06 September, 2009

OK ker Ron95?

Minyak naik lagi. Dah nak raya ni, dia naik pulak. Tunggulah lepas raya, tinggal baper hari jer lagi. Yg tak seronoknya, kalau minyak naik, maka sang peniagapun terhegeh2 nak naikkan harga brg. Wah... kali ni takleh ehhh...walaupun minyak naik, tapi digantikan dgn yg lain dgn harga lama. So, jgn nak mengada2, gunakanlah minyak pilihan kedua yea...

Apa itu RON95 & RON97?
Klasifikasi penjualan minyak petrol negara ini telah diselaraskan dengan dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON 95 dab RON 97 bermula 010909. Kedua-dua jenis bahanapi ini ialah dari sumber yang sama, cuma sedikit proses berbeza yang mana kedua-duanya tetap kekal sebagai petrol tanpa plumbum. Jadi, dua bulan lagi, RON95 akan menggantikan RON92, harganya ialah RM1.75 manakala RON97 menjadi petrol premium pada harga RM2.00.


Apakah kesannya pada pengguna?
Sebenarnya, banyak yang perlu anda ketahui tentang asas RON itu sendiri. Di seluruh dunia, pencemaran bahanapi fosil telah meningkatkan kesedaran banyak pihak, justeru kualiti bahanbakar ditingkatkan, dan jurutera pula bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin pembakaran moden yang mampu beropearsi dengan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga perlu sangat minimum.


Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda?
Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut?
Langkah paling mudah ialah melihat pada penutup petrol. Dan jika ia tiada di situ, boleh rujuk di buku panduan kenderaan. Pun begitu, tidak semua kereta menulis dalam bentuk angka, sesetengahnya menulis dengan istilah ‘leaded’ dan ‘unleaded’. Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di malaysia (termasuk RON92) merupakan petrol jenis tanpa plumbum (unleaded)

Adakah RON97 lebih baik dari RON95?
Secara teorinya, benar, namun secara paraktiknya tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON 97 di stesen B. Perlu diingatkan, setiap petrol di yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat ini mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.


Adakah RON95 berkualiti rendah?
RON adalah berkaitan campuran dua asas campuran Oktana dan Pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahanbakar petrol. RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah Oktana dan selebihnya Pentana. Begitu juga dengan RON97, 3 peratus Pentana dan selebihnya Oktana. Gandingan ini pula memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Namun sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai dengan menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking) atau juga disebut pinging.


Apakah tindak balas enjin?
Enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar dengan sejumlah 95 peratus Oktana. Ingat. Sifat Oktana ialah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai untuk menggunakan petrol RON95. Sebaliknya, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus Oktana, maka penggunaan RON95 adalah tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi tidak pada Pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan disinilah masalah ketukan (
knocking) berlaku.


Petrol yang baik adalah bergantung pada jenis pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan diawal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama. Ia direka dengan kejuruteraan tinggi untuk menjadikan setiap klasifikasi bahanbakar tersebut adalah yang terbaik. RON pula adalah klasifikasi piawai yang wajib mereka selaraskan. Sama seperti penetapan kelikatan yang ditetapkan dalam industri minyak pelincir.


Dakyah yang mengatakan lebih tinggi RON adalah lebih baik merupakan pendapat yang tidak benar. Petrol yang baik petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan enjin. Setiap pengeluar mempunyai resepinya yang tersendiri untuk menjadikan petrol mereka membakar dan membersih dengan efisyen. Setiap pengeluar memiliki pusat penyelidikan untuk membuat rumusan petrol dengan jisim seperti bersifat ‘mencuci’, mengekalkan tahap pembakaran, ketahanan dengan suhu dan pelbagai aspek untuk memastikan petrol mereka konsisten mengikut spesifikasi enjin yang direka untuknya.


Ada pengeluar yang benar-benar serius dengan mengekalkan tahap sulfur (jenis pencemaran ni) jauh lebih rendah daripada yang disarankan, malah ada sesetengah pengeluar petrol juga menghasilkan peratusan RON lebih tinggi dari RON97 tetapi masih diklasifikasi sebagai RON97. Ada juga pengeluar yang menjual RON97 dengan kandungan Pentana lebih 5 peratus.


Kesimpulannya, RON adalah berdasarkan kesesuaian enjin, bukan kualiti semata-mata. Tidak guna membandingkan RON100 Jepun atau RON98 di Britain. Mereka mempunyai enjin yang dicipta untuk kaedah pembakaran begitu. Kenapa perlu telan 2 bijik panadol kalau sebiji dah mencukupi untuk menyembuhkan demam panas? Kenapa perlu berbelanja lebih? Sedekah kat anak yatim lagi baik, boleh dapat pahala lebih lagi-lagi bulan puasa ni.


Jadi, langkah pertama pergi tengok tangki minyak kereta anda check manual kereta. Tapi diingatkan pada sesiapa yg guna Pegeot, jgn gatal2 gi pump Ron95. Nanti enjin kereta anda akan terus jem & tak boleh hidup.


Di bawah ni boleh tengok spesifikasi penggunaan Ron95 sbb ada beberapa kereta yg tak boleh guna langsung minyak ni. Ada juga org kata Proton Tiara tak boleh masuk minyak ni. Tapi ada lagi ke org guna Proton Tiara?
Ops, pic attached kecik, sila klik pada graf tu untuk gambaran lebih jelas. Sila pastikan dahulu sebelum Angkat-Masuk-Picit

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...