02 November, 2010

RAKYAT TAGIH TARAF HIDUP TINGGI

Kerap kali kita dengar usaha kerajaan mahu menjadikan rakyat Negara ini berpendapatan tinggi. Namun ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian bagi mencapai hasrat murni tersebut.

Hari ini kos kehidupan melambung tinggi akibat kenaikan harga barang dan pengurangan subsidi barangan asas walhal mengikut laporan bank dunia, kadar kenaikan gaji pekerja di Negara ini hanyalah 2.6% setahun sejak 10 tahun lalu.

Pada masa yang sama, agihan kekayaan Negara berlaku secara tidak seimbang apalagi wujud jurang ekonomi yang semakin luas apabila 10% rakyat termiskin hanya memiliki 1.7% kek ekonomi. Sedangkan 10% rakyat terkaya di Malaysia menguasai 38.4% kekayaan Negara! Ini dibuktikan lagi dengan fakta 34% atau 1.3 juta pekerja Malaysia berpendapatan kurang daripada RM700 sebulan iaitu lebih rendah daripada paras garis kemiskinan iaitu RM720.

Hakikatnya rakyat bukanlah mahu berlebih-lebihan atau mengada-ngada tetapi cuma berasa ada yang tidak kena apabila golongan koprat dilihat lebih diutamakan.

Umumnya rakyat Negara ini tidaklah menentang segala cadangan Projek Mega tersebut tetapi adilkah kepada masyarakat biasa yang masih lagi bergelut dengan pelbagai tekanan hidup termasuklah lambakan pekerja asing dan peningkatan kes jenayah mutakhir ini?

Apa yang rakyat mahukan hanyalah perhatian yang sewajarnya sesuai dengan hak mereka sebagai Warganegara yang mempunyai kuasa undi. Kekayaan Negara tidak harus dimonopoli oleh kelompok minoriti elit dan koprat sahaja manakala mejoriti masyarakat masih lagi dibiarkan terus ketinggalan.

Malah, ruang tanah Negara ini usah lagi disesakkan dengan segala projek pencakar langit yang sebenarnya tidak memberi manfaat sekalipun kepada peningkatan taraf sosio-ekonomi masyarakat keseluruhannya.

Hari ini, rakyat sudah semakin celik dan sudah tahu bahawa pembangunan dan kemajuan tidaklah secara total sinonim dengan bercerakahnya bangunan pencakar langit serta binaan mega walaupun atas nama ‘Negara’.

Di Negara-negara Eropah terutamanya, tanpa bangunan moden dan tinggi-tinggi pun mereka tetap menikmati kesejahteraan, tahap integrity, kebersihan, keselamatan serta pemeliharaan seni warisan mereka di tahap yang tertinggi.

Ada sebuah pantun yang boleh menggambarkan hubungan saling memerlukan atau simbiosis antara rakyat dengan pemimpin:-

“Arak-arak kelapa puan

Tidak puan kelapa bali

Harap hati kepada Tuan

Tidak Tuan siapa lagi”


Persoalannya, pada siapa lagi tempat majoriti masyarakat Negara ini yang bukannya terdiri daripada keluarga jutawan serta generasi selepas ini hidup mengadu dan bergantung harapan untuk hidup sejahtera tanpa penindasan hak tidak pada Kerajaan?


Terjemahan tulisan jawi oleh En.Arif Atan
(Utusan Malaysia; Isnin 01.11.10)


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...