09 September, 2009

Tarikh 09-09-09, istimewa?

Wah... harini bertarikh 09-09-09, byk org kata hari ini adalah hari yg paling istimewa. Maka ramai yg mendaftarkan perkahwinan mereka pada tarikh keramat ini teruatamnya masyarakat Tiong Hwa di Malaysia. Di Johor Bahru saja seramai 99org telah mendaftarkan perkahwinan mereka pada detik 9.09pg disamping melepaskan 99 biji belon hati keudara. Di Florida, Amerika Syarikat pula, agen-agen perkawinan menawarkan pakej pernikahan murah dengan angka unik AS$99.99 untuk perkahwinan sehari pada tanggal keramat 09-09-09.

Produser film Focus Features hari ini juga melancarkan sebuah film animasi berjudul '9' yang berkisar tentang kiamat.

Meskipun secara teknikalnya, tak ada yang aneh dengan tanggal yang hadir hari ini, 09-09-09, namun secara semulajadinya, tanggal ini dianggap istimewa. Angka '9' sembilan seringkali dianggap sebagai angka 'luck'. Jika 09-09-09 dijumlahkan, hasil tetap akan menjadi '9', sehingga banyak orang yang mengaanggapkan sebagai hari menyambut keberuntungan. Atau mungkin saja ia akan menjadi hari peringatan agar berwaspada.

Para Numerologi, yaitu orang-orang yang mempercayai kekuatan mistik simbol angka-angka diluar kotak pemikiran logik, percaya bahwa ada kekuatan mistik dan getaran yang dapat diberikan disebalik kombinasi angka-angka. Mereka percaya disebalik komposisi 09-09-09 ini ada kekuatan yang sgt baik yang akan dibawanya.

Sebagai angka terakhir, angka tertinggi, angka '9' menduduki posisi yg paling istimewa. Para Numerologi melihat disebalik angka ini ada nilai-nilai pengampunan, belas kasihan, dan kejayaan disisi yg positive. Sedangkan di bhg negatifnya, ada sifat-sifat percanggahan dan penilaian sebenar diri, dibalik angka ini.

Salah seorang ahli matematik yg terkenal dari zaman Yunani, Pythagoras, yg dianggap salah seorg ahli Numerologi termashur, krn teori-teorinya yang berkaitan dengan angka-angka. Pythagoras sendiri berpendapat bahawa angka '9' merupakan angka yang istimewa dan memiliki sifat-sifat unik.

Mana2 nombor yg di darabkan dgn 9 kemudian dijumlahkan, ia tetap akan menjadi angka sembilan. Mari kita lihat;
2 X 9 = 18, 1 + 8 = 9
5 x 9 = 45, 4 + 5 = 9
8 x 9 = 72, 7 + 2 = 9
maka dgn ini diumumkan tidak ada angka lain yang mempunyai sifat seperti angka 9 ini.

Demikian juga jika angka 9 dikalikan dengan angka dua digit, tiga digit atau empat digit, dan hasilnya kemudian dijumlahkan, maka hasil akhirnya juga '9'. Mari kita lihat;
9 x 56 = 504, 5 + 0 + 4 = 9
9 x 123 = 1107, 1 + 1 + 0 + 7 = 9
demikian juga dengan angka lain. Inilah yang disebut oleh Pythagoras, angka 9, merupakan angka unik.

Tanggal 9 September juga merupakan hari ke-252 dalam satu tahun, yang kalau dijumlahkan 2 + 5 + 2 = 9. Unik atau kebetulan? Boleh simak kalendar anda tak kialah tahun apa.

Masyarakat China tahun lalu memilih angka 08-08-08 utk acaran Sukan Olimpik yg dirasmikan pd 8mlm dimana angka 8 dianggap sebagai angka kemenangan. Maka unuk tahun ini, mereka sgt senang dengan hari ini yang dianggap sebagai lambang panjang umur, puncak kejayaan, dan kemakmuran.

Secara history nya, para kaisar Cina juga mengagumi angka '9', berbagai bentuk arkitekture dan pakaian mereka banyak yang melambangkan angka '9', bahkan istana terlarang di lapangan Tiannamen, Beijing, juga khabarnya dibangunkan dengan 9,999 buah bilik.

Namun berbeza dengan manyarakan Jepun, mereka kurang mengistimewakan angka '9'. Ramai orang Jepun yang menghindari angka 9, ketika mereka menempah bilik hotel atau memilih tarikh utk membuat perjumpaan.

Di sudut islam Islam, angka 9 juga mendapat persepsi yang istimewa, ini karana Tuhan mempunyai 99 nama iaitu yang dipanggil Asmaul Husna yg sgt bernilai.
Dan hari ini kita menyambut Ramadhan yg ke 19
19-Ramadhan-1430H & 09-September-2009

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

08 September, 2009

Tiba-tiba terkenang

Tetiba jer terkenang peristiwa 7 tahun lalu. Waktu aku disunting menjadi isteri seseorang yg aku tak berapa nak kenal. Usia perkenalan beberapa bulan jer, lepastu bertunang. Kesepakatan 2 belah pihak bersetuju utk mengikat tali pertunangan selama 1 tahun saja. Masa bertunang tulah kami berdua berkenal-kenalan. Sampai jer waktu yg dijanjikan, kami disatukan.
Saja jer gatal upload gambar2 manis sewaktu majlis perkahwinan kami utk tatapan kawan2.

Hehehe...mesti hubby I tengah berdebar2 masa tu. Tapi Alhamdulillah, sekali lafaz jer kami dah jadi suami isteri.

