Salam Maulidulrasul untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Walaupun terlewat, tapi ingatan tulus ikhlas kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. setiap masa setiap saat berselawat memujinya.
Baru lepas menonton telemovie di TV3-Runtuhnya Sebuah Dosa, sangat menyentuh jiwa. Bersyukur saya ke hadrat Allah kerana masih diberikan kesenangan hidup dan dapat mengharungi kehidupan dengan baik dan selesa. Apalah nasib kita akan datang, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Tetapi, saya masih berpegang pada kata-kata, Allah tak akan menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya...Subhanallah.
Hari ni, saya dgn hubby berjalan2 mencari buku menggunakan kupon buku 1 Malaysia. Tapi, kami cuma akan beli kat MPH jer, sebabnya....MPH orang Islam yang punya dan Syed Mokhtar AlBukhary dengan berbesar hati memberikan kupon sebanyak RM5 bagi setiap belian RM100. Alhamdulillah....semoga beliau diberkati Alah. Searh punya search MPH kat Johor ni cuma ada di Jusco Taman U, City Square dan Airport Senai jewr. RM100 yang pertama kami dah gunakan kat Jusco Taman U hari Jumaat yang lepas. Jadi, RM100 kedua kami plan nak gunakan kat MPH City Square. InsyaAllah, RM100 ketiga akan digunakan di MPH Airport plak dan mungkin juga RM100 keempat. Hehehehe....
Sampai jewr kat City Square dah pukul 3, kami pown belum solat Zohor lagi, so dari Basement 3 trus ke tingkat 5 sebab surau terletak di tingkat 6. Bila buka saja pintu lift, opppssss terperanjat jugak bila tengok;
Cathay Cineplex kat0p??? Wahhh....satu perkembangan yang baik....kerrr memang setiap tahun begini saya jewr yang tak tahu. Tapi, sejak malam lagi saya ada dengar seorang kawan dah beratur nak beli tiket untuk midnite tapi diorang dah tak jual. Tayangan hanya setakat untuk tiket pukul 9 malam punya cerita saja. Hahaha....terus merah muka cik adik tue, haaa tu lah patutnya kena duk berzikir kat rumah, ni nak gi tengok wayang plak. Agegegege....
Laluan ke surau City Square, saya ternampak premis atas ni. Owhhh...ni adalah Pusat Karoke Keluarga. Uihhh...bukak plak. Owhhh okey, yang datang sini pada Hari Maulidulrasul mesti nak nyanyi nasyid kan. Mesti lagu-lagu Lady Gaga, Britney, Metallica, Nirvana, dan yang hardcore rock sumer Unavailable. Hehehehe....
Kemudian, lepas membeli-belah di MPH, kitorang jenjalan ler ke JB Sentral. Mula-mula salah jalan, kami termasuk laluan yang nak ke Merlin Tower, rupa-rpanya kena lalu jembatan yang sebelah sana. Nampak tak gambar kat atas tue?
Salam Maulidulrasul.....
*Sekarang sedang menonton Bola
Malaysia menentang Bahrain
2 comments:
salam maulidur rasul :)
loh
tutup la plak
renovate ke panggung tu?
P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html
Post a Comment