14 September, 2010

Memerhati Kejadian Alam....Subhanallah

Sesekali apa kita memandang ke langit. Tapi, apasalahnya jika setiap kali kita melangkah keluar dari rumah, kita dongakkan sedikit halwa kepala untuk menikmati keindahan alam. Panorama di langit kadangkala jarang kita temui, dan jika kita tergolong dalam orang-orang yang bertuah, kita dapat melihat sesuatu yang indah yang tak pernah di lihat oleh orang lain.

Mari kita pelajari serba sedikit tentang keindahan di angkasaraya....


1.Moonbows / Pelangi Bulan:
Pelangi terjadi kerana matahari bersinar pada titisan-titisan embun, biasanya ia terjadi pada atmosfera selepas berhentinya hujan. Moonbow sangat jarang terjadi, hanya dapat dilihat pada waktu malam ketika bulan kelihatan rendah iaitu pada bulan purnama. Satu tempat yang sangat popular untuk melihat Moonbow adalah di air terjun Cumberland di Kentucky, AS.


2.Mirages / Fatamorgana:
Fatamorgana muncul ketika cahaya dipantulkan dan menghasilkan gambar dari suatu objek atau langit tetapi sebenarnya tidak ada. Fenomena ini biasanya terjadi di permukaan panas, seperti jalan aspal atau padang pasir.


3.Belt of Venus:
The Venus Belt / Sabuk Venus adalah fenomena yang muncul pada waktu senja yang berdebu ketika sekumpulan langit kemerah-merahan dan kecoklat-coklatan muncul diantara langit dan cakrawala.


4.Noctilucent Cloud / Awan Noctilucent:
Awan Noctilucent adalah awan yang sangat tinggi di atmosfera yang memantulkan cahaya pada senja ketika matahari telah tenggelam, mengiluminasi/menyinari langit dengan sumber cahaya yang tidak berapa kelihatan.


5.Aurora Borealis:
Pada belahan dunia selatan juga dikenal dengan nama Aurora Australis. Aurora Borealis adalah partikel bermuatan elektrik dari matahari yang telah mencapai bahagian teratas atmosfera bumi dan menjadi sangat aktif. Aurora biasanya dapat dilihat di daerah kutub dan pada waktu dimana siang dan malamnya sama panjang.


6.Mammatus Clouds / Awan Mammatus:
Bentuk awan yang aneh ini selalunya diasosiasikan dengan badai, dan tidak dapat dihuraikan dengan terperinci bagaimana awan ini terjadi.


7.Fire Whirls / Pusaran Api:
Fire whirls / pusaran api adalah tornado yang berputar terlalu dekat dengan kebakaran hutan atau pusaran yang terbentuk kerana terdapat terlalu banyak panas di kawasan tersebut.


8.Pyrocumulus Clouds / Awan Pyrocumulus:
Awan Pyrocumulus adalah fenomena lainnya yang berhubungan dengan panas yang terbentuk kerana panas yang meluas dan intens dari suatu kawasan yang membentuk awan comulus. Gunung berapi, kebakaran hutan, dan ledakan nuklir (dalam bentuk mushrom clouds) adalah penyebab utama terjadinya pyrocumulus clouds.


9.Sun Pillars / Pilar Matahari:
Sun pillars / pilar matahari terjadi ketika matahari yang tenggelam memantulkan tinggi awan ice pada lapisan yang berbeza. Hal ini menghasilkan pilar cahaya yang tinggi menjulang hingga ke langit, sangat payah juga untuk kita menyaksikan moon pilar atau pilar bulan ini.


10.Virga:
Virga adalah fenomena yang terjadi sewaktu kristal ice di awan jatuh, walaubagaimanapun ia akan berserakan sebelum menyentuh tanah. Virga muncul seperti ekor / jejak dari awan yang menggapai permukaan tanah, kadangkala membentuk awan seperti ubur-ubur.


11.Katabatic Winds / Awan Katabatic:
Ini adalah angin yang membawa udara padat dari tempat yang lebih tinggi ke tempat yang lebih rendah karena graviti. Katabatic winds dikenal secara juga sebagai santa ana (california selatan), mistral (mediterania), Bora (laut adriatic) Oroshi (jepang), Pitaraq(greenland), dan wailliwaw (tierra del fuego). Williwaw dan angin yang bergerak di atas lautan antartik biasanya sangat merbahaya, bertiup dengan kelajuan 100 knot.


12.Fire Rainbow / Pelangi Api:
Fire rainbow adalah fenomena yang sangat jarang terjadi, ia hanya akan muncul sewaktu matahari sedang tinggi yang membuat sinarnya ketika melintasi awan cirrus yang tinggi yang berisi kristal-kristal ice.


13.Green Ray:
Green Ray juga dikenal dengan nama Green Flash. Fenomena ini muncul sangat singkat sebelum matahari benar-benar tenggelam dan setelah matahari terbit. Fenomena ini muncul sebagai kilatan / cahaya hijau diatas matahari yang terjadi sangat cepat, biasanya hanya beberapa saat. Hal ini boleh terjadi ketika berlakunya pembiasan cahaya di atmosfera.


14.Ball Lightning / Bola Petir:
Ini adalah fenomena yang sangat tidak dijangka dia ia melibatkan petir / kilat berbentuk bola yang bergerak lebih lambat dari kilat normal. Mengikut kajian, besar bola petir ini boleh menjangkau sehingga 8 kaki dan dapat menyebabkan kemusnahan. Ada laporan bahawa ball lightning boleh menghancurkan keseluruhan bangunan.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

12 September, 2010

Anak Bulan Syawal dan Bintang di Syawal ke-2

>Selamat Hari Raya Semua.... Hari ni 03-Syawal-1431H

Semalam raya ke-2 masih berada di Johor Bahru bersama keluarga tercinta. Lebih2 lagi Kakak yang menetap di Klang, Selangor sudah sampai pada awal pagi lebih kurang 1am. Siangnya kami berpakat2 mencari destinasi yang hendak dituju.

Rumah pertama adalah rumah Aunty kami di Kg. Melayu, walaupun ini akan masuk kali ke2 penziarahan ku, tapi kerana Akak sekeluarga belum lagi pergi tak menjadi salah kalau nak pergi lagi....kata Raya. Kemudia kami segerombolan ke rumah Mak Intan letaknya beberapa langkah jewr dari umah Aunty. Selesai sahaja penziarahan kami di Kg.Melayu, kami merubah haluan ke Rumah Arwah Abang kesayangan kami, iaitu Hj.Muhammad Nazri yang telah meninggalkan kami lebih kurang 6 tahun yang lalu. Suasana syahdu sudah tiada lagi kerana kami redha pemergiannya kerana kami pasti dia berada di tempat orang2 yang diredhai Allah sebab dia orang yang sangat baik semasa hayatnya. Dah alang2 ke sana, kami singgah juga ke rumah Arwah Bak Tok dan Arwah Mak Tok yang terletak berdekatan dengan rumah Arwah Abang. Al-Fatehah untuk Hj. Muhammad Nazri b. Ismail, Hj. Mohd Amin b. Cheni dan Hjh. Wardah bt. Mahmood.

Selesai di Tanah Perkuburan Dagang, Kebun Teh, kami menuju ke rumah Atok Uda iaitu adik beradik dengan Arwah Bak Tok di Kg. Ubi. Alhamdulillah, Atok Uda & Maktok Uda ada di rumah, nampaknya kedua2 mereka sihat.

Kemudian kami terus menuju ke rumah ku di Taman Mutiara Rini. Memandangkan sudah hampir masuk waktu Maghrib, lama lah sikit mereka di rumah kerana lepas ni destinasi terakhir kami adalah untuk melihat Baby Mastura di Pulai Utama. Semasa kami keluar lebih kurang pukul 8mlm, secara tidak sengaja terpandang satu keajaiban alam ciptaan Yang Maha Esa yang sangat indah....Subhanallah.....Bulan Sabit beserta dengan sebutir bintang seperti lambang Islam sedang gah bergandingan di udara. Bagi sesiapa yang terlepas pandang tue, adalah gambarnya tapi tak berapa clear.....



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 September, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri....


Esok Hari Raya.... Esok Hari Raya...
Sekejap aje rasanya kita menjalani Ibadah Puasa tahun ini. Rasanya macam baru semalam kita berterawih di Malam Pertama. Itulah yang dikatakan, pejam-celik-pejam-celik dah pun abis puasa, pejam-celik-pejam-celik esok dah nak raya. Tapi makin dipejam-celik makin banyak salah dan dosa. Oleh itu, sementara masih celik, banyak-banyaklah kita berbuat pahala. Dan sebelum pejam tak celik-celik, harap kita bermaafanlah sesama kita manalah tahu ajal maut tidak diduga, semuanya di tangan Yang Maha Esa.

Dengan itu, saya sekeluarga memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersalah bicara, tersilap tutur kata, terpesong ayat dan cerita, ternoda kata-kata tinta, di harapkan halakanlah segalanya. Jika ada yang masih disimpan dalam hati, luahkan saja saya akan mengerti...

Barakah Ramadhan dirindui...
Kemeriahan Syawal dirai...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

07 September, 2010

Selamat Tinggal PARAM.... Kita Jumpa Lagi Tahun Depan

Pejam celik pejam celik, tinggal beberapa hari jewr kita berpuasa. Pastu dah nak raya...Kalau dulu masa kecik2 bukan main suka lagi bila nak tiba hari raya. Sekarang bila dah besar panjang, dah beranak pinak, lain pulak ceritanya... Hurrrmmmm....rasa macam sekejap sangat kita berpuasa.

Kenapa erk??? Masa sekolah dulu, nak habiskan 1 hari puasa punyalah jenuh. Apalagi nak habiskan 1 bulan puasa tue. Tak larat berpuasa jangan cakap lagi lah. Nak2 bila kena sekolah petang. Ada pulak perhimpunan tengah2 hari buta. Walaupun sekejap sebab menghormati pelajar2 yang berpuasa, tapi tetap kena beratur, berbaris dan berhimpun. Arghhhh....bila kenang2 balik waktu itu, memang tobat ahh takmoh!!!

Bila dah kerja nie, syok sikit (bagi yg kerja kat dlm opis laaa). Ada aircond tak rasa sangat, tapi kalau masih ada yang mengeluh lapar & dahaga tue mmg ahh melampau. Start pukul 4 masing2 dah sebok bercerita nak pergi PARAM mana (shortform untuk Pasar Ramadhan), nak beli apa...hurmmmm...masing2 buruk perangai, termasuklah yang bercakap ni. PARAM....PARAM.....

Masa sekolah dulu sekali-sekala jewr dapat pergi PARAM, sebabnya tiap2 hari mak masak kat rumah. Walaupun hanya lempeng dan jemput2, kami tetap berbuka seperti biasa. Nak pergi PARAM ni kena ada duit, dulu manalah berduit sgt. Kalau takde duit, takyah ler sebok2 nak gi. Buat kecor perut jewr. Tapi bila dah bekerja nie, memang nak di katakan tiap2 hari gi PARAM. Sampaikan Sabtu Ahad pun pegi PARAM jugak, walhal hari tak kerja leh masak untuk berbuka. Tapi, nasib baik suami sangat memahami. Waktu berbuka tidak masak, beli sahaja tapi digantikan dengan makan sahur. Hehehhehehe (ketawa belagak) I'M A MORNING CHEF...

Bulan Puasa ni, kalau tak gi PARAM memang tak sah. Apa sahaja juadah dari Perlis sampai Johor, malah ada jugak makanan Sabah & Sarawak boleh kita dapati kat PARAM. Dan jangan tak percaya jugak, ada makanan padang pasir, makanan Itali, makanan tembok China pun ada.

Minggu lepas aku berkesempatan ke PARAM dengan seorang sahabat Berbangsa Cina, bukan sahaja untuk membeli juada tetapi berpossing skali. Yang jadi model kitorang tak lain tak bukan adalah............Jom tengok



Baru sampai....


Ayam Goreng....hurmmm rangup


Kek Coklat & Caramel


Rojak Asma, sotong dia gila besar


Nasi Ambeng


Ketupat Gantung


Lemang & Rendang


Nasi Ayam Penyet


Kebab


Pizza pown ada


Ayam Percik


Ikan Bakar & Sotong Bakar


Kacang Pool


Keropok Lekor


Roti John, abang2 yang jual ni sporting, siap berpossing lagi tue.


Nasi Kerabu... birunyaa


Kuih Kasui, bewarna-warni


Ada macam-macam jenis kuih-muih


Nampak tak nenek yang baju coklat tue, dah bongkok 3, tapi masih kuat berniaga. Tiap2 tahun dia ada di sini.


Rojak Petis... Nenek tue lah yang jual


Kepak Ayam Madu


Mee Kawah


Air Buah

Ramadhan berlalu.... Pasar Ramadhan pun sudah tiada lagi.... Kita jumpa lagi tahun hadapan

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...