28 August, 2009

H1N1 - bila nak berakhir?

Dari mana datangnya wabak ni? Musykil betul...bila seseorg tu demam jer trus suspect H1N1. Seminggu sebelum puasa pun aku dah merasi kerisauan penularan wabak ni sbb, my hubby kena demam teruk, batuk, sakit tekak. Wah cuak jugak masa tu walaupun pada zahirnya aku relax ajer. Mana taknya hari2 ada yg jadi arwah. Uhh kalau betul ler hubby aku dijangkiti..............Nauzubillah minzalik.

Dua tiga hari ni, Danish (my 1st son) plak batuk2. Tapi Alhamdulillah ler tak demam. Lagi bersyukur, tak pulak menjangkit batuknya tu ke Aqil (My 2nd son). Tapi langkah berjaga2 harus diambil, ubat batuk, demam, selsema, pening kepala, cool fever & thermometer, semua tersedia di rumah.

Fakta : Setakat hari ni kematian yg dicatatkan adalah sbyk 71org. Yg masih dirawat di wad ICU 48org.

Dari mana dtg wabak ni?
Adakah wabak ini satu konspirasi dari beberapa pihak? Entah, hanya Tuhan saja yg mengetahui segala-galanya.

Siapakah yang berisiko tinggi?

  1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun (minta dijauhkan both my son)
  2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas (teringat plak nenek aku skang yg sedang menjalani dialisis dan atok yg sentiasa menemaninya setiap saat)
  3. Kanak-kanak dan remaja
  4. Wanita mengandung (aku lom ada lagi...hehehe)
  5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus
  6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)
  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain
Ledakan wabak melanda dunia
Di ketika ini kita harus muhasabah diri. Adakah Tuhan sedang murka kepada kita?
Di manakah tempat kita hendak mengadu apabila telah ditimpa musibah?

Sekiranya anda diuji, muhasabahlah diri, renung dalam2 ke dalam diri apa dosa yg telah kita lakukan. Tuhan memberikan kesusahan bukan utk menyusahkan, sebaliknya kesusahan yg kita lalui adakalanya diibaratkan sebagai jurang untuk kita rentasi agar dpt keseberang daerah yg lebih baik. Jika si penerima sabar dan redha kepada ujian Allah, maka kesusahan itu akan mejadi penghapus dosa-dosanya dan mendapat nilai di sisiNya. Ingatlah, jika sakit itu lebih baik untuk mu, redhainya dan berdoalah. Dengan keadaan mu yg ditimpa sakit, tidak dpt bergerak atau bergaul, maka masa terluang itu boleh dimanfaatkan utk lebih mendekatkan diri mu dengan Tuhan. Selagi mata belum tertutup, nafas belum terhenti, jantung masih berdegup, ambillah peluang tadahkan tangan meminta keampunan. InsyaAllah, Dia Maha Pengampun dan Maha Mengetahui.
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

25 August, 2009

Lamanya dah tak update

Salam Ramadhan...tak kesahlah walaupun kita dah nak masuk hari ke-5 puasa.
Lately ni busy memanjang, sampai tak sempat nak update blog ni. Aduhh....byk jugak cerita yg ketinggalan. Kat kepala ni nak cakap macam2 tapi....Alhamdulillah, segala perancangan & tindakan seperti yg dirancangkan walaupun tak se-gah mana. Cuma tak berkesempatan menzahirkan di ruangan ini.

Tahun ini dh masuk tahun ke-2 Danish (my first son) berpuasa. Tahun lps rasanya dia yangyok kot. Lom berapa paham, tapi masih boleh bangun sahur. Asalnya dia berpuasa sbb kawan2 dia di sekolah ada yg berpuasa, so malu lah tu. Tahun ni pun dia excited jugak nak puasa. Tapi, kesahehan puasanya tu Tuhan jer yg tahu. Biasalah budak ni kat umah, mana lah kita nak tahu. Kot2 ada 'ter'minum air ker, 'ter'makan ker. Tapi bila ptg, tanya kat Aqil (Adik Danish) "Adik puasa tak?" so dia jawab "Takkkkkk" dan bila tanya "Abang puasa tak?" dgn bersemangatnya Adik jwb "Puasa"... ye ntah ye....but Syukur Alhamdulillah ler kalau betul (Takut Abang dah rasuah adik jer...heheheheh)

Kesebokan yg melampau sebulan 2 ni adalah kerana "PINDAH RUMAH BARU".....
Nampaknya tahun di kami anak beranak di rumah baru. Selama ni dok menempel kat umah mak. Lama jugak perancangan nak keluar buat haluan sendiri, baru sekarang terlaksana. Kesian kat mak ayah, sbb rumah meka tu besau begendang, tapi takde org. So, Adik bongsu tu tak lama lagi tamat pengajian, so kitorg bagi peluang lah plak kat dia teman mak ayah kat umah. Harap2 dia cari kerja dekat2 umah dan kalau nak sambung ke peringkat yg lagi tinggi pun, harap2 mohonlah Uni yg dekat2, UTM ker at least leh dok umah jer..

So, hari baik bulan baik ni, kami sekeluarga memohon ampun dan maaf (mungkin terlambat sket) kalau ada tersalah cakap ker, terkutuk ker, tersindir ker, termengumpat ker, ter ter ter ker, harap2 lah dpt kiranya dimaafkan seikhlasnya. Semoga kita sama2 dpt menjalani ibadah puasa ni dgn hati yg suci dan bersih...
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

02 August, 2009

Part 1 : Rombongan PUSPANITA-JPPH JB-KLUANG-JB

1-Ogos-09, PUSPANITA-JPPH telah menganjurkan satu rombongan menaiki keretapi dari Johor Bahru ke stesyen paling popular di Johor iaitu Stesyen Keretapi Kluang. Rombongan di ketuai oleh Pn.Salwa (kekasih hati PPN) dan disertai oleh lebih kurang 40 org ahli dimana saya dapati kami telah mengconcur satu gerabak keretapi.
Rombongan tersebut dianjurkan adalah untuk mewujudkan pengalaman naiki train kepada setiap ahli. Almaklumlah, kebanyakkan yg mengikuti rombongan dah rasa menaiki kapal terbang, cruise, Feri, Ferrari, so untuk menambah quota pengalaman menaiki pesawat kenalah sertai rombongan ini. Mungkin juga nanti PUSPANITA akan merancang rombongan ke Pulau Batu Putih menaiki kapal selam atau ke Afganistan menaiki kete teng.
Selain daripada itu, kami juga akan di bawa ke Pusat Rekreasi Gunung Lambak. My first imagine, kitorg akan mandi manda di air terjun. Tapi silap...... yang ado hanyolah kolam renang kanak2. OKlah tu... daripada takde.

8.30am

Train yang ditunggu2 lom tiba lagi. Hmmm...biasalah, flight pun biasa delay. Sms daripada rakan2 yg akan menaiki dari Bandar Johor Bahru, mungkin lambat sikit. Dijangka train akan sampai di stesyen Kempas pada pukul 8.30 pg.
My boys biasalah akan boring dan buat muka tak berapa nak enak. Nak buat camne, tunggu jelah. Panas plak tu...

9.15am

Sampai dah train yang dinanti2. Wah excited nye I nak naik sampai terlupa plak nak amik gambar train tiba & gambar org naik. Hmmm.. takpe, leh mintak ngan husband Jai nanti. Mula2 kitorang naik gerabak lain, tetiba jer Pn.Salwa panggil ajak naik gerabak belakang. Wah team PUSPANITA concur satu gerabak. Nasib baik takde karoke, kalau tak.......

10.40am kami pun sampailah dengan selamatnya di Stesyen Keretapi Kluang.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Part 2 : Pusat Rekreasi Gunung Lambak

Perjalanan diteruskan dengan menaiki bas express yg disewa khas. Penuh satu bas juga. So, dari Stesyen keretapi Kluang menuju ke Pusat Rekreasi Gunung Lambak memakan masa lebih kurang 15 min jer. Sampai saja di Gng Lambak, kami dijemput oleh beberapa kakitangan JPPH Kluang (kalau tak salah saya lah). Mereka dah sediakan makanan tgh, apalagi...makanlah dulu sebelum berendam.
Nak makan, kena daki bukit sikit. Letih juga, tapi sampai atas terus ngapPp ler. Ada nasi ayam, sandwich, pop corn, tembikai & paling spesel ais krim Malaysia. Tapi sebelum nak sampai kat atas, adalah beberapa ekor monyet ni dok hairan tengok kitorg. Sampai kat atas, ada lagi. Ternganga jer masing2 tengok kitorg makan dari atas pokok. Kesian jugak, tapi pantang bagi nanti dia bawak pulak konco2 dia, haaaa sapa nak jawab.

Lepas makan, apalagi. Kanak2 dah tak sabar2 nak turun ke air. Mak & ayah kenalah melayan.1.30ptg, nampaknya semua dah naik. Tapi.... alamak, Aqil ni pulak masih nak berendam. Apalagi, mengaruklah bila dipaksa naik & mandi bilas air bersih. Bas akan datang semula ambil kitorg kat sini pukul 3ptg sbb dijangkakan jadual keretapi kami pukul 5ptg.

Wah, tepat kul 3ptg bas pun sampai. Kemudian berhenti sekejap di Masjid Kluang untuk Solat Zohor.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Part 3 : KTM hampeh

4.00pm : Kami tiba di stesyen Keretapi Kluang untuk menunggu ketibaan keretapi seperti yang dijadualkan pada 5ptg. Tapi malangnya keretapi delay hingga pukul 5.30ptg. So, apa lagi, kamipun take advantage lah nak merasai Kopi Kluang yg popular ni. Kopi memang menjadi favorite me & my hubby. Seorg pakcik yg menjaga landasan bagi tahu, kepopularan Kopi Kluang ini hingga membuatkan ada org yg menaiki keretapi dari Butterwoth semata2 ingin menikmati rasa kopi sebenar dan dlm masa yg sama mengambil tiket balik ke Butterwoth. So sementara dia menunggu keretapi ke utara tiba, dia akan duduk dlm kedai minum kopi dan makan roti bakar. Aduhhh sedapnya hingga menjilat jari. Tapi mmmg sedapun, kitorg siap beli serbuk kop & jem roti lagi tuhh... Pihak kedai menyediakan 2 ruang yg berasingan 1 di bhgn dlm dan 1 di bhgn luar.

Duduk kat dlm kedai kopi tak boleh lama, kesian dgn pelanggan lain yg kat luar tak dpt masuk. Macam kami juga tadi. So, bila kami selesai makan kenalah bayar & angkat kaki. Sementara nak tunggu 5.30, kitorang isi masa terluang dengan photo shoot, sembang, borak, dok termenung, ada gak yg terlentuk ngantuk almaklumlah dah berendam dlm air. Budak2 biasalah, main lari2 tapi kena gak ingatkan tak boleh melebihi line kuning. OK, bahaya!

5.30pm : Keretapi tak sampai lagi. Bila Pn.Salwa check, diberitahu train delay again until 6.30pm. Aduh... 1 jam lagi, wah luar. Tapi rasa kenikmatan minum kopi dlm kedai lagi best, so kitorg kenalah tunggu smpi ada yg keluar baru boleh masuk & chop tempat. Sedangkan kat luar masih byk lagi kerusi kosong yg boleh di isi... hehehe tak sama beb.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget