02 August, 2009

Part 2 : Pusat Rekreasi Gunung Lambak

Perjalanan diteruskan dengan menaiki bas express yg disewa khas. Penuh satu bas juga. So, dari Stesyen keretapi Kluang menuju ke Pusat Rekreasi Gunung Lambak memakan masa lebih kurang 15 min jer. Sampai saja di Gng Lambak, kami dijemput oleh beberapa kakitangan JPPH Kluang (kalau tak salah saya lah). Mereka dah sediakan makanan tgh, apalagi...makanlah dulu sebelum berendam.
Nak makan, kena daki bukit sikit. Letih juga, tapi sampai atas terus ngapPp ler. Ada nasi ayam, sandwich, pop corn, tembikai & paling spesel ais krim Malaysia. Tapi sebelum nak sampai kat atas, adalah beberapa ekor monyet ni dok hairan tengok kitorg. Sampai kat atas, ada lagi. Ternganga jer masing2 tengok kitorg makan dari atas pokok. Kesian jugak, tapi pantang bagi nanti dia bawak pulak konco2 dia, haaaa sapa nak jawab.

Lepas makan, apalagi. Kanak2 dah tak sabar2 nak turun ke air. Mak & ayah kenalah melayan.1.30ptg, nampaknya semua dah naik. Tapi.... alamak, Aqil ni pulak masih nak berendam. Apalagi, mengaruklah bila dipaksa naik & mandi bilas air bersih. Bas akan datang semula ambil kitorg kat sini pukul 3ptg sbb dijangkakan jadual keretapi kami pukul 5ptg.

Wah, tepat kul 3ptg bas pun sampai. Kemudian berhenti sekejap di Masjid Kluang untuk Solat Zohor.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

1 comments:

9n0L4 said...

baru dgr ni gunung lambak. hehe. seriesly, tak pernah dgr lg sblm ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget