09 May, 2010

Babai Card Credit...

Huhuhuhu...nangesss... (sedeylah tue konon)

Hari Khamis lepas, card credit ku telah di potong secara rasminya oleh hubby ku. Hahaha...itulah akibatnya bila suka nak belanja tapi tak suka nak bayor (dah ada org tolong bayorkan, guna jewr lah). Tapi bila org yg bayorkan tue dah tak sanggup nak bayor, terpaksalah menghentikan kegiatan berbelanja menggunakan card credit ni (padan muka aku).


Card credit ni mmg jahat. Dia bukannya ada sensor leh stopkan or limitkan penggunaan. Slagi boleh zassSSs...bak kata org, gores tak menang2. Apatah lagi yg suka sgt nak shopping nie (termasuklah I). Alah, bukannya apa... taknak bawa cash dlm beg. Almaklumlah, penjenayah ragut ni sdg bermaharajalela dan sgt berkuasa. Tak taulah apa kuasa yg diorg pakai, tau2 jewr dlm beg yg dia nak ragut tu ada byk cash. So, jln yg sgt selamat jgn bawa duit byk2, tapi gunakanlah card credit. OK aper...gi jln mana2 hanya bawa 3 keping card ajer iaitu IC, Lesen Memandu, Card Credit. Masuk dlm poket sambil jalan melenggang mak minah.

Haa u all tau tak, start thn ni setiap card credit akan dikenakan tax sbyk RM50 setahun. Tapi tak sure plak setiap bank amountnya sama ker? Hmmm lebey kurang ahh, tapi byk tu. Itu belum termasuk lagi caj lambat bayor. Lebih kurang 18% setahun. Kalau hutang card credit tu RM5000, maknanya korang kena bayor bunga sbyk RM900 iaitu bersamaan RM2.47 sen sehari. Uihhh cukup nak beli nasi campor tau, takat nasi+sayor+telor, ok ahh kenyang jugak...

Cuba kalau kira yg korg ni mmg suka nak berhutang tapi tak reti bayor. Contohnya credit limit RM5000, and korang dh guna abis. Pastu card tu hang...sampai setahun 1sen pown tak penah bayor. Maknanya...hujung tahun yg pertama amount dh jadi RM5950, bila thn kedua plak dah jadi RM7071, bila thn ketiga plak dah jadi RM8393.78, bila thn keempat plak dah jadi RM9954.66 dan seterusnya.... Itulah yg jadinya muflis tue kalau smpi 10thn simpan utang senyap. Tapi biasanya 6bln jer tak bayor2, bank dah menyusul pown dengan surat2 dari lawyer. Cukup jewr utang sampai RM30,000 akan diishtiharkan bankrupt. Itu yg sumer org takutkan, termasuklah hubby I.

Tapi takperlah, hubby ku telah gantikan dgn Debit Card. Harap2 bila I nak pi shopping U masukkanlah lebih2 sket....(pleaseeee)

BTW, TQ C'yg sbb sudi bayorkan Card Credit I walaupun kadang2 amountnya sgt memeningkan kepala. I janji takkan buat lagi...(mmg pown sbb card creditnya dah tak dok). Bagi kawan2 yg belum ada card credit tue, hmmm tak payah lah susah2 nak apply, buat menyusah jer nanti. Bagi yg dah ada tue, kurangkanlah berbelanja yg tak berapa patut tue. Kalau reti nak bayor tak per lah jugak.

OK...Selamat Berbelanja Dengan Bijak!!!

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

13 comments:

Norazlina Ismail said...

Sesiapa yg ada card credit penah tengok statement u all tak? Bagi yg celik IT tue, better check u all punya statement melalui online banking. Sbb kat online sgt details tak sama dgn statement yg diorg hantar kat umah.

Perhatikan betul2, bank2 yg kuarkan card credit ni pandai. Statement yg dihantor kat umah tak ditunjukkan pown jumlah faedah yg perlu dibayor. Sbb bank2 ni taknak samakan mereka dengan Along.

Hanya Bank Islam saja yg tak kenakan faedah (bunga) berlebihan. Tapi kalau bayor mengikut jadual, langsung tak kena 1sen pown.

Jadi....BERTUKARRRrrrrRR!!!

Roziyana Mohd Yusop said...

utang kad kredit akak yg beribu tu dah abis bayor bulan ni... yahooooooo... idupku tidak lagi dibelenggu utang kadkredit setelah 3 tahun terseksa nk selesaikan.

Huda Hussain said...

cc??.... Huhu cedeyyy.....
tu la kO x agak2... Aku nyer maseh slamatt!!!....yahuuu!!!! Mega sale??? WOww!!!! Im cOmingggg... Bubye ninaa..... Hehe(saje bakO!!)

Liza Ismail said...

hmmmm. ok lar tue....jangan guna CC rugi...Tak per sis,,, masih bleh pegi pe mega sale...tapi bayar cash ahhhh...no hutang2 hor....

Norazlina Ismail said...

Kak Rozi; Btul ahh..kadang2 tue kita tak perasan bila belanja sbb kat card tu mana ada tulis "total amount now is .....". So bila dtg statement, start ahh pening kepala. Nak2 bila time tue kita tgh nak guna cash utk tujuan lain plak. So, bayaran tertngguhlar.

Huda; Mega Sale....takper ahh. Guna jer debit card. Lebih selamat... belanja mengikut amount yg telah ditetapkan...huhuhuhu

Sis; OK, Rizal dah warning...bila dia tengok kawan2 dia yg menanggung hutang card credit ni. Suffer seyyy, and u to right?

Bebaskan diri anda dari HUTANG!!!

OndakuKeneSaman said...

hoh? kawan2 bujal suffer ngan utang kad kedit? pelik je. apsal aku rasa cam ada kena mengena jek?

Norazlina Ismail said...

En.Onda...ler myk ker? Uihhhh...saman takleh bayor guna card credit (Haaa mesti dia pown sama, sbb tue hubby I gerunnnNNN)

Noraini Md Arif said...

Aku n abg Din dah terlepas dari bala credit card ni... sumpah xnak pakai lagi....

Liza Ismail said...

Sis, i dah lama settlekan i nye kad credit... skang sume cash money...except abg zul miahhaha...

Roziyana Mohd Yusop said...

betul... skrg nie gunakan cash money je. ada duit beli. tak de duit tunggu gaji bulan depan.... hehehe....

Norazlina Ismail said...

Btul lah sis-sis ku sekalian...
Amaran: JANGAN GUNA CARD CREDIT!!!
Kalau dh takde duit tue, diam ajer, tengok ajer, kumpul duit utk dptkan sesuatu yg kita idamkan
(Main kutu okay gak)

OndakuKeneSaman said...

But i have a diffrent view. zaman skrg ni mgkn dah tak sama cam dulu. zaman skrg org takut nak bagi pinjam duit. in case in trouble dlm perjalanan ke payah gak nak mengadu nasib. even kadang2 terkehel ujung bln pun tak tau sapa nak tlg. so rasanya ia satu keperluan. atleast simpan la satu. cari yg paling baik bagi tawaran cam BSN ke yg leh dpt 0.9% je interest. tp kena kawal la. betul2 sesak baru guna.
Emm Onda ke kena saman speedtrap masa g PD huhu...

Norazlina Ismail said...

En.Onda, btul tue. Utk lebih selamat kita kena simpan 1 untuk kes2 emegency. Kadangkala time kita senang, kwn ramai yg ngempet, tp bila kita susah card credit jugak yg tolong....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget