04 September, 2013

TANDA PUTERA KARYA ULUNG NEGARA

Alhamdulillah......akhirnya filem yang ditunggu-tunggu telah berlayar di panggung-panggung seluruh negara kecuali di Pulau Pinang.

'TANDA PUTERA' arahan pengarah hebat Datuk Paduka Shuhaimi Baba telah mula ditayangkan pada 29 Ogos 2013 iaitu dua hari sebelum kita menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56. Saya hanya berkesempatan menonton filem ' TANDA PUTERA' pada hari ke-5 tayangan iaitu pada 2 September yang lalu. Pada saya filem 'TANDA PUTERA' wajib ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia daripada semua peringkat umur terutama golongan muda tidak kira apa kaum dan agama.



Filem ' TANDA PUTERA' sebenarnya mengisahkan kehidupan dua tokoh negarawan Malaysia - Almarhum Tun Abdul Razak dan Almarhum Tun Dr. Ismail, bagaimana dua tokoh ini membina semula negara ketika berdepan dengan pelbagai halangan dan cabaran. Negara yang baru 12 tahun merdeka, berdepan dengan penentangan bersenjata komunis, politiking melampau kaum cauvinis dan rasis, kemiskinan bangsa Melayu di negara sendiri, agihan dan penguasaan ekonomi oleh kaum bukan Melayu,
kemunduran anak Melayu dari segi pendidikan moden, ketiadaan peluang perniagaan untuk orang Melayu, dan pelbagai lagi rintangan dan cabaran yang dihadapi pada masa itu. Sementelah lagi, cabaran terbesar kedua tokoh ini ialah kedua-duanya mengetahui umur mereka tidak panjang. Kedua-duanya sedang menghadapi masalah kesihatan yang kritikal dimana Almarhum Tun Razak dengan penyakit leukemia; dan Almarhum Tun Dr. Ismail dengan penyakit jantung yang kronik.

Pengalaman menonton 'TANDA PUTERA' dengan sang putera di hati saya benar-benar memberi impak besar. Beliau yang sangat arif dengan hal-hal selok belok negara serta pelajar terbaik dalam matapelajaran sejarah sejak di bangku sekolah hingga menjadi siswazah, telah menjadi reference buat saya lebih mengenali setiap watak yang muncul.

Katanya....setiap yang berlaku iaitu yang dilayarkan adalah benar. Itulah sejarah Malaysia yang kita perlu tahu. Katanya lagi, para researcher yang berganding bahu dalam filem ini sangat hebat kerana setiap inci kejadian diteliti.

Persoalannya sekarang... kenapa ada segelintir kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman yang beriya-iya sangat menentang penayangan filem ' TANDA PUTERA' ini?
Sebenarnya kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman tidak mahu rakyat terutamanya golongan muda mengetahui bagaimana jijik dan kotornya politik rasis, cauvinis dan pelampau perkauman yang mereka mainkan pada masa itu. Memang tidak diragui, ramai anak muda dan belia masakini tidak tahu menahu langsung tentang sejarah negara. Mereka terpukau dan terpedaya dengan mainan topengan politik yang diberi label demokrasi, hak asasi dan anti-korupsi yang dimainkan oleh kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman sekarang!

Rentetan peristiwa sebelum dan selepas berlakunya Tragedi 13 Mei merupakan sesuatu sejarah penting yang perlu diimbas kembali. Apa sebenarnya MOTIF kumpulan tertentu yang berpura-pura membantu kemakmuran Negara, hakikatnya mereka mempunyai agenda tersembunyi untuk menghapuskan KUASA dan HAK KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh peribumi serta dengan seronoknya mereka melihat Melayu merempat di tanah air sendiri.

Wahai anak bangsa! Bangunlah, sedarlah, kerana keamanan yang ada ini tak akan kekal lama sekiranya kita masih terpedaya dengan bisikan, asakan, amukkan mereka yang suka kepada kehancuran. Wahai golongan muda dan belia masakini yang dikenali sebagai Gen-Y, ambillah tahu, carilah tahu, banyak perkara yang perlu kamu tahu....

● Bagaimana bangsa Melayu dibangsatkan dengan slogan "Malai-si"

● Bagaimana Raja-Raja Melayu dan institusi Melayu dihina dan diperlekehkan!

● Bagaimana hak istimewa Melayu-Islam yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dipertikaikan dan cuba dihapuskan!

● Bagaimana negara Malaysia ini dahulunya adalah negeri orang Melayu dibawah kuasa mutlak Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu!

● Bagaimana orang Melayu begitu tinggi sikap toleransi dan tolak ansurnya sanggup menerima dan memberikan kewarganegaraan kepada kaum pendatang Cina dan India yang diimpot oleh penjajah British ke Tanah Melayu!

● Bagaimana kemudiannya kaum cauvinis mendakwa orang Melayu bukan anak watan dan peribumi Negeri Persekutuan Tanah Melayu ini!

● Bagaimana orang Melayu dihina oleh peniaga-peniaga cauvinis yang menggunakan kaki untuk menunjukkan barang yang mahu dibeli oleh orang Melayu!

● Bagaimana polis Melayu dimaki hamun dengan kata-kata 'polis Melayu lancau'!

● Bagaimana orang Melayu dipanggil 'sakai' dan disuruh masuk hutan!

● Bagaimana orang-orang Melayu yang sedang menonton wayang dibunuh kejam dalam panggung setelah amaran menyuruh penonton bukan Melayu dikeluarkan dalam tulisan Cina!

● Bagaimana Mak Minah, pelakon terkenal zaman itu (saperti filem "Masam-Masam Manis, Anak Bapak" dan lain-lain) dibunuh kejam di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur!

● Bagaimana Pak Kasim, seorang pejuang Melayu dibunuh kejam di sebatang jalan di Jelutong, Pulau Pinang dengan jenazahnya dihina dan kemudian disimbah dengan cat merah!

● Bagaimana beberapa orang Melayu dibunuh di Setapak, Kuala Lumpur dalam perjalanan mereka ke Kampung Baru.

● Bagaimana orang Melayu dizalimi termasuk dibunuh kejam dizaman cauvinis komunis menjajah negara selama 21 hari

● Bagaimana terancamnya kehidupan pasukan polis semasa itu, sehinggakan Ketua Polis Negara boleh dibunuh oleh cauvinis komunis semasa di dalam kenderaan di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur.

Semuanya ada dipaparkan di dalam 'TANDA PUTERA'.

Filem ini tidak racis, tapi memperlihatkan hal sebenar yang berlaku kerana ada DALANG di sebalik setiap peristiwa.

Pergilah tonton, kerana anda semua KENA AMBIL TAHU!!!

# percaya atau tidak, putera dihati saya boleh menitiskan air mata hanya kerana 'TANDA PUTERA'

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

01 September, 2013

A.K.U.T.A.K.P.A.H.A.M

Aku...yea itu saya...Aku tak paham, yea sungguh saya tak faham
Banyak sangat hal yang kita tak faham
Sama ada tak faham atau buat-buat tak faham
Banyak sangat tanda ? pun susah, lagilah kita tak faham.

● kenapa dunia kini semakin kejam?
● kenapa nyawa kini semakin murah?
● kenapa darah kini mudah melimpah?
● kenapa manusia kini kian berubah?

Antara kita...yea sesama kita...
Aku tak paham, yea saya semakin tak paham
Antara kita, yang memahami hati sesama sendiri
Antara wanita
Antara lelaki
Antara suami isteri
Antara adik beradik sendiri
Antara sahabat-sahabat sejati
Antara muslimat muslimin.

Wanita...kenapa menyakiti hati wanita lain?
Sudah habiskah lelaki sampai sanggup berkongsi hingga menyakiti?
Tak habis mencuri, malah tamak haloba merampas semua harta dunia yang ada.

Lelaki...kenapa tak mahu ikut sunah nabi?
Sanggup berbini-bini tapi abai tanggugjawab sendiri
Mulut manis menabur janji tapi akhirnya memungkiri

Suami isteri...kenapa ikatan murni sanggup dikhianati?
Bersuami isteri berjanji susah senang sehidup semati 
Tapi kenapa beban dirumah isteri tanggung sendiri
Sedangkan sama-sama keluar dikala fajar mencari rezeki

Adik-beradik... perlukah menyusahkan sesama sendiri?
Bukankah ikatan itu membuatkan kita saling memahami?
Dari rahim si ibu benih yang sama walaupun tak serupa
Salinglah menyelami hati-hati yang disayangi
Jangan suka buat hal sendiri hingga ada yang memendam rasa sakit hati.

Sahabat sejati...seriuskah mengklasifikasi yang mana playwood yang mana jati?
Tapi akhirnya tega menyakiti mengkhianati hanya kerana iri hati
Fitnah sana sini sedang dibibir dialah teman sejati
Hingga sahabat tidak jati memandang dengan lirikan jelingan penuh erti.

Muslimin muslimat... bukankah kita menghadap kiblat yang sama?
Allah itu maha berkuasa, Dia yang mengatur semuanya, dan kita redha
Tapi bukan alasan untuk kita lakukan apa saja ikut suka
Dan menyalahkan takdir semata tanpa berusaha lakukan yang terbaik untuk kita.

Antara kita... aku kau dia dan mereka mengenali sesama sendiri
Kecil hati...... sakit yang payah diubati
Mengambat hati... membuatkan kita sering tersenyum sendiri
Hati-hati dengan kata-kata "susah cari kita"
Ayat itu sangat berbisa, jangan sampai kata itu ternoktah untuk kita.

#sungguhakutakpaham#

Dan pasti masih ada yang tak paham, kenapa saya menghilang dari dunia maya. Sungguh belum terdaya bercerita, hal-hal dunia penuh pancaroba, dengki, khianati, iri hati, sakit hati... Sesungguhnya saya memang tak faham, kenapa saya, tapi adakah mereka-mereka juga dikalangan kita pernah merasainya. Belum bersedia hendak bercerita.

Dan akhir-akhir ni, saya sangat tak paham...
★ kenapa KL Gangster 2 boleh bocor
★ kenapa gawang JDT mudah bocor

Hahahahaha......

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

30 August, 2013

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN



Esok...kita akan meraikan hari Kemerdekaan yang ke 56



Credit to : I-Produksi |Islam*Iman*Ihsan|


Apa pula pendapat kamu tentang Kemerdekaan???

Pendapat saya:

Kemerdekaan yang sebenar ialah membebaskan diri daripada penjajahan manusia, membebaskan diri dari agama ciptaan manusia dan membebaskan juga mentaliti daripada pengaruh yang bercanggah dengan agama Islam. Kini, walaupun negara kita telah lama bebas dari penjajahan asing, namun ia hanyalah pada zahir sahaja. Tinggalan penjajahan tersebut masih wujud pada pemikiran rakyat Malaysia. Peratus keberjayaan orang bukan Islam dalam mempengaruhi pemikiran umat Islam sangat tinggi sehinggakan kita boleh lihat kebanyakan negara Islam yang dijajah membawa identiti penjajah negara tersebut.

Di sini, kita perlu memahami konsep kemerdekaan yang sebenar iaitu apa yang telah dibawa oleh Rasulullah S.A.W dan Islam itu sendiri. Semoga diri kita bebas dari penjajahan pemikiran barat dan pemikiran yang bercanggah dengan agama Islam.

Saban tahun laungan itu diucapkan oleh kita yang bergelar sebagai rakyat Malaysia. Namun, adakah dengan laungan tersebut menunjukkan kita merdeka dengan sepenuhnya daripada penjajahan?

Seperti yang diketahui, erti merdeka yang seringkali disebut ialah kebebasan daripada penguasaan asing. Selaku umat Islam, kita perlu sedar bahawa bukan kemerdekaan sebegitu yang kita inginkan. Dipetik daripada kata-kata Rub’ie bin A’mir ketika bertemu panglima tentera Rom yang bernama Rustum :


"الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد الى عبادة الله، ومن جور الأديان الى عدل اٌلإ ومن ضيق: الدنيا إلى سعة الدنيا والأخرة"
Maksudnya : “Allah mengutuskan kami (orang-orang Islam) untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.”
Rub’ie bin A’mir menyatakan begitu kerana hasil daripada pentarbiahan Rasulullah S.A.W.

Jadi....Merdeka kah kita sebenarnya???

 Wallahua’lam.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...