22 April, 2010

Kesetiaan (Antara Hachiko & Pak Tam)

Susahkah untuk setia?

Kenapa tidak setia?

Kenapa harus setia?

Kita sering mendengar persoalan mengenai kesetiaan, dan kita juga sering mengajukan soalan berkaitan kesetiaan kepada orang yang kita sayang. Kenapa harus dipersoalkan tentang kesetiaan? Setia… Susah sangatkah untuk setia?

Setia adalah satu perasaan yang lahir dari jiwa, setia itu sangat istimewa, setia tidak boleh ditukar ganti, setia itu sifat sejati. Jadi, kenapa harus tidak setia?
Kita boleh melihat sifat-sifat kesetiaan dari pelbagai ruang lingkup. Lihatlah kesetiaan alam maya, bagaimana bulan setia pada malam, bagaimana matahari setia pada siang dan bagaimana ombak yang setia pada pantai. Lihatlah kesetiaan akar kepada pohon, lihatlah kesetiaan semut-semut kecil kepada permaisurinya dan lihatlah juga kesetiaan ibu kepada anaknya tak kira manusia ataupun haiwan. Seharunya yang paling penting adalah kesetiaan makhluk kepada Penciptanya. Maka dengan itulah persoalannya kenapa kita harus setia.

Hachiko…. sebuah cerita benar mengenai seekor anjing yang sangat setia pada tuannya. Kisah Hachiko bermula pada tahun 1924 dimana ia telah dijumpai oleh Professor Hidesaburo Ueno seorang Pensyarah Jabatan Pertanian di University of Tokyo. Hachiko telah dibela dan dirawat sejak kecil hingga dewasa. Setiap hari Hachiko akan menemani tuannya berjalan kaki menuju ke stesen keretapi di mana Tuan Ueno menaiki tren ke university dan akan menanti kepulangan tuannya dari di hadapan pintu masuk stesen keretapi. Mereka menjadi sangat akrab. Pada May 1925, Tuan Ueno telah menemui ajal kerana diserang angin ahmar sewaktu di university dan terus meninggal dunia, maka seluruh ahli keluarganya telah menguruskan pengkebumiannya disana tanpa membawa pulang mayat mendiang ke rumah. Hachiko hanyalah seekor anjing yang tidak mengerti apa-apa, tetapi Hachiko tetap setia menanti kepulangan tuannya setiap hari sehingga larut malam di hadapan pintu stesen keretapi tersebut. Puas menanti, Hachiko akan pulang ke rumah dengan hampa. Pabila mentari pagi menjelma, Hachiko akan berjalan sendirian menuju ke stesen keretapi dengan harapan tuannya akan pulang. Tapi penantiannya tetap hampa, Hachiko akan pulang kerumah semula pabila malam menjelma. Begitulah setiap hari, Hachiko akan menunggu tuannya sejak dari perjalanan keretapi pertama sehingga keretapi yang terakhir. Setiap hari tanpa jemu sehinggakan dirinya tidak terurus lagi. Selepas 10 tahun penantian Hachiko, akhirnya dia menemui ajalnya dihadapan pintu masuk stesen keretapi tersebut. Sekiranya anda berpeluang untuk pergi ke Tokyo, mungkin anda akan berpeluang melihat Tugu Kesetiaan Hachiko yang dibina oleh masyarakat setempat betul-betul dihadapan pintu masuk ke stesen keretapi Shibuya Train Station dimana tempat Hachiko menanti tuannya. Tugu tersebut dibina untuk memperingati seekor anjing yang sangat setia.

Baru-baru ini saya telah terbaca mengenai seekor ayam jantan yang setia. Pelik tetapi benar, ayam jantan yang diberi nama Pak Tam oleh Mohd Nasir Othman kini tinggal bersama di Melaka. Sekiranya anda mahu berkenalan dengan Pak Tam pergilah cari Masjid Tanah, Melaka. Setiap petang En.Nasir akan membawa Pak Tam bersiar-siar menaiki motor. Motorsikal???? Kenapa tak percayakah? Ini kisah benar, Pak Tam telah dibela oleh En.Nasir dan isterinya sejak kecil, malah ayam jantan ini menjadi sangat manja dan kuat merajuk. Menurut tuannya, ayam jantan ini akan menyampuk sahaja apabila ada orang bertandang kerumahnya, bila dia mula berkokok dan membuat bising, En.Nasir akan memarahinya dan dia mulalah nak merajuk, tak pasal-pasal seorang manusia harus memujuk kerenah seekor ayam jantan.
Kalau seekor anjing dan seekor ayam jantan boleh setia, kenapa tidak manusia?

Susah sangatkah untuk setia?

Kenapa mesti tidak setia?

Kenapa harus dipersoalkan tentang setia?

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

4 comments:

ejosbesi said...

ada dvd cite Hachiko tu tak? nak pinjam :)

NienaRizal said...

Ada-ada....nanti I pass kat u...OK.
Nak nengok Hachiko kena di tempat suasana yg aman...baru ahh feel..

ejosbesi said...

ok cun. wa amat mnghargai sebuah persahabatan der. wlu wa kaki drift @ rempit potong keta bujal kat kulai selamba je tp dlm hati ada taman der ha3... yg paling terserap dlm hati smpi skrg cite forest gump. so nnti pass la ya dvd cite anjing tu. td carik more info kat internet baru tau ada cite dia rupanya.

NienaRizal said...

ok....
keep in touch with my blog yer mr.ejosbesi.
TQVM for visiting

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...