Ni gambar kami sekeluarga dengan dayang2. Yg tepi skali belah kiri tu, abang kesayangan kami Allahyarham M.Nazri, sebelah dia yg diri atas sket tu hubby I, duduk Ayah, En.Ismail & Mak, Pn.Tugirah (cheewah, cam kembali ke zaman silam plak), sebelah mak tu I lah, sebelah I yg cantik tu my luvly sister, Norliza (masa tu masih dara lagi tau, hehehe). Duduk sebelah kiri M.Najib & M.Nawawi.
Hubby I merupakan menantu pertama keluarga dan menjadi menantu pilihan (cheeewah). So maknanya I dah langkah bendul masa tu, 2 lagi tau.

Yang ni Dayang2 yg dipujuk khas utk mengringi mempelai. Sekarang sumer dah besar panjang, makin cantik makin lawa. Ada yg nak bekenalan?
Dari atas; Nina, Diba, Azie & Biha. Duduk bawah; Azza, Yiyin & Anie.

Acara memotong pulut kuning. Tu tradisi keluarga, takde potong kek bertingkat2. Pulut tu sgt spesel sbb mak yg buat. Lepas tu jiran2 bergotong royong buatkan rendag & serunding daging utk dibuat layer. Sedapnyeee....

Gambar ni bukan amik dlm studio, tapi kat umah jer. Nak tau kul bapa waktu tu, lbh kurang 2pagi kot. Mlm tu ada majlis berinai, then disambung pulak dgn acara tukar2 baju (persalinan) Jenuh juga nak menyiapkan 8 persalinan termasuklah gaun org puteh ni.

p/s: Kenangan perkahwinan sgt indah kalau dikenang. Semoga perjalan perkahwinan kami seindah keraian majlis perkahwinan kami, selamanya.....


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

07 September, 2009

7 tahun

Diam tak diam, dah 7 tahun usia perkahwinan kami. Tapi tahun ni takde sambutan istimewa seperti tahun2 yg lepas. Almaklumlah, bulan puasa, ditambah lagi kami baru pindah rumah baru, terkejar sana, terkejar ke sini. Sebenarnya tak perasan pun aniversary dah sampai. Tu sebablah tak plan apa2.

Selama 7 tahun ni, macam2 kami dah tempuhi bersama. Susah, senang, gembira, sedih... Doaku agar perkahwinan kami akan terus tetap bersemi, abadi sehingga hujung nyawa.

Amin......


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

06 September, 2009

OK ker Ron95?

Minyak naik lagi. Dah nak raya ni, dia naik pulak. Tunggulah lepas raya, tinggal baper hari jer lagi. Yg tak seronoknya, kalau minyak naik, maka sang peniagapun terhegeh2 nak naikkan harga brg. Wah... kali ni takleh ehhh...walaupun minyak naik, tapi digantikan dgn yg lain dgn harga lama. So, jgn nak mengada2, gunakanlah minyak pilihan kedua yea...

Apa itu RON95 & RON97?
Klasifikasi penjualan minyak petrol negara ini telah diselaraskan dengan dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON 95 dab RON 97 bermula 010909. Kedua-dua jenis bahanapi ini ialah dari sumber yang sama, cuma sedikit proses berbeza yang mana kedua-duanya tetap kekal sebagai petrol tanpa plumbum. Jadi, dua bulan lagi, RON95 akan menggantikan RON92, harganya ialah RM1.75 manakala RON97 menjadi petrol premium pada harga RM2.00.


Apakah kesannya pada pengguna?
Sebenarnya, banyak yang perlu anda ketahui tentang asas RON itu sendiri. Di seluruh dunia, pencemaran bahanapi fosil telah meningkatkan kesedaran banyak pihak, justeru kualiti bahanbakar ditingkatkan, dan jurutera pula bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin pembakaran moden yang mampu beropearsi dengan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga perlu sangat minimum.


Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda?
Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut?
Langkah paling mudah ialah melihat pada penutup petrol. Dan jika ia tiada di situ, boleh rujuk di buku panduan kenderaan. Pun begitu, tidak semua kereta menulis dalam bentuk angka, sesetengahnya menulis dengan istilah ‘leaded’ dan ‘unleaded’. Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di malaysia (termasuk RON92) merupakan petrol jenis tanpa plumbum (unleaded)

Adakah RON97 lebih baik dari RON95?
Secara teorinya, benar, namun secara paraktiknya tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON 97 di stesen B. Perlu diingatkan, setiap petrol di yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat ini mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.


Adakah RON95 berkualiti rendah?
RON adalah berkaitan campuran dua asas campuran Oktana dan Pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahanbakar petrol. RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah Oktana dan selebihnya Pentana. Begitu juga dengan RON97, 3 peratus Pentana dan selebihnya Oktana. Gandingan ini pula memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Namun sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai dengan menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking) atau juga disebut pinging.


Apakah tindak balas enjin?
Enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar dengan sejumlah 95 peratus Oktana. Ingat. Sifat Oktana ialah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai untuk menggunakan petrol RON95. Sebaliknya, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus Oktana, maka penggunaan RON95 adalah tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi tidak pada Pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan disinilah masalah ketukan (
knocking) berlaku.


Petrol yang baik adalah bergantung pada jenis pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan diawal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama. Ia direka dengan kejuruteraan tinggi untuk menjadikan setiap klasifikasi bahanbakar tersebut adalah yang terbaik. RON pula adalah klasifikasi piawai yang wajib mereka selaraskan. Sama seperti penetapan kelikatan yang ditetapkan dalam industri minyak pelincir.


Dakyah yang mengatakan lebih tinggi RON adalah lebih baik merupakan pