Tapi harus diingat, masih ada satu lagi perlawanan yang akan berlangsung di Indonesia iaitu perlawanan penentu pada 29 haribuan ini (3 hari dari sekarang) Sekiranya pemain Malaysia mengekalkan mutu permainan hari ini, tidak mustahil kita dapat membawa pulang Piala Suzuki untuk tahun ini. Dan apabila Malaysia berjaya menjuarai Piala Suzuki, maka Malaysia akan meniti puluhan tangga World Football Ranking. Kalau tidak silap saya, kini Malaysia berada di tangga 147 dunia dan Indonesia pula di tangga 127 dunia.
Macam-macam boleh jadi di padang lawan. Diingatkan agar semua pemain tidak terlalu ghairah walaupun kita kini sedang dalam kedudukan yang agak selesa. Bagi penyokong yang memancar laser ke mata penjaga gol Indonesia dan yang membaling bom asap dan membakar mercun, perbuatan kamu itu pasti akan di balas balik oleh penonton Indonesia di Stadium Bung Karno. Nanti jangan pula kamu marah, begitu juga penyokong Malaysia yang lain tak boleh marah, sabar saja kerana kita di tempat mereka. Keselamatan pemain kita yang lebih utama.
Yang menjadi tanda tanya kini, adakah karpet merah akan dibentang untuk pemain kita bila mereka tiba di lapangan terbang Indonesia? Hotel berapa bintang yang akan mereka sediakan untuk pemain kita di sana? Selamatkah penonton dan pemain kita selepas Malaysia menjuarai Piala Suzuki di Indonesia. Berapa jam pemain kita dan penonton kita akan di tahan di dalam Stadium Bung Karno semata2 untuk mengamankan penyokong Indonesia yang merusuh kerana kekalahan mereka?
Apa-apapun, All The Best untuk semua pemain Malaysia. Doa kami akan mengiringi anda di sana....
MALAYSIA BOLEH!!!
0 comments:
Post a Comment