28 August, 2009

H1N1 - bila nak berakhir?

Dari mana datangnya wabak ni? Musykil betul...bila seseorg tu demam jer trus suspect H1N1. Seminggu sebelum puasa pun aku dah merasi kerisauan penularan wabak ni sbb, my hubby kena demam teruk, batuk, sakit tekak. Wah cuak jugak masa tu walaupun pada zahirnya aku relax ajer. Mana taknya hari2 ada yg jadi arwah. Uhh kalau betul ler hubby aku dijangkiti..............Nauzubillah minzalik.

Dua tiga hari ni, Danish (my 1st son) plak batuk2. Tapi Alhamdulillah ler tak demam. Lagi bersyukur, tak pulak menjangkit batuknya tu ke Aqil (My 2nd son). Tapi langkah berjaga2 harus diambil, ubat batuk, demam, selsema, pening kepala, cool fever & thermometer, semua tersedia di rumah.

Fakta : Setakat hari ni kematian yg dicatatkan adalah sbyk 71org. Yg masih dirawat di wad ICU 48org.

Dari mana dtg wabak ni?
Adakah wabak ini satu konspirasi dari beberapa pihak? Entah, hanya Tuhan saja yg mengetahui segala-galanya.

Siapakah yang berisiko tinggi?

  1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun (minta dijauhkan both my son)
  2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas (teringat plak nenek aku skang yg sedang menjalani dialisis dan atok yg sentiasa menemaninya setiap saat)
  3. Kanak-kanak dan remaja
  4. Wanita mengandung (aku lom ada lagi...hehehe)
  5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus
  6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)
  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain
Ledakan wabak melanda dunia
Di ketika ini kita harus muhasabah diri. Adakah Tuhan sedang murka kepada kita?
Di manakah tempat kita hendak mengadu apabila telah ditimpa musibah?

Sekiranya anda diuji, muhasabahlah diri, renung dalam2 ke dalam diri apa dosa yg telah kita lakukan. Tuhan memberikan kesusahan bukan utk menyusahkan, sebaliknya kesusahan yg kita lalui adakalanya diibaratkan sebagai jurang untuk kita rentasi agar dpt keseberang daerah yg lebih baik. Jika si penerima sabar dan redha kepada ujian Allah, maka kesusahan itu akan mejadi penghapus dosa-dosanya dan mendapat nilai di sisiNya. Ingatlah, jika sakit itu lebih baik untuk mu, redhainya dan berdoalah. Dengan keadaan mu yg ditimpa sakit, tidak dpt bergerak atau bergaul, maka masa terluang itu boleh dimanfaatkan utk lebih mendekatkan diri mu dengan Tuhan. Selagi mata belum tertutup, nafas belum terhenti, jantung masih berdegup, ambillah peluang tadahkan tangan meminta keampunan. InsyaAllah, Dia Maha Pengampun dan Maha Mengetahui.
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...