03 November, 2010

UBAH TINDAKAN ANDA

Kadangkala kita selalu terlupa dan mengambil mudah sesuatu perkara yang melibatkan hati dan perasaan orang yang kita sayang (benarkah sayang?) tetapi kita akan cepat bertindak pada sesuatu perkara yang terjadi pada orang-orang di sekeliling kita seperti kawan atau orang yang tidak kita kenali. Adilkah kita?

Contohnya, kita akan cepat bersimpati kepada seorang peminta sedekah dan rasa simpati itu mendorong kita untuk menghulurkan derma dan bantuan. Tapi kita terlupa untuk memikirkan ibu bapa dan saudara kandung kita yang jarang kita temui sama ada mereka ketika itu sedang berada dalam keadaan apa. Cuba kita ubah tindakan kita mulai hari ini, apabila kita terlihat seorang peminta sedekah yang berpakaian compang-camping dengan muka simpati kelaparan, kita terus menghubungi seseorang yang dekat dengan hati kita, bertanyakan khabar sama ada sudah makankah, sihatkah, atau ada masalahkah mereka di sana.

Senario facebook ketika ini sangat sinonim dengan kehidupan seharian kita. Setiap post rakan-rakan kadangkala akan menyumbang rasa simpati apabila ada yang mengatakan tentang kesakitan yang mereka alami, memberitahu yang mereka sedang dalam kelaparan dan dahaga serta beberapa jenis kesusahan dan keresahan yang mereka lalui. Dan seperti biasa kita akan bertindak balas dengan menghantarkan komen menanyakan perkembangan atau kenapa itu dan ini terjadi. Sedangkan ada kalanya post yang diutarakan itu hanyalah untuk mengundang simpati rakan-rakan. Tetapi pernahkah kita terfikir, sekiranya respon atau komen yang kita berikan dapat dilihat oleh orang-orang yang dekat dengan hati kita, dan secara tidak langsung akan menerbitkan rasa cemburu mereka. Mungkin saja mereka pernah mengadu hal-hal seperti itu, tetapi tidak mendapat tindak-balas daripada anda.

Oleh itu, fikirlah terlebih dahulu orang-orang yang anda sayangi (benar-benar sayang) sebelum mengambil tahu hal dan perihal kesusahan orang lain. Jika perlu hubungilah mereka dan bertanyakan khabar. Kadangkala apa yang berlaku di depan mata kita ke atas orang lain adalah petunjuk dari Allah untuk kita dekat dengan orang-orang yang kita sayangi. Walaupun hanya dengan satu SMS, anda akan membuatkan hati orang yang anda sayangi merasa sungguh bahagia…



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

02 November, 2010

RAKYAT TAGIH TARAF HIDUP TINGGI

Kerap kali kita dengar usaha kerajaan mahu menjadikan rakyat Negara ini berpendapatan tinggi. Namun ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian bagi mencapai hasrat murni tersebut.

Hari ini kos kehidupan melambung tinggi akibat kenaikan harga barang dan pengurangan subsidi barangan asas walhal mengikut laporan bank dunia, kadar kenaikan gaji pekerja di Negara ini hanyalah 2.6% setahun sejak 10 tahun lalu.

Pada masa yang sama, agihan kekayaan Negara berlaku secara tidak seimbang apalagi wujud jurang ekonomi yang semakin luas apabila 10% rakyat termiskin hanya memiliki 1.7% kek ekonomi. Sedangkan 10% rakyat terkaya di Malaysia menguasai 38.4% kekayaan Negara! Ini dibuktikan lagi dengan fakta 34% atau 1.3 juta pekerja Malaysia berpendapatan kurang daripada RM700 sebulan iaitu lebih rendah daripada paras garis kemiskinan iaitu RM720.

Hakikatnya rakyat bukanlah mahu berlebih-lebihan atau mengada-ngada tetapi cuma berasa ada yang tidak kena apabila golongan koprat dilihat lebih diutamakan.

Umumnya rakyat Negara ini tidaklah menentang segala cadangan Projek Mega tersebut tetapi adilkah kepada masyarakat biasa yang masih lagi bergelut dengan pelbagai tekanan hidup termasuklah lambakan pekerja asing dan peningkatan kes jenayah mutakhir ini?

Apa yang rakyat mahukan hanyalah perhatian yang sewajarnya sesuai dengan hak mereka sebagai Warganegara yang mempunyai kuasa undi. Kekayaan Negara tidak harus dimonopoli oleh kelompok minoriti elit dan koprat sahaja manakala mejoriti masyarakat masih lagi dibiarkan terus ketinggalan.

Malah, ruang tanah Negara ini usah lagi disesakkan dengan segala projek pencakar langit yang sebenarnya tidak memberi manfaat sekalipun kepada peningkatan taraf sosio-ekonomi masyarakat keseluruhannya.

Hari ini, rakyat sudah semakin celik dan sudah tahu bahawa pembangunan dan kemajuan tidaklah secara total sinonim dengan bercerakahnya bangunan pencakar langit serta binaan mega walaupun atas nama ‘Negara’.

Di Negara-negara Eropah terutamanya, tanpa bangunan moden dan tinggi-tinggi pun mereka tetap menikmati kesejahteraan, tahap integrity, kebersihan, keselamatan serta pemeliharaan seni warisan mereka di tahap yang tertinggi.

Ada sebuah pantun yang boleh menggambarkan hubungan saling memerlukan atau simbiosis antara rakyat dengan pemimpin:-

“Arak-arak kelapa puan

Tidak puan kelapa bali

Harap hati kepada Tuan

Tidak Tuan siapa lagi”


Persoalannya, pada siapa lagi tempat majoriti masyarakat Negara ini yang bukannya terdiri daripada keluarga jutawan serta generasi selepas ini hidup mengadu dan bergantung harapan untuk hidup sejahtera tanpa penindasan hak tidak pada Kerajaan?


Terjemahan tulisan jawi oleh En.Arif Atan
(Utusan Malaysia; Isnin 01.11.10)


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

01 November, 2010

KALAU BERPACARAN

Remaja kita semakin berani mencorakkan muzik kita yang melambangkan budaya dan bangsa kita. Lagu terbaru yang semakin meletup-letup di corong-corong radio adalah Kalau Berpacaran.

Di sini saya kongsikan Lirik lagu Kalau Berpacaran kobalorasi daripada Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan, dan Altimet.

(Sohaimi Mior Hassan)
Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang

(Korus)
Boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang bertambah sayang
Biar malu-malu biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman

(Ana Raffali)
Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihku disambar buaya

(ulang Korus)

(Altimet)
Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga ha ha ha
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah

(ulang korus)

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
bertambah sayang (nanti konfirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)

Jom kita dengar lagunya....dan hayati liriknya.....




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...