16 May, 2015

Guru, Denda itu Ilmu

Assalammualaikum......

Selamat Hari Guru. Hari ini...... 16 May 2015

Berbelas tahun dah saya tinggalkan zaman persekolahan. Kemudian masuk kolej, sambung ke universiti, dan sekarangpun masih menuntut lagi. Walaupun sekarang ni bukan jumpa cikgu, tapi masih juga guru cuma pangkatnya dah tinggi ke pensyarah dan professor. Tutor saya juga ada yang berpangkat Doktor. Syukur Alhamdulillah di temukan dengan insan-insan pendidik seperti mereka.

Dulu di sekolah, sejak sekolah rendah hingga sekolah menengah, saya bukanlah individu popular. Walaupun selalu mewakili sekolah dalam banyak pertandingan berkaitan sukan dan mata pelajaran, tapi tetap bukan dikalangan yang popular. Walaupun saya seorang pengawas, tapi tetap bukan pengawas yang popular di sekolah. Biasa-biasa saja. Hahahahaha......tau dah kenapa? Sebab saya tak cantik, tak cun, biasalah...mana adabyang nak pandang sangat. Mereka suka berkawan untuk ilmu saja tapi bukan untuk ikut-ikutan dan keidolaan.

Zaman sekolah dulu memang rasa membosankan. Tapi sekarang bila diingat-ingat kembali, seronok sangat waktu itu. Ada beberapa kenangan yang akan buat kita tersenyum....kan..... Yuk kita flashback beberapa denda yang pernah cikgu bagi masa dulu-dulu;

1. Berdiri atas kerusi sambil junjung buku, biasanya sebab tak siap kerja sekolah.
2. Junjung kerusi. Boleh jadi bantot kalau asyik kena denda junjung kerusi, tau!
3. Berdiri diluar, tapi tetap kena dengar cikgu ajar. Sebab kalau cikgu bagi soalan, bila kita dapat jawab, boleh masuk.
4. Berdiri di hadapan kelas, dengan satu kaki. Lenguh weiiiii!!!!!!
5. Tulis ayat berulang, contoh "saya berjanji tidak akan meniru kerja sekolah kawan lagi". Yang ni paling seronok sebab bila dah cerdik sikit, guna kertas minyak, tekap sebab cikgu tak berapa check sangat.
6. Dialihkan tempat duduk, biasanya kena duduk lelaki perempuan, lepastu kawan sebelah boring sangat. Denda ni sebab selalu bercakap dan berbual waktu cikgu mengajar kat depan.
7. Ketuk ketampi. Haaaa, yang ni paling susah. Boleh jadi patah kaki tau kalau cikgu dah marah sangat sampai terpaksa bagi denda serupa ini. Pulak tu bukan sikit-sikit, kadang sampai 50 kali atau 100 kali. Matilanakkkkk.....
8. Sebat buntut bagi lelaki dan telapak tangan bagi perempuan.
9. Bagi yang suka simpan kuku panjang, cikgu suka ketuk hujung jari tu. Lepas tu barulah diberinya penyepit kuku untuk potong.
10. Bagi pelajar perempuan yang suka cukur kening, kemudian dilukisnya dengan celak, haaaa, siaplah akan jadi toyol bila cikgu suruh kesat dengan minyak baby johnson tu.
11. Pada zaman saya, ada 1 trend budak lelaki ni, suka pakai seluar bell bottom. Yang ni kalau cikgu disiplin nampak, memang kena gunting seluar tu sampai lutut. Pandai-pandailah balik nanti menjawab dengan ibu, suruh jahit bagi straight-cut.
12. Budak-budak lelaki yang pakai tali pinggang dengan buckle bercorak-corak atau tali berwarna -warni, memang kena rampas lah. Kemudian cikgu disiplin akan gantikan dengan tali rafia. Jadi laaa pak Maon.

Aduhhh....kalau di inga-ingat, memang lawak tau.

Tapi......zaman dah berubah.

Kalau cikgu-cikgu zaman sekarang buat denda-denda seperti di atas. Memang see u in court lah kannn.... Mak bapak sekarang tak boleh terima anak-anak mereka didenda seperti itu. Mungkin sebab mereka pernah kena dulu dan tak suka denda-denda tersebut dan menanamkan dendam pada cikgu-cikgu tak kira zaman.

Saya dan suami akan cuba, cuba untuk mencari salah anak kami sendiri sekiranya anak-anak mengadu di denda cikgu. Kalau betul caranya dan tidak memudaratkan anak-anak, in sha Allah kami terima segala denda atau kemarahan guru, disebabkan anak-anak kami yang salah.

SELAMAT HARI GURU khas untuk cikgu-cikgu saya, rakan-rakan yang kini bergelar cikgu, juga pada adik ipar saya yang bakal menjadi cikgu, serta seorang lagi adik ipar yang menjawat jawatan sebagai Pensyarah.

Didiklah anak bangsa mu. Suatu hari nanti kamu akan tersenyum.....





Saya juga masih lagi menuntut ilmu......

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 May, 2015

Hari Ibu, Hari-Hari Hari Ibu

Assalammualaikum....

Hari ini, rata-rata, mana-mana, disetiap laman sosial, mereka berkongsi ucapan Selamat Hari Ibu. Semua berebut-rebut memuat naik gambar dekorasi berwarna-warni dengan ucapan-ucapan puitis untuk ibu-ibu. Sampai penuh kapasiti data di telefon bimbit disebabkan gambar-gambar Ucapan Selamat Hari Ibu.

Tapi.....

Dalam kerancakkan mereka mengucapkan Selamat Hari Ibu, ada juga yang memuat naik nas-nas dan dalil-dalil yang mengatakan tidak boleh menyambut Hari Ibu pada hari ini, dan ada juga yang mengatakan haram menyambut hari ibu.

Ok, yang ni saya ambil dari group WhatsApp, perbualan seorang pelajar dengan Ustaz Azhar Idrus;

Pelajar : Ustaz, apakah hukum menyambut hari ibu?

UAI : Hari ibu ialah hari mother church atau ibu gereja kristian.. siapa yg nak sambut silakan... siapa yg rasa takut rosak akidahnya, sebab raikan hari besar kristian ini... jgn sambut!

Pelajar : Betul ke hari ibu haram di sambut?

UAI : Begitulah kata setengah ulamak.. Nabi saw ajar kita mengingati ibu sepanjang masa Sebaiknya ikut cara islam yaitu sepanjang hari ingat kepada ibu yg byk jasanya kpd kita, bukan setahun sekali. Hari ibu dan hari bapa ialah hari perayaan bukan Islam..kenapa kita mesti nak sambut juga? kenapa orang barat tak sambut Awal Muharram atau Maulidur Rasul?

Maksud sabda Rasulullah s.a.w:
Kalian akan mengikuti adat tradisi umat sebelum kamu sejangkal demi sejengkal. Sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak (pun), kamu akan mengikutinya juga.

Para sahabat nabi bertanya:
Wahai Rasulullah, apakah mereka itu orang-orang yahudi dan Nasrani?
Jawab baginda Rasulullah: Kalau bukan mereka, siapa lagi?
(Hadis riwayat Abu Said al Khudri)

★★★★★★★★★★★★★★

Maknanya......

*Tak perlulah beriya-iya nak sambut Hari Ibu*

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Tapikan.........

Bukannya saya menyokong sambutan Hari Ibu secara besar-besaran di seluruh negara. Pendapat peribadi saya, ada juga sedikit baiknya sambutan hari ibu ni mengikut niat masing-masing. Jika baik niatnya, baiklah ia, kerana Allah lebih mengetahui.

Kita lihatlah keadaan masa kini. Anak-anak kebanyakannya sebuk dengan hal masing-masing. Tapi dengan gembar-gemburnya suasana sambutan hari ibu, secara positifnya dapatlah kita lihat ibu-ibu dilayan dengan penuh mesra, dengan belanja makan, bawa jalan-jalan, dibelikan hadiah, dan macam-macam lagi mengikut kreativiti masing-masing. Secara tak langsung, anak-anak yang selama ni tak ambil kesah dengan ibu mereka, terkesan dan melakukan sesuatu untuk ibu mereka. Itu kalau kita lihat dari sudut positif, sebab memang mudah untuk mengatakan HARI-HARI ADALAH HARI IBU, tapi seramai mana yang ada masa untuk melakukannya. Kadangkala ada yang setahun pun belum tentu menjenguk ibu atau bapa di kampung, lebih malang telefon pun tidak.

Dan......jangan tak tahu. Ada individu-individu yang sombong mengatakan HARAM menyambut hari ibu pada hari ini, tapi dia sendiri HARAM nak menjenguk ibunya, bertanya khabar jarang sekali, dibelikan hadiah belum tentu. Jadi, dihari apakah anak-anak seperti ini menyambut hari ibu dengan ibunya dalam tempoh 360 hari?

Ingatlah.....

Hari-hari adalah hari ibu. Apalah salanya hubungi ibu setiap hari bertanya khabar, setidak-tidaknya seminggu sekali. Jangan sampai ada orang lain yang menghubungi kamu untuk memberi tahu ibumu sudah tiada lagi.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

09 May, 2015

Berpijak di bumi yang nyata

Assalammualaikum.....

Alhamdulillah kerana masih diberikan peluang untuk hidup. Terima kasih Allah kerana sentiasa memberikan oksigen secara percuma. Terasa sangat beruntung kerana diletakkan diri ini dalam lingkungan insan-insan yang penyayang, pemurah, baik hati dan memahami.

Kebelakangan ini, banyak hal yang terjadi. Berbagai cerita, berbagai dugaan, berbagai rintangan, tapi Alhamdulillah, semuanya dapat ditangani dengan baik sekali berkat doa dan tawakkal.

Saya dah berhenti kerja........... sebulan yang lalu. Ada kisah disebaliknya, tapi biarkan ia menjadi sejarah dan bila ditanya apa sebenarnya berlaku, bagi saya "tidak akan ada cerita sebenar" kerana hal itulah yang membuatkan diri ini berfikir dan melihat, dari pelbagai sudut, meneliti ruang-ruang kosong yang selama ini dipandang sepi, meninjau arah dan haluan yang bakal dilalui. Dan kerana hal itulah, saya dapat melihat di mana kawan-kawan, di mana lawan, di mana yang namanya rakan tapi tak berani berkongsi kedukaan, tertunggu-tunggu sapaan tapi ianya hanya tinggal kenangan dan berlalu sedang mereka meneruskan kehidupan.

Biarlah......





Hidup perlu diteruskan. Syukur kerana semuanya dipermudahkan dan kini lebih tenang. Tiada lagi caci maki, tengking jerit, menuduh membuta tuli, arahan itu dan arahan ini.

Hidup perlu diteruskan. Walaupun payah, semua boleh diuruskan sendiri. Ikut kata hati, lakukan semua dengan cara sendiri, kerana rezeki Allah yang bagi.

Hidup perlu diteruskan.....tidak mengalah, tidak goyah, tidak lelah. Alhamdulillah.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...