07 September, 2010

Selamat Tinggal PARAM.... Kita Jumpa Lagi Tahun Depan

Pejam celik pejam celik, tinggal beberapa hari jewr kita berpuasa. Pastu dah nak raya...Kalau dulu masa kecik2 bukan main suka lagi bila nak tiba hari raya. Sekarang bila dah besar panjang, dah beranak pinak, lain pulak ceritanya... Hurrrmmmm....rasa macam sekejap sangat kita berpuasa.

Kenapa erk??? Masa sekolah dulu, nak habiskan 1 hari puasa punyalah jenuh. Apalagi nak habiskan 1 bulan puasa tue. Tak larat berpuasa jangan cakap lagi lah. Nak2 bila kena sekolah petang. Ada pulak perhimpunan tengah2 hari buta. Walaupun sekejap sebab menghormati pelajar2 yang berpuasa, tapi tetap kena beratur, berbaris dan berhimpun. Arghhhh....bila kenang2 balik waktu itu, memang tobat ahh takmoh!!!

Bila dah kerja nie, syok sikit (bagi yg kerja kat dlm opis laaa). Ada aircond tak rasa sangat, tapi kalau masih ada yang mengeluh lapar & dahaga tue mmg ahh melampau. Start pukul 4 masing2 dah sebok bercerita nak pergi PARAM mana (shortform untuk Pasar Ramadhan), nak beli apa...hurmmmm...masing2 buruk perangai, termasuklah yang bercakap ni. PARAM....PARAM.....

Masa sekolah dulu sekali-sekala jewr dapat pergi PARAM, sebabnya tiap2 hari mak masak kat rumah. Walaupun hanya lempeng dan jemput2, kami tetap berbuka seperti biasa. Nak pergi PARAM ni kena ada duit, dulu manalah berduit sgt. Kalau takde duit, takyah ler sebok2 nak gi. Buat kecor perut jewr. Tapi bila dah bekerja nie, memang nak di katakan tiap2 hari gi PARAM. Sampaikan Sabtu Ahad pun pegi PARAM jugak, walhal hari tak kerja leh masak untuk berbuka. Tapi, nasib baik suami sangat memahami. Waktu berbuka tidak masak, beli sahaja tapi digantikan dengan makan sahur. Hehehhehehe (ketawa belagak) I'M A MORNING CHEF...

Bulan Puasa ni, kalau tak gi PARAM memang tak sah. Apa sahaja juadah dari Perlis sampai Johor, malah ada jugak makanan Sabah & Sarawak boleh kita dapati kat PARAM. Dan jangan tak percaya jugak, ada makanan padang pasir, makanan Itali, makanan tembok China pun ada.

Minggu lepas aku berkesempatan ke PARAM dengan seorang sahabat Berbangsa Cina, bukan sahaja untuk membeli juada tetapi berpossing skali. Yang jadi model kitorang tak lain tak bukan adalah............Jom tengok



Baru sampai....


Ayam Goreng....hurmmm rangup


Kek Coklat & Caramel


Rojak Asma, sotong dia gila besar


Nasi Ambeng


Ketupat Gantung


Lemang & Rendang


Nasi Ayam Penyet


Kebab


Pizza pown ada


Ayam Percik


Ikan Bakar & Sotong Bakar


Kacang Pool


Keropok Lekor


Roti John, abang2 yang jual ni sporting, siap berpossing lagi tue.


Nasi Kerabu... birunyaa


Kuih Kasui, bewarna-warni


Ada macam-macam jenis kuih-muih


Nampak tak nenek yang baju coklat tue, dah bongkok 3, tapi masih kuat berniaga. Tiap2 tahun dia ada di sini.


Rojak Petis... Nenek tue lah yang jual


Kepak Ayam Madu


Mee Kawah


Air Buah

Ramadhan berlalu.... Pasar Ramadhan pun sudah tiada lagi.... Kita jumpa lagi tahun hadapan

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

1 comments:

ladymiss said...

puding caramel! kalau pergi bazar tak sah kalau tak beli tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...