12 January, 2014

Tarbiyah Allah Sangat Indah

Assalammualikum...

Selamat pagi Ahad. Syukur segala nikmat.

Saya selalu mengingatkan anak-anak saya agar jangan terlalu mendabik dada. Apa yang sekarang kita ada tak semestinya kita punya selama-lamanya. Jadi dalam setiap tindakan mestilah ada tauladan untuk bekalan masa hadapan. Terlalu banyak benda percuma yang diberi setiap hari sejak awal bangun pagi hingga mata ditutup mengulit mimpi.

Jangan sia-siakan, remeh-remehkan, senda-sendakan, kecil-kecilkan sesuatu yang kita rasa tiada nilai disisi kita. Walaupun dengan hanya seukir senyuman
Siapa tahu dengan senyuman itulah mampu mengubat setiap kesedihan yang ada. Lihatlah dengan mata hati.
Siapa kita untuk menilai sesuatu?
Kita tiada hak & hanya Allah yang berhak.
Terlalu banyak nikmat yang Allah beri setiap hari. Adakah kita hargai??

Nikmat 10sen.
Nampak murah, tak berharga & useless kan?
Kalau 10 sen tu ada atas lantai, confirm disapu tanpa rasa bersalah. Kalau 10 sen tu dalam poket insyaAllah tak terasa. Kalau 10 sen tu dalam purse, kadang-kadang memang tak terperasan pun kehadirannya.

Tapi...anak2 kita disekolah mencari 10 sen dengan susah payah semata-mata nak call mak ayah jangan lupa jemput balik sekolah.

Nikmat mata
Nampak macam tak ada apa-apa kerana kita sendiri tak boleh melihat mata kita. Bila berdiri dicermin pasti bukan mata menjadi titik tumpuan. Tapi bila kita bangun pagi tiba-tiba tak boleh melihat lagi sebelum ni rabun saja tapi gelap gelita dunia ini apakan jadi?
Mulalah terfikir apa yang selama ni nikmat mata digunakan
melihat yg positif kah atau yang negatif kah

Tapi...orang buta sangat mengharapkan kurniaan mata dan ada yang sanggup bayar kornea dengan berapa harga.
Dan cuba kita bayangkan jika Allah tarik balik nikmat mata, pasti kita teraba-raba dan mula rasa hidup dah tak berguna sebab selama ni mata kita adalah aset percuma yang paling berharga.

Nikmat makan
Kita makan apa yang kita mahukan. Apa yang ada didepan pasti ditelan dan bila kenyang kita tolak pinggan sebab perut dahpun kedepan dah tak larat nak disumbatkan.
Lebihan makan??? kita biarkan tanpa rasa kasihan sebab kita tak pedulikan apa yang orang lain mahukan. Sebab kita bayar apa yang kita makan.

Tapi...gelandangan dan yang tidak berkemampuan tiada makanan setiap hari. Apa yang orang beri mereka tak tolak lagi janji mereka tak mati.

Ingatlah, mereka ujian untuk kita. Jerit payah mereka adalah tarbiah untuk kita. Muhasabah...

Ya Allah Ya Tuhan kami...
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang...
selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal
setegar Khalid bin Walid

Amiin Ya Rabbal'alamin



posted from Bloggeroid


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 comments:

NinaAz said...

aminn..aminnn. ya rabbalalaminnn

Tihara said...

perlu banyakkan bersyukur atas nikmat dan ujian dari Nya

ANIM said...

betul tu cm..
kak selalu juga ingatkan, kdg2 kesenangan yang dberi pada kita bersifat sementara...
so, bersedia untuk terima sebarang kemungkinan

Cik Nur™ said...

Suka sgt entry ni..!
mengingatkan kita jgn terlalu senang dgn apa yg kita ada...

thanks kerana saling ingat mengingati.. :)

Chic Na said...

kadang2 yg kurang bernilai tu la yg bantu kita dlm kesusahan.. hargai setiap apa yg kita ada.. :)

Deqla Manjew said...

biarlah kecik mana nilainya..tp sebnrnya berharga juga..! deqla kalo jumpa 5 sen pun kutip..pendek kata, fikir2kan lah nasib org lain juga.. belajar bersyukur! :)

dhiera said...

bersyukur dar sekecil2 nikmat

Solehah Shamsuddin said...

Dengannya 10 sen tu la duit kita jd cukup n meningkat. Semua prkara ada nikmatnya, jd hargai apa yg ada :)

9n0L4 said...

test test. dh bertahun tak buh komen kat sini. hehehe.

Jung Hwa said...

ada kalanya org buta itu beruntung kerana meraka tak perlu menanggung dosa mata atau dgn kata lain maksiat mata. apa2 pun kita perlu bersyukur kerana setiap kejadian ada hikmahnya. minta maaf klu apa yg saya fikirkan ini menyinggung perasaan yg membacanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget