21 December, 2010

MANA ADAB KAMU?

Pagi tadi terdengar Panggilan Hangit di HotFM. Adalah sorg budak tue kena panggilan drp Fafau. Wahhhh....geram btul dengar cara budak perempuan tue jawab panggilan. Kurang Hajar btul, mana adab kamu, Cik Adik oiiii!!!!

Cara cakap dah ler meleweh2, OKlah mungkin baru bangun tidur agaknya. Tapi bila lama-kelamaan dengar perbualan mereka di phone, memang sangat menyakitkan hati. Cik Adik oiii, tak kesahlah siapa pun yang call kamu, dan tak kesahlah atas alasan apa orang menelefon kamu, tapi tak bolehkah kamu berbicara dengan lebih sopan. Mana adab ketimuran dan ciri-ciri kewanitaan kamu? 14 tahun, tak boleh menjawab telefon dengan baik. Come on lahhh girl!!!

Bagi sesiapa yang ada mendengar Panggilan Hangit pagi tadi, pasti faham dengan apa yang saya marahkan ini. Betul kata pemanggil lelaki yang 'tertangguh hendak pergi kerja' tue. Masa kami muda-muda dulu (umur belasan tahun) takut untuk biadab dengan orang tua. Tak kiralah dengan siapa kami bercakap, nampak muka ker atau tidak, tapi kami takut untuk berlaku kurang hajar. Takut nanti memburukkan nama keluaraga, nanti orang akan cakap 'anak sipulan2'. Bukan sebut nama kita, tapi nama mak dan ayah yang akan dijaja. Akibatnya, nanti kami akan dimarahi bila di rumah. Mak ayah kami dlu2, bukan saja marah, tapi tangan pun naik sekali. Inilah akibatnya anak2 sekarang yang lebih dimanjakan dan dibiarkan mereka melakukan sesuka hati.

Lagi satu panggilan hangit yang membuatkan saya geram pada minggu lepas. Kalau ada yang terdengar, panggilan kepada seorang pekerja lelaki di syarikat percetakan kerajaan. Yang ini pun sama juga, dahlah jawab telefon dengan tahap kemalasan tinggi, boleh pulak tak mahu ambil order, dan suruh customer order saja dengan syarikat swasta lain. Boleh ker begitu? Suara memanglah confirm memang jelas sorang budak yang tak beradap, macam ini ker sorang Penjawat Awam?

Bagus juga ada Panggilan Hangit nie. Kita boleh tahu siapa yang baik dan siapa yang jahat. tapi diingatkan pada yang berhajat nak kenakan orang dengan panggilan hangit, elakkanlah kenakan ibu dan ayah sendiri. Tak baik begitu, apa perasaan ibu dan ayah anda bila tiba2 rasa dimalukan dan diperdengarkan dikhalayak ramai. 1 Malaysia, ntah ntah 1 dunia boleh dengar. kalau nak kenakan panggilan hangit, tujukanlah pada rakan2 yang anda rasa sepatutnya dikenakan untuk kesedaran dan memperbetulkan yang salah. Jangan sampai mengeruhkan keadaan sudahhh....

Bahasa Jiwa Bangsa

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

5 comments:

kyungie said...

geram gak...
kekadang pompuan yang kene pnggelan hangit ni biadab btol!!! arghh!

Anonymous said...

uish.. mmg kurang ajar kn budak2 skg.
kdg2 terpk jgk sape la mak bapak dorg nih. haishh.

Anonymous said...

adalah sebab orang tu macam tu...
benda terjah ni kadang ada orang tak suka jugak..
tapi memang kurang girl macam tu.

Anonymous said...

Hi, i believe that i saw you visited my weblog thus i got here to
return the desire?.I'm attempting to in finding issues to enhance my web site!I assume its good enough to make use of a few of your concepts!!
Stop by my blog post ; spielen

Anonymous said...

Fantastic goods from you, man. I have understand your stuff previous to
and you're just extremely fantastic. I really like what you've acquired here, certainly like what you are saying and the way in which you say it.
You make it entertaining and you still take care of to keep it smart.

I cant wait to read much more from you. This is
really a wonderful site.
My web-site ; novoline

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...