09 May, 2015

Berpijak di bumi yang nyata

Assalammualaikum.....

Alhamdulillah kerana masih diberikan peluang untuk hidup. Terima kasih Allah kerana sentiasa memberikan oksigen secara percuma. Terasa sangat beruntung kerana diletakkan diri ini dalam lingkungan insan-insan yang penyayang, pemurah, baik hati dan memahami.

Kebelakangan ini, banyak hal yang terjadi. Berbagai cerita, berbagai dugaan, berbagai rintangan, tapi Alhamdulillah, semuanya dapat ditangani dengan baik sekali berkat doa dan tawakkal.

Saya dah berhenti kerja........... sebulan yang lalu. Ada kisah disebaliknya, tapi biarkan ia menjadi sejarah dan bila ditanya apa sebenarnya berlaku, bagi saya "tidak akan ada cerita sebenar" kerana hal itulah yang membuatkan diri ini berfikir dan melihat, dari pelbagai sudut, meneliti ruang-ruang kosong yang selama ini dipandang sepi, meninjau arah dan haluan yang bakal dilalui. Dan kerana hal itulah, saya dapat melihat di mana kawan-kawan, di mana lawan, di mana yang namanya rakan tapi tak berani berkongsi kedukaan, tertunggu-tunggu sapaan tapi ianya hanya tinggal kenangan dan berlalu sedang mereka meneruskan kehidupan.

Biarlah......





Hidup perlu diteruskan. Syukur kerana semuanya dipermudahkan dan kini lebih tenang. Tiada lagi caci maki, tengking jerit, menuduh membuta tuli, arahan itu dan arahan ini.

Hidup perlu diteruskan. Walaupun payah, semua boleh diuruskan sendiri. Ikut kata hati, lakukan semua dengan cara sendiri, kerana rezeki Allah yang bagi.

Hidup perlu diteruskan.....tidak mengalah, tidak goyah, tidak lelah. Alhamdulillah.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

5 comments:

Farhaliza aka Ija said...

kak nina dah berhenti? sekarang wat pe je?

Cinta Misteri said...

Jadi freelancer skang Farha. Alhamdulillah, ada jer job, rezeki Allah bg. Syukur income akn lbh baik dr sebelum ni.

Anonymous said...

Walau apa pun ceritanya kami percaya akk dah buat yg terbaik. Yg tak baik itu kalau dipandang dr sudut positive semuanya akn baik2 saja. Semoga akk success dan tak lupa kami.

Farhaliza aka Ija said...

ok la tu..bisnes ae kak? bisnes pe tu?

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget