01 December, 2010

GIBRALTAR AIRPORT SPAIN (Airport Tengah Bandar)

Di Malaysia, kita biasa tengok keretapi melintas kat tengah-tengah bandar ataupun melalui jalan-jalan kampung dan ada juga yang lalu di belakang rumah.


Teringat saya masa disekolah tadika (TADIKA KEMAS KG, HAJAH FATIMAH, JOHOR BAHRU), 5 minit sebelum keretapi melintasi landasan di belakang sekolah tadika kami, loceng akan dibunyikan tanda bersedia. Bila keretapi lalu, kami semua tutup telinga. Bergantunglah pada gerabak sama ada panjang ataupun pendek. Kalau masa keretapi melintas itu, kami sedang berehat minum pagi (lebih kurang pukul 10am), kami akan duduk di tingkap sekolah yang menghadap ke landasan dan melambai-lambaikan tangan pada penumpang dalam keretapi tersebut.


Tetapi, di Sepanyol lain pula ceritanya. Pasti yang belum tahu, sudah semstinya anda akan terkejut melihat situasi kapal terbang melintasi jalan-jalan bandar. Nanti kita akan dapat lihat senario kereta diberhentikan bila ada palang turun menandakan beberapa minit kemudian akan ada kapal terbang yang akan melintas sama ada untuk terbang naik ke udara ataupun untuk turun ke lapangan.



Gibraltar sebuah pulau di Selatan Sepanyol mempunyai kepadatan penduduk seramai lebih kurang 30,000 orang sahaja dengan keluasan 6.843 square kilometres (2.642 sq mi).

Jangan tak percaya juga, 4.01% daripada penduduk Gibraltar beragama Islam, kerana itu terdapat sebuah masjid besar yang didirikan dengan kos perbeljaan ditanggung oleh King Fahd dari Arau Saudi. Pembinaan masjid mengambil masa selama 2 tahun dengan keseluruhan kos sebanyak £5 million
The Mosque King fahd ben Abdelaziz Al Saaud at Europa Point, Gibraltar
CIM : Jom pergi melancong ke Spain

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

5 comments:

Ariana Aris said...

niena... seperti yang telah termaktub dalam sejarah.... pada masa dahulu, sepanyol merupakan jajahan takluk negara islam dan kebanyakan penduduknya beragama islam.

Pada suatu masa, Sepanyol telah menjadi salah satu tamadun Islam yang hebat, mencapai puncaknya dengan Kerajaan Bani Ummaiyyah pada abad kesepuluh. Orang Islam Sepanyol dianggap mempunyai fasa lima peringkat berbeza:

* Emiriah Bergantung (711-756);
* Emiriah Bebas (756-929);
* Khalifah (929-1031);
* Era Almoravid (1031-1130);
* Kejatuhan (1130-1492).

Penganut Kristian dan Yahudi yang tinggal di Sepanyol pada waktu ini tidak menghadapi sekatan dan dilayan dengan amat baik, era itu pada umumnya ditandakan sebagai era toleransi.

Kawalan Islam Sepanyol telah terhakis secara perlahan oleh Reconquista Sepanyol. Reconquista (Taklukan semula) adalah proses yang digunakan kerajaan-kerajaan Kristian Sepanyol utara untuk akhirnya berjaya mengalahkan dan menakluki negeri-negeri Islam selatan di Semenanjung Iberia. Bandar utama pertama yang jatuh ke dalam kekuasaan Kristian adalah Toledo pada 1085. Akan tetapi, hanya pada 1492, apabila Granada, bandar Muslim yang terakhir, jatuh ke Kristian di bawah tangan Ratu Isabella dengan suaminya Ferdinand dari Aragon, barulah ia berakhir. Kebanyakan orang bukan-Katolik dipaksa untuk meninggalkan Sepanyol atau menganut Katolik, jika tidak mahu menghadapi penyeksaan atau kematian.

RIZZNA said...

Kak Rozi (Sister):
TQ infonya, wahh pengisian yg sgt teliti, boleh buat new n3.

Tapi, sedihnya sekarang jumlah umat islam kat spain (kepulauan Gibraltar) hanya 4% saja dpd 30K, so means 1200 org jer.

Bila our beloved Wan nak wat penjelajahan ke Spain?

CT said...

Wah! Cantiknya...nanti tunggu poket penuh..hehehe

Anonymous said...

salam ziarah..
jauh berjalan luaslah pandangan..
abgreds tumpang tengok gambo jadilah..

Steward said...

niena... seperti yang telah termaktub dalam sejarah.... pada masa dahulu, sepanyol merupakan jajahan takluk negara islam dan kebanyakan penduduknya beragama islam. Pada suatu masa, Sepanyol telah menjadi salah satu tamadun Islam yang hebat, mencapai puncaknya dengan Kerajaan Bani Ummaiyyah pada abad kesepuluh. Orang Islam Sepanyol dianggap mempunyai fasa lima peringkat berbeza: * Emiriah Bergantung (711-756); * Emiriah Bebas (756-929); * Khalifah (929-1031); * Era Almoravid (1031-1130); * Kejatuhan (1130-1492). Penganut Kristian dan Yahudi yang tinggal di Sepanyol pada waktu ini tidak menghadapi sekatan dan dilayan dengan amat baik, era itu pada umumnya ditandakan sebagai era toleransi. Kawalan Islam Sepanyol telah terhakis secara perlahan oleh Reconquista Sepanyol. Reconquista (Taklukan semula) adalah proses yang digunakan kerajaan-kerajaan Kristian Sepanyol utara untuk akhirnya berjaya mengalahkan dan menakluki negeri-negeri Islam selatan di Semenanjung Iberia. Bandar utama pertama yang jatuh ke dalam kekuasaan Kristian adalah Toledo pada 1085. Akan tetapi, hanya pada 1492, apabila Granada, bandar Muslim yang terakhir, jatuh ke Kristian di bawah tangan Ratu Isabella dengan suaminya Ferdinand dari Aragon, barulah ia berakhir. Kebanyakan orang bukan-Katolik dipaksa untuk meninggalkan Sepanyol atau menganut Katolik, jika tidak mahu menghadapi penyeksaan atau kematian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...