08 January, 2014

Jujur dan Ikhlas

Assalammualaikum....

Jujur dan ikhlas.

Harini saya nak bercerita tentang satu tabiat yang dituntut iaitu jujur dan ikhlas. Sebelum tu, saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana meletakkan saya di kalangan orang-orang yang jujur dan ikhlas. Alhamdulillah....

Orang kata, sangat sukar zaman sekarang ni nak jumpa dengan orang jujur dan inhlas. Tapi...bagi saya, in sha Allah masih ramai orang yang jujur dan ikhlas disekeliling kita. Pasti ada juga yang kata, belum kena...yang sebelum-sebelum ni semua nasib. Ya, memang semuanya nasib kerana Dia yang mengaturkan segalanya. Alhamdulillah.... dan saya akur jika Dia menguji saya dengan insan-insan yang sebaliknya, saya cuba untuk muhasabah diri. Melihat kembali apa yang sudah saya lakukan sebelum ini.

Saya berbesar hati mengucapkan terima kasih diatas sifat terpuji beberapa individu yang telah menyedarkan saya bahawa masih ramai insan dimuka bumi ini bersifat jujur dan ikhlas.

Ada satu ketika...bonda saya memberikan kad banknya untuk saya keluarkan beberapa amaun duit yang dia perlukan. Disebabkan saya mahu cepat ke suatu tempat, saya ambil langkah mudah dengan menggunakan Maybank drive thru. Tapi disebabkan kelalaian saya, saya gagal mengeluarkan wang ibu saya dan mesin tersebut menyatakan 'kad anda tidak diterima'. Tak pasti apa yang saya tekan sebelum itu, tapi seingat saya memang saya ada menekan jumlah wang yang mahu dikeluarkan. Tanpa periksa terlebih dahulu, saya terus mengambil kad yang telah keluar dan terus menggerakkan kenderaan. Tiba-tiba terdengar bunyi hon berkali-kali dari arah belakang dan pada masa yang sama kereta saya ditahan oleh pegawai keselamatan yang bertugas. Pegawai keselamatan tu menunjukkan ibu jarinya ke arah kereta di belakang yang sedang berhenti berhampiran mesin Maybank drive thru. Disisi kereta tersebut berdiri seorang lelaki, melambai-lambai tangan memanggil saya dengan menjerit "Cik kak...tak nak duit ke??? Banyak ni". Dengan muka kelat saya menuju ke arah lelaki berkenaan dan tersipu-sipu mengambil sejumlah duit ibu saya dari tangannya dengan mengucapkan "Terima kasih" berkali-kali. Lalu saya terus pergi tanpa tanya nama dan mengerling kearah plat nombor kereta. Untuk seorang lelaki, berkereta honda civic berwarna putih, mungkin tinggal berhampiran Taman Setia Tropika... TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA IKHLAS DARI HATI SAYA.

Satu lagi kisah yang melibatkan jujur dan ikhlas yang baru saja terjadi pada saya dan en.suami. Mengenai seorang juruteknik komputer. Kisahnya, minggu lalu kami menghantar laptop dan printer yang mempunyai sedikit masalah dikedai lelaki berkenaan. Lelaki berkenaan menyatakan ketidak sempatan dia untuk membaiki barang kami dengan segera dan akan menghubungi kami apabila dia sudah memeriksa dan menilai kerosakan. 2 hari telah berlalu dan semalam juruteknik berkenaan menghubungi en.suami memberitahu bahawa beberapa charge yang akan dikenakan. Chargenya tidaklah mahal bagi kami dan kami mengarahkan dia terus membaiki. Tiba-tiba, lelaki tersebut menyuruh kami datang segera kerana dia menjumpai sejumlah wang dalam kotak printer iaitu wang tunai tersebit adalah duit raya anak kami yang kami sorokkan disebabkan tidak sempat untuk disimpan kedalam bank. Ya Allah....terima kasih kerana menemukan kami dengan lelaki ini. TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA IKHLAS DARI HATI KAMI.

Dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, bermaksud;

“Pedagang yang senantiasa jujur lagi amanah akan bersama para nabi, orang-orang yang selalu jujur dan orang-orang yang mati syahid.” (HR. Tirmidzi)

Dari Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

“Sesungguhnya sebaik-baik penghasilan ialah penghasilan para pedagang yang mana apabila berbicara tidak bohong, apabila diberi amanah tidak khianat, apabila berjanji tidak mengingkarinya, apabila membeli tidak mencela, apabila menjual tidak berlebihan (dalam menaikkan harga), apabila berhutang
tidak menunda-nunda pelunasan dan apabila menagih hutang tidak memperberat orang yang sedang dalam
kesulitan.”



Inilah kedai yang saya maksudkan. Terletak di Bandar Baru Uda bersebelahan Klinik Faizal.

Semoga kita semua diberkati dan diredhai.

Terima kasih Allah....

posted from Bloggeroid


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

7 comments:

fieda said...

zaman skrg ni kalau jumpe dgn org yg jujur kire kire sgt2 bernasib baik la..

Unknown said...

SUBHANALLAH.. jujurnya mereka.. alhamdulillah..masih ada manusia yg sejujur ni.. bertuah akak dipertemukan dgn manusia2 yg mcm ni.. mgkn sbb akak dan suami sendiri adalah insan yg jujur, Allah balas kejujuran kalian tu.. x gitu.. alhamdulillah.. :)

kayyana said...

Alhamdulillah ye kak.. rezeki akak masih ada untuk semua wang wang itu.. eh tapi kejap.. ade ek maybank drivethru? kat mana ek kak?

che mid said...

Haaa..dah tau dah mana simpan duit raya.. he he.. Memang sifat ikhlas tu ada di mana-mana, cuma nasib kita lah..mungkin at the wrong time and the wrong place atau sebaliknya. take care!

are_lin@yu said...

mmg ssh skrg nk jmpa org mcm tu kan kak..

Chic Na said...

beruntung sebab kedua2 org yg berurusan dengan akak tu sangat jujur.. skrg ni jarang nak jumpa org macam tu..

Miss N™ said...

Alhamdulillah...

Masih ada yg jujur dan ikhlaskan...terharu bila baca entry ni...

Semoga mereka yg jujur dan ikhlas sentiasa berada dalam lindungan Allah....amin..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...