya anda bolehlah mencarinya di You Tube untuk gambaran yang lebih jelas:
You Tube Searh engine :
Tragedi Puting Beliung Bazar Ramadhan Jasin, Melaka [3 Ramadhan 2010] - Part 1/3
Tragedi Puting Beliung Bazar Ramadhan Jasin, Melaka [3 Ramadhan 2010] - Part 2/3
Tragedi Puting Beliung Bazar Ramadhan Jasin, Melaka [3 Ramadhan 2010] - Part 3/3



Bulatan merah menunjukkan kanopi yang diterbangkan oleh puting beliung.


Salah seorang mangsa yang tercedera dalam tragedi malang tersebut dan juga seorang mangsa (belakang) yang dipercayai telah meninggal dunia di tempat kejadian


Keadaan huru-hara dan tunggang terbalik


Habis juadah jualan berserakan...sudah tiada rezeki.


Gambar yang diambil pada waktu malam selepas terawih, masih belum dikemaskan kawasan kejadian walaupun sudah berlalu lebih kurang 6 jam.
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

1 comments:

Eyka Imanie said...

best lagu nie..sedih sgt2 bila dgr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...