29 December, 2010

Chak De! India - Malaysia Boleh

Semalam saya berkesempatan menonton Filem Chak De! India di TV2 yang dibawakan khas oleh TMnet. TQ TM coz siarkan filem ni sewaktu kita sekarang dalam bahang mengejar kejuaraan dalam Piala Suzuki.

Kalau ada sesiapa yang menonton dan pernah menonton filem ini yang ditayangkan pada tahun 2007, pasti akan teruja. Filem ini berkisarkan tentang semangat dan ketabahan pasukan hoki wanita India. Saya tak berapa kenal sangat dengan kesemua heroin dalam cerita itu, tapi yang paling pasti coach pasukan hoki wanita India dalam cerita itu adalah Mr. Shah Rukh Khan. Mereka bermati-matian berlawan dengan pasukan-pasukan dari negara lain untuk melayakkan diri seterusnya ke peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhirnya ke perlawanan akhir. Konflik dalaman juga melanda, tetapi mereka dapat mengatasinya dan menang dengan bermaruah di Kejohanan Piala Dunia Hoki Wanita.
Kekalahan India pada Australia (dalam cerita Chak De! India) dengan 7-0 pada pusingan pertama pasukan A sama seperti kekalahan Malaysia dengan Indonesia, 5-1 pada pusingan kelayakan juga. Di akhir cerita pasukan India bertemu semula dengan pasukan Australia

Kalau diamati filem ini sebagai memberi semangat kepada pasukan bola sepak Malaysia yang akan menentang Indonesia pada malam ini.

Harapan saya, agar pasukan Malaysia dapat mengalahkan Indonesia pada malam ini. Tak kiralah berapa gol yang masuk, yang pastinya Piala Suzuki itu bertapak di Malaysia.

MALAYSIA BOLEH!!!!

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

4 comments:

Ai Yu said...

eh coach nyer SRK yer....aduhai.....asal x pernah tahu SRK yg jd coach handsome tu...hihihi. mcm ni kena tgk nie

Mat Pintu said...

salam kenal :)

best gak cite ni, paling best sbb ade SRK la. haha. memang kena pd waktu tv2 siar cite ni sbb Shah 'Rojagobal' Khan kite pun tgh berperang gak tu. yeah

n!da said...

saye pon tengok jugak malam tu!
betol2. same mcm situasi mesia indon.

Cinta Misteri said...

Ai Yu :
mesti kena tengok cerita nie.

En.Albab:
salam kenal :)
Kalau tak silap, dlm citer ni nama SRK; Muhammad (nak kena tengok lagi skali, esok nak pi cari DVD)

nida:
btul2...berdebar2 tengok cerita ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget