04 September, 2013

TANDA PUTERA KARYA ULUNG NEGARA

Alhamdulillah......akhirnya filem yang ditunggu-tunggu telah berlayar di panggung-panggung seluruh negara kecuali di Pulau Pinang.

'TANDA PUTERA' arahan pengarah hebat Datuk Paduka Shuhaimi Baba telah mula ditayangkan pada 29 Ogos 2013 iaitu dua hari sebelum kita menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56. Saya hanya berkesempatan menonton filem ' TANDA PUTERA' pada hari ke-5 tayangan iaitu pada 2 September yang lalu. Pada saya filem 'TANDA PUTERA' wajib ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia daripada semua peringkat umur terutama golongan muda tidak kira apa kaum dan agama.



Filem ' TANDA PUTERA' sebenarnya mengisahkan kehidupan dua tokoh negarawan Malaysia - Almarhum Tun Abdul Razak dan Almarhum Tun Dr. Ismail, bagaimana dua tokoh ini membina semula negara ketika berdepan dengan pelbagai halangan dan cabaran. Negara yang baru 12 tahun merdeka, berdepan dengan penentangan bersenjata komunis, politiking melampau kaum cauvinis dan rasis, kemiskinan bangsa Melayu di negara sendiri, agihan dan penguasaan ekonomi oleh kaum bukan Melayu,
kemunduran anak Melayu dari segi pendidikan moden, ketiadaan peluang perniagaan untuk orang Melayu, dan pelbagai lagi rintangan dan cabaran yang dihadapi pada masa itu. Sementelah lagi, cabaran terbesar kedua tokoh ini ialah kedua-duanya mengetahui umur mereka tidak panjang. Kedua-duanya sedang menghadapi masalah kesihatan yang kritikal dimana Almarhum Tun Razak dengan penyakit leukemia; dan Almarhum Tun Dr. Ismail dengan penyakit jantung yang kronik.

Pengalaman menonton 'TANDA PUTERA' dengan sang putera di hati saya benar-benar memberi impak besar. Beliau yang sangat arif dengan hal-hal selok belok negara serta pelajar terbaik dalam matapelajaran sejarah sejak di bangku sekolah hingga menjadi siswazah, telah menjadi reference buat saya lebih mengenali setiap watak yang muncul.

Katanya....setiap yang berlaku iaitu yang dilayarkan adalah benar. Itulah sejarah Malaysia yang kita perlu tahu. Katanya lagi, para researcher yang berganding bahu dalam filem ini sangat hebat kerana setiap inci kejadian diteliti.

Persoalannya sekarang... kenapa ada segelintir kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman yang beriya-iya sangat menentang penayangan filem ' TANDA PUTERA' ini?
Sebenarnya kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman tidak mahu rakyat terutamanya golongan muda mengetahui bagaimana jijik dan kotornya politik rasis, cauvinis dan pelampau perkauman yang mereka mainkan pada masa itu. Memang tidak diragui, ramai anak muda dan belia masakini tidak tahu menahu langsung tentang sejarah negara. Mereka terpukau dan terpedaya dengan mainan topengan politik yang diberi label demokrasi, hak asasi dan anti-korupsi yang dimainkan oleh kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman sekarang!

Rentetan peristiwa sebelum dan selepas berlakunya Tragedi 13 Mei merupakan sesuatu sejarah penting yang perlu diimbas kembali. Apa sebenarnya MOTIF kumpulan tertentu yang berpura-pura membantu kemakmuran Negara, hakikatnya mereka mempunyai agenda tersembunyi untuk menghapuskan KUASA dan HAK KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh peribumi serta dengan seronoknya mereka melihat Melayu merempat di tanah air sendiri.

Wahai anak bangsa! Bangunlah, sedarlah, kerana keamanan yang ada ini tak akan kekal lama sekiranya kita masih terpedaya dengan bisikan, asakan, amukkan mereka yang suka kepada kehancuran. Wahai golongan muda dan belia masakini yang dikenali sebagai Gen-Y, ambillah tahu, carilah tahu, banyak perkara yang perlu kamu tahu....

● Bagaimana bangsa Melayu dibangsatkan dengan slogan "Malai-si"

● Bagaimana Raja-Raja Melayu dan institusi Melayu dihina dan diperlekehkan!

● Bagaimana hak istimewa Melayu-Islam yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dipertikaikan dan cuba dihapuskan!

● Bagaimana negara Malaysia ini dahulunya adalah negeri orang Melayu dibawah kuasa mutlak Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu!

● Bagaimana orang Melayu begitu tinggi sikap toleransi dan tolak ansurnya sanggup menerima dan memberikan kewarganegaraan kepada kaum pendatang Cina dan India yang diimpot oleh penjajah British ke Tanah Melayu!

● Bagaimana kemudiannya kaum cauvinis mendakwa orang Melayu bukan anak watan dan peribumi Negeri Persekutuan Tanah Melayu ini!

● Bagaimana orang Melayu dihina oleh peniaga-peniaga cauvinis yang menggunakan kaki untuk menunjukkan barang yang mahu dibeli oleh orang Melayu!

● Bagaimana polis Melayu dimaki hamun dengan kata-kata 'polis Melayu lancau'!

● Bagaimana orang Melayu dipanggil 'sakai' dan disuruh masuk hutan!

● Bagaimana orang-orang Melayu yang sedang menonton wayang dibunuh kejam dalam panggung setelah amaran menyuruh penonton bukan Melayu dikeluarkan dalam tulisan Cina!

● Bagaimana Mak Minah, pelakon terkenal zaman itu (saperti filem "Masam-Masam Manis, Anak Bapak" dan lain-lain) dibunuh kejam di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur!

● Bagaimana Pak Kasim, seorang pejuang Melayu dibunuh kejam di sebatang jalan di Jelutong, Pulau Pinang dengan jenazahnya dihina dan kemudian disimbah dengan cat merah!

● Bagaimana beberapa orang Melayu dibunuh di Setapak, Kuala Lumpur dalam perjalanan mereka ke Kampung Baru.

● Bagaimana orang Melayu dizalimi termasuk dibunuh kejam dizaman cauvinis komunis menjajah negara selama 21 hari

● Bagaimana terancamnya kehidupan pasukan polis semasa itu, sehinggakan Ketua Polis Negara boleh dibunuh oleh cauvinis komunis semasa di dalam kenderaan di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur.

Semuanya ada dipaparkan di dalam 'TANDA PUTERA'.

Filem ini tidak racis, tapi memperlihatkan hal sebenar yang berlaku kerana ada DALANG di sebalik setiap peristiwa.

Pergilah tonton, kerana anda semua KENA AMBIL TAHU!!!

# percaya atau tidak, putera dihati saya boleh menitiskan air mata hanya kerana 'TANDA PUTERA'

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

18 comments:

lelamaisara said...

memang teringin nak tgok...

Anonymous said...

Betul, banyak yg kita perlu faham dan tahu! mesti tengok..

Anum said...

banyak pengajaran

Unknown said...

dah boleh tgk ke? sbb baru2 ni kan ada kontroversi..pelik jugak nape ada konroversi tu..huhu..

Unknown said...

ooo..ye ke sis...
tringin gak nak tengok
lama dah x layan citer yg blh alirkan air mata nih
pasti byk mesej yg ingin disampaikan

Cik Ai said...

byk pngajaran ek..kena tonton jg la mcm ni :)

Chic Na said...

tak dpt tgk sini takde cinema.. :(

Miss N™ said...

Belum berkesempatan lagi nak pergi tgk... tgk mmg byk pgetahuan yg boleh kita dapat dari filem ni kan..

Tie HT said...

tak dapat tengok gak, sini cinema jauh..
tunggu keluar tv tah bila zaman tah :)

eMMe said...

kak Nina,

terima kasih atas ulasan filem Tanda Putera, nak tgk, maybe tunggu DVD kuar.. ade twin yg perlu di perhatikan...

tapi betul la Sis Nina , apa yg Sis tuliskan tu.. saya pun risau dgn Malaysia skrg ini... tak mcm dulu..
penuh keamanan keharmonian tapi skrg.. mcm2 anasir yg mengancam keamanan negara tanah tumpah darahku... moga ada kesedaran, sebelum terlambat dan dijajah kembali oleh manusia2 yg inginkan tanah Malaysia..

Ada baca pasal Datuk Paduka Shuhaimi di ugut bunuh sebab filem ini.. dasyat kan kak?

Masha Meisters said...

kita ni mungkin tak dijajah dari segi fizikal...tapi dijajah dari segi mental dan rohani...huhu...kesian kat anak2 masa depan nanti :-(

Anonymous said...

menarikkan, tapi KA x tgk lagi !

nanieydotcom said...

Filem sejarah!!! Kalau sempat leh la tgk :)

TiranaAduka said...

tak dpt tgok lg ta.

Julia Johari said...

Ramai beri impak positif akn tayangan filem berbentuk sejarah ini, umi Qi nk beli CD ye utk ditonton berulang kali nanti

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

tingin nk tgk sbb nampak best

E'in said...

awal2 lg bf kite ckp, "xnak tgk cite nie! nanti tido!" hahaha...

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.CiM..

CMa belum berkesempatan lg nk tgk citer ni..
dgrnya sgt kontroversi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...