31 March, 2012

EARTH HOUR 2012

Mari kita selamatkan bumi kita!!!!!!!


Malam ni kita semua ramai-ramai padamkan semua lampu di setiap pelosok ruang termasuklah cahaya dari laptop, TV, esbox, lampu kecemasan. Kalau boleh offkan aircond, offkan kipas, tutup semua suis barang elektrik dan keluarlah dari rumah anda. Duduk kat tembok sambil hidup udara segar, makan burger, borak-borak dengan jiran, sapu halaman rumah, main basikal pusing keliling taman..... Masa nilah kita nak mempereratkan silatulrahim diantara ahli keluarga, ibu bapa dengan anak-anak, sesama jiran-jiran tetangga, kawan-kawan,,,, cool kannn....

Seingat saya, ini adalah tahun ke-4 saya menyokong Earth Hour. Earth Hour telah bermula secara besar-sebaran di Sydney pada tahun 2007 dan kini menjadi acara tahunan seluruh dunia. Ada web juga mengatakan Earth Hour ni sudah dilancarkan sejak tahun 2003 di Korea Utara tapi masih belum mendapat sambutan dari banyak negara. Walaubagaimanapun, di Malaysia masih ramai yang tidak mengambil peduli program menyelamatkan bumi ini. Sedih sungguh, tak sedar ke mereka ni bumi kita dan semakin tenat?

Duduklah dalam kegelapan, fikirkanlah tentang bumi kita, fikirkan apa yang kita telah lakukan pada bumi kita, pembakaran terbuka, pembuangan toksid, pencemaran di sana-sini, fikirkan ozon yang dah semakin nipis, fikirkan pencairan ais di kutub utara, fikirkan kenapa Genting Highland dah tak sejuk seperti 10 tahun dulu....

Jadi...... bermula 8.30 malam ni, bertindaklah anda semua menyokong kempen Earth Hour. Satu jam sahaja. Bukannya lama sangat, takkan busuk ikan, ayam, sayur dalam esbox tue yeaaa....

Malam ni saya nak tengok layayang-layang di Hutan Bandar Mutiara Rini. CanteeekkkKK!!!!!!!!!!

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

1 comments:

Anonymous said...

Hi there, I enjoy reading through your post. I wanted to write a little comment to support you.


my web site; mederma stretch mark therapy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...