09 September, 2013

NAK MARAH TAK JADI MARAH

Bila tengok gelagat bujang berdua, kadangkala dari nak marah tak jadi marah. Ada jaaa perangai mereka berdua yang buat kita tersenyum sampai telinga. Dua-dua kaki mengelak, kalau buat salah pandai jer topik ditukar.

Tengoklaaa....ni 2 pica di kampung. See...apa yang ada dalam perut mereka sampai terkembung. Sembunyikan sesuatu taknak mama tahu. Kalau mama hidu....memanglah mama perambat tak cukup tanah lari tak tentu.





Siapa dapat teka apa ada dalam baju???

Tu... si adik, takde keje main kuda-kuda.

Kalau di kampung kedua bujang memang tak digalakkan main diluar. Kalau dah keluar, memang panjanglah langkahnya. Kang tak pasal-pasal mama terpekik telolong panggil dua-dua suruh balik segera. Kat luar tu pulak, ada banyak perkakas yang boleh dijadikan permainan, kayu, besi, cangkul, bajak, trektar, motor, pasir, batu, tanah.....huwarghhhh....tak payahlah nak, buat mama sakit kepala. Main ajelah dalam rumah yang besar.

Tapi bila kat dalam rumah....haaaa tulah. Mereka pun kreatif main apa jer yng ada. Kadang tu nak marah, tapi....tiba-tiba tak jadi nak marah. Gelihati tengok keletah.

Haaa....ada yang dah dapat teka apa yang disimpan mereka. Jangan tak percaya.....

Gula-gula kapas warna merah jambu.

Mama memang tak suka mereka makan gula-gula. Nanti bila sakit gigi guling-guling kat lantai. Padahal salah sendiri tak reti jaga kesihatan gigi. Untunglah maktok belikan kat pasar pagi. Merasalah korang....kalau mama....huh confirm tak bagi.

Yukkk...semua jaga kesihatan gigi.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

07 September, 2013

JB ARTS FESTIVAL

Semalam.....

Di malam anniversary, kami berdua (saya & en.hubby lerrr) pergi layan gig dan live band anjuran JB Arts Festival di Bukit Timbalan, Johor Bahru. Festival yang kami tunggu-tunggu especially Anak-anak Johor sudah bermula dan akan berakhir pd 10 Oktober 2013.

Malam tadi, acara pembukaan Gegar Anak Tempatan membawakan 13 band membuat persembahan secara live. Yang lebih terujakan adalah kehaduran Abang Nas Ahmad, pengacara Galaksi Tv9 datang membuat liputan. Abang Nas sangat bangga dengan penganjuran JBAF ni yang sudah masuk 10 kali penganjurannya, kerana Abang Nas juga anak jati Johor. So....tontonlah kami di Galaksi hari Jumaat depan.







Ada banyak acara yang akan berlangsung di sekitar Johor Bahru, setiap hari bermula jam 4 petang hingga pagi. Kalau nak tengok jadual JB Arts Festival ke-10 ni, meh lawat laman web mereka di www.jbartsfest.com

Semalam, kami tak tunggu sampai pagi sebab hujan dah mencurah ke bumi. Ambil keputusan tinggalkan beberapa band lagi and sorry....berjalan berdua dalam hujan sambil pegang tangan ala-ala hindustan. Cheeewahhhh..... Yang paling kesian, pusing-pusing cari kedai makan, hanya mamak jer yang tinggal, ambil keputusan balik terus tak makan. Sampai rumah perut bunyi tak keruan, en.hubby ke dapur tengok ada apa tak yang boleh dimakan, akhirnya mee maggi jer yang jadi santapan, di malam anniversaryan.....

JB Arts Festival, kami akan bagi sokongan...

#jbartsfest
#bukittimbalan
#gegaranaktempatan

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

05 September, 2013

Nilai 15sen dan 20sen serta kesannya

Isu ini mungkin basi pada semua, sebab ianya dah berlalu beberapa hari lalu. Tapi, mungkin ada yang tak tahu isu ini sebenarnya ada sekualnya. Version ke-2 dan pastinya akan ada version ke-3, ke-4 dan ternyata ianya tak akan tamat dimana-mana.

Tengah malam semalam, minyak RON97 juga naik harga sebanyak 15sen. Menyusul kenaikan 20sen harga RON95 setelah 2 hari kenyang caci maki.



Yea....memang ramai yang marah dengan kenaikan ini. Sebab apa? Khabarnya Malaysia adalah pengeluar minyak utama dunia. Jadi...... masing-masing berpendapat boleh mendapatkan minyak secara percuma. Dan juga kerana pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar negara guna kad zassss jalan tanpa keluarkan sesen pun duit mereka.

Haha....tapi, masih juga ada yang mengerti, faham dan setia pada tunggak pemerintahan negara. Percaya pada pemimpin mereka, biarlah mereka yang uruskan semuanya, asal Malaysia aman selamanya.

Dan saya...........sebagai isteri kepada pegawai kerajaan Malaysia, dinasihatkan jangan berkata apa-apa. Sebab nanti akhirnya kena semula kebatang hidung saya. Sebab nanti takut sang suami dimasukkan ke bilik bicara dan dituduh pengkhianat negara. Sebab nanti dikatakan tak bersyukur pula kononnya suami dibayar dengan wang hasil pendapatan cukai negara.

Arghhhhh...saya tak kira, saya suka cakap apa yang terfikir diminda. Jangan ada yang cuba nak halang saya!!!

Nilai 15sen dan 20sen memang kecil pada kita. Tapi........tidak pada yang lainnya. Tapi, jangan lupa, nilai 15sen dan 20sen itu pasti akan bernilai bila tangki dipenuhkan. Boleh beli beras bagi keluarga makan...iyekannnn....?

Tapi......bukan kenaikan 0.15 atau 0.2 yang saya nak kata sebab nanti jemu jelak pulak awak awak semua membaca sebab kalau cerita kisahnya sama saja caci makinya serupa. Yang saya nak kata.....apa akan jadi selepas ini hanya kerana 0.15 dan 0.2....???

Dulu saya bawa duit belanja ke sekolah limapulohsen saja, naik menengah up sikit lagi limapulohsen sebab sekolah dari subuh sampai maghrib. Takde balik makan tengahari, pandai-pandailah macam mana nak isi perut sendiri. Walhal seringgit yang mak beri buat tambang balik rumah naik teksi....owhhh dulu bukan teksi tapi prebet sapu. Duduklah kat celah-celah ketiak masam dan busuk.

Ayah saya gaji tak sampai seribu, mak duduk rumah ambil upah jahit baju.
Tapi itu dulu...duit seribu tampung keluarga 7 kepala.
Itu lebih 20 tahun dulu....

Kami tak makan dikedai, harga sebenar mee sepinggan kami tak tahu. Tapi kata orang hanya seringgit setengah waktu itu. Sekarang dah puluh tahun berlalu. Harga minyak naik turun tak menentu. Nampak tak apa yang saya nak beritahu?

■ semalam minyak naik 20sen - disusuli mee goreng naik 20sen
■ hari ini dah stabil minyak turun 20sen - tapi mee goreng kekal tak turun sesen
■ esok minyak naik semula 20sen - mee goreng pun naik lagi 20sen
■ lusa minyak turun 20sen semula - harga mee goreng tetap sama
■ tulat minyak naik lagi 20sen tidak ditaja - seperti biasa mee goreng akan naik juga 20sen, nak taknak bayar jer.

Begitulah seterusnya mengikut putaran masa. Sebab apa, masing-masing cuba kaut keuntungan naikkan harga. Owhhh...PENYELESAIANNYA.... jangn makan mee gorengnlah yea.! Awak semua..... itu contoh mudah dari saya. Tukarkanlah mee goreng dengan makanan kesukaan kamu semua, barulah nampak apa yang saya nak kata.

Jadi...macam mana?
Siapa yang patut dipersalahkan atas kenaikan harga minyak dunia?
Apa yang sepatutnya dilakukan agar rakyat jelata tak meroyan sumpah seranah merata?
Menteri mana yang tak sepatutnya duduk diam bersila tak buat apa-apa?

Sudahlah....fikirlah...
Caci maki sumpah seranah tak bawa kemana
Dosa bebakul tak tepikul nak tuang kat siapa
Esok-esok tu turunlahhhhh ia.....

Sila jaga bahasa, Allah ada dimana-mana ♥♡

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...