20 February, 2012

Rawatlah lidah sebelum parah...

"Cakap siang pandang-pandang, 
 Cakap malam dengar-dengar"

Mesti kita semua dah biasa dengan perumpamaan di atas. So, maksudnya apa? Tapi sekarang dah tak berapa relevan perumpamaan tersebut sebab kita susah dah nak jumpa yang macam Cik Kiah atau Cik Senah yang suka mengumpat ala-ala mesyuarat tembok tue. Orang sekarang ni mengata melalui Facebook atau Twitter, yang advance skit akan mengumpat dan mengata melalui blog plak. Tapi....saya taklah macam tue (masuk bakul angkat sendiri).

Saya ulang lagi....So, maksudnya apa? Maksudnya....kalau nak mengata tue kenalah tengok kiri kanan, buat research dulu apa yang kita nak cakap tu betul atau tidak. Pastikan kesahihan cerita yang kita dengar dari orang lain, kalau kita tak tahu jangan cakap banyak. Yang penting, jangan suka buat kerja sampai-menyampai sebab kalau main pasing-pasing cerita ni mesti dan confirm-confirm akan ada tokok tambah. Astaghfirullahalazim.......

Mengata orang ni ada banyak cabang. Antaranya;
  • Mengata buruk seseorang untuk menunjuk diri orang yang bercakap tu baiklahhh sangat
  • Mengata dengan tujuan untuk menyindir seseorang
  • Mengata dengan niat untuk menyakiti hati orang lain
  • Mengata sesuatu yang tidak pasti dan ia merupakan fitnah
  • Mengata perkataan-perkataan yang kesat bertujuan untuk mencaci seseorang
Ingatlah, perbuatan menyakiti hati orang lain terutamanya sesama Muslim ini adalah termasuk dalam dosa besar kerana ia boleh menjejaskan nama baik dan maruah orang yang dikata atau disakiti hatinya. rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 

"Seseorang Mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukanlah orang yang suka menghina, bukanlah orang yang suka berbuat keji dan bukan juga orang yang bercakap keji"

Oleh itu, sebelum terlambat dan kita terkeluar dari senarai insan yang bergelar Mukmin sejati, marilah kita sama-sama merawat lidah sebelum ianya menjadi lebih parah. Nauzubillah......
So, jom rawat lidah kita dengan....
  1. Melatih diri untuk berkata dan berbual dengan perkataan yang baik-baik sahaja, berlemah lembut dan dengan sikap mesra.
  2. Melatih diri dengan menjauhkannya dari sikap yang suka menghina, mengutuk, mengumpat, mencaci, memfitnah dan juga merendah-rendahkan sesama Muslim.
  3. Melatih diri dengan bergaul dan berkawan sesama rakan yang baik dan berdamping dengan orang yang tinggi ilmu agamanya dan yang tinggi akhlaknya.
  4. Melatih diri berbaik-baik dengan semua orang, mengelak daripada bersikap bermusuh-musuhan dan suka bertengkar.
  5. Melatih diri dengan meringankan lidah memohon maaf dengan orang lain lebih-lebih lagi kepada orang yang kita sakiti hatinya.
  6. Melatih diri dengan bersikap berbaik sangka dan menolak sikap buruk sangka terhadap orang lain.
  7. Melatih diri dengan mengamalkan hubungan ukhwah silatulrahim antara satu sama lain.
Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah berpesan:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”






:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

1 comments:

dhenok habibie said...

meskipun agak susah mengerti, tapi saya suka dengan postingannya cik.. lidah itu lebih tajam daripada pisau, jadi berhati-hatilah dalam bercakap.. salam saya cik, lama kali saya tak berkunjung kesini.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...