12 September, 2010

Anak Bulan Syawal dan Bintang di Syawal ke-2

>Selamat Hari Raya Semua.... Hari ni 03-Syawal-1431H

Semalam raya ke-2 masih berada di Johor Bahru bersama keluarga tercinta. Lebih2 lagi Kakak yang menetap di Klang, Selangor sudah sampai pada awal pagi lebih kurang 1am. Siangnya kami berpakat2 mencari destinasi yang hendak dituju.

Rumah pertama adalah rumah Aunty kami di Kg. Melayu, walaupun ini akan masuk kali ke2 penziarahan ku, tapi kerana Akak sekeluarga belum lagi pergi tak menjadi salah kalau nak pergi lagi....kata Raya. Kemudia kami segerombolan ke rumah Mak Intan letaknya beberapa langkah jewr dari umah Aunty. Selesai sahaja penziarahan kami di Kg.Melayu, kami merubah haluan ke Rumah Arwah Abang kesayangan kami, iaitu Hj.Muhammad Nazri yang telah meninggalkan kami lebih kurang 6 tahun yang lalu. Suasana syahdu sudah tiada lagi kerana kami redha pemergiannya kerana kami pasti dia berada di tempat orang2 yang diredhai Allah sebab dia orang yang sangat baik semasa hayatnya. Dah alang2 ke sana, kami singgah juga ke rumah Arwah Bak Tok dan Arwah Mak Tok yang terletak berdekatan dengan rumah Arwah Abang. Al-Fatehah untuk Hj. Muhammad Nazri b. Ismail, Hj. Mohd Amin b. Cheni dan Hjh. Wardah bt. Mahmood.

Selesai di Tanah Perkuburan Dagang, Kebun Teh, kami menuju ke rumah Atok Uda iaitu adik beradik dengan Arwah Bak Tok di Kg. Ubi. Alhamdulillah, Atok Uda & Maktok Uda ada di rumah, nampaknya kedua2 mereka sihat.

Kemudian kami terus menuju ke rumah ku di Taman Mutiara Rini. Memandangkan sudah hampir masuk waktu Maghrib, lama lah sikit mereka di rumah kerana lepas ni destinasi terakhir kami adalah untuk melihat Baby Mastura di Pulai Utama. Semasa kami keluar lebih kurang pukul 8mlm, secara tidak sengaja terpandang satu keajaiban alam ciptaan Yang Maha Esa yang sangat indah....Subhanallah.....Bulan Sabit beserta dengan sebutir bintang seperti lambang Islam sedang gah bergandingan di udara. Bagi sesiapa yang terlepas pandang tue, adalah gambarnya tapi tak berapa clear.....



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

2 comments:

sheila said...

saya pun ada jumpa bulan and bintang ini masa nak balik ke rumah..cantik sangat..bila tengok sekeliling tak da pulak bintang yang lain..

Niena Rizal said...

mmg sgt cantik, tapi tak dpt ambil gambar dgn baik, ni dah guna camera terbaik pown, tp ttp tak nmpak real mcm sebenarnya, ciptaan Allah mmg byk rahsianya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...