14 January, 2014

Projek Memikat Suami

Assalammualaikum....

Sekarang ni sedang hangat dengan drama Projek Memikat Suami yang diadaptasi dari novel dengan tanjuk yang sama. Ada apa dengan cerita ni ekk sampai ramai yang update status drama ni setiap kali ia bersiaran. Tapi, lain pula dengan saya. Belum 1 episod pun saya tonton dan belum ada keinginan nak menonton dan tiba-tiba harini kawan saya bawa novel Projek Memikat Suami ni. Haha...teruja nak ambil gambar jer dengan novel terhangat di padaran ni.



Usia perkahwinan saya sudah melebihi 11 tahun dan saya bertuah kerana tidak perlu susah-susah nak memikat en.suami yang satu tu. Perkahwinan kami adalah perkahwinan yang dirancang dan saya tidak mengenali en.suami sehinggalah tiba waktu bertunang. Dalam masa bertunang selama setahun tu adalah beberapa kali kami keluar bersama, itupun berteman. Percintaan kami bermula setelah aqad dilafazkan.

Nak kata tiada konflik...tipu...nak kata tak pernah bergaduh...tipu...nak kata takde masalah...tipu...nak kata tak pernah susah...tipu...kami sama macam pasangan lain. Yang nampak indah hanya di mata-mata insan-insan lain. Alhamdulillah.....kami bahagia. Kalau ada masalahpun, in sha Allah kami cuba sembunyikan. Hanya kami sahaja.

Itulah rahsia kami berdua. Tak perlu orang lain untuk penambah perisa. Rahsianya....rahsia... ;)

Kalau nak tanya tips, rasanya anda boleh dapatkan di blog-blog yang lain. Kalau nak tanya petua, ada banyak bahan bacaan di kedai-kedai. Kalau nakkan pandangan, rasanaya kami juga memerlukan. Tapi...yang perlu diingatkan untuk penguat kasih sayang antara suami isteri, ada 2 perkara penting.

Dirikan solat bersama
Solat berjemaah tu tak semestinya solat fardhu sahaja, tapi solat sunat seperti solat taubat sebelum tidur dan qiamulail. Ingatlah, pasangan yang lebih mencintai pasangannya ialah pasangan yang lebih mencintai Allah.. Sebabnya apabila kita lebih mencintai Allah kita akan lebih menunaikan hak pasangan kita semata-mata kerana Allah.

Menghargai saat berdua-duaan
Dalam mengendalikan hubungan Suami Isteri, momen-momen penting contohnya sewaktu makan, sewaktu bersiar-siar, sedang berbaring sebelum tidur, adalah antara waktu-waktu yang singkat dihabiskan bersama dan waktu itulah masa yang sesuai untuk menyelesaikan banyak masalah rumahtangga. Di saat itulah dikatakan waktu bertenang dimana kedua-duanya berada dalam keadaan waras dan boleh membincangkan masalah-masalah dalam rumahtangga tengan baik dan mencapai keputusan yang sempurna.

Isteri yabg baik, in sha Allah disayangi suami. Teringat pulak pada drama malam tadi yang bertajuk ~Luth Mahfuz~. Siapa tengok?? Isteri-isteri, kita semua ada cara paling mudah untuk bersenang-senang di hari akhirat kelak.

“Jika seorang wanita melaksanakan solat lima waktu, memelihara kemaluannya, dan patuh pada suaminya, maka dia boleh masuk syurga melalui pintu mana pun sesuai yang dikehendakinya”.

Rujukan: [H/R Thabrani, Ibnu Hibban,Ahmad, Abu Nu’aim dan Al Jurjani]

Salam Maulidulrasul.

posted from Bloggeroid


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

14 comments:

Chic Na said...

menarik la cerita akak.. kira bercinta lepas kawen la kan.. moga terus berbahagia.. :)

Miss N™ said...

Bercinta lepas kawin la ni yea... sama macam mak n abah nur...alhamdulillah....bahagia... :)

Cikrosecute said...

Syukur Alhamdulillah...

cheqna said...

suke citer ni..buat cheqna tersengeh sorang bila baca novelnya..
part sedih..sedihla jugak

Ayuni said...

hm, housemate sye suke sgt tgk citer tu....

Unknown said...

akak bercinta lps kawen.. wahh.. menarik tu.. alhamdulillah hingga kini kekal.. best tau bercinta lps kawen ni.. sweet.. =)

Unknown said...

oo..cinta pas kawen rupanya..

kami walau cinta sblm kawen..lepas kawen dan dah nak hampir 14 thn kawen..projek memikat terus kn lakukan..ehe..

lelamaisara said...

alolo..sweet nye akak..bercinta selepas kawin upenye..:)

Tie HT said...

oh sweeet nya..
nampak senang sangat wanita nak masuk syurga.. tapi banyak tapinya kalau tak jaga kan :)

Cik Ai said...

interesting lah CiM:)

kdg2 yg bcinta betahun2 pun kawinnya sekejap cuma..moga pkawinan CiM kekal hingga ke akhirnya..

dya nasir said...

dya xpernah tgk cite tu..hahaha

Nurul Says said...

love this entry babe

9n0L4 said...

solat jemaah tu mmg betul bkesan kan kak. tenang je rase. :)

wakgelas said...

sweetnyerr., ehHHee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...