19 February, 2012

JUJUR MENUJU JALAN YANG LURUS

Assalammualaikum....
Lama sungguh bercuti dari menukil di sini. Alhamdulillah...malam nie ada kelapangan sedikit. 
Kita masih lagi dalam bulan Maulidulrasul. Salawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah juga kerana saya masih diberikan nafas untuk meneruskan kehidupan dan dianugerahkan kudrat untuk menjalani hari-hari yang cukup bermakna. Semoga saya dan keluarga sentiasa berada di bawah lindungan Allah s.w.t.

Dalam satu riwayat telah disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;

"Allah telah membuat perumpamaan berupa sebuah jalan yang lurus. Di kedua-dua sisi jalan itu ada dinding yang ada padanya terdapat beberapa beberapa pintu yang terbuka. Pada pintu-pintu itu terdapat pula tirai yang dilabuhkan. Sementara di atas pintu gerbang jalan tersebut ada penyeru yang berkata: 'Wahai manusia, laluilah jalan ini sampai ke hujung dan janganlah kamu membelok-belok (ke kiri dan ke kanan)'
Sementara itu, ada lagi penyeru lain di atas jalan tersebut berkata, ketika manusia hendak membuka salah satu daripada pintu-pintu itu: 'Jangan kamu membukanya, kerana jika kamu membukanya kamu pasti akan terperosok masuk ke dalamnya'."

(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w. tersebut amat bermakna untuk kita hayati agar kita sentiasa jujur dalam menjalani kehidupan melalui jalan yang lurus yang telah disediakan oleh Allah s.w.t. Sekiranya kita tersilap langkah,dan mengubah haluan, pasti akan tersasar dari jalanNya. Nauzubillah....minta dijauhkan...

'JALAN' itu adalah Islam agama suci
'DINDING' pula bermaksud hukum-hukum Allah
'PINTU-PINTU YANG TERBUKA' merupakan perkara-perkara yang haram
'PENYERU DI ATAS GERBANG' dikiaskan sebagai Al-Quran
'PENYERU DI ATAS JALAN' maksudnya nasihat dari Allah yang ada di dalam hati setiap Muslim



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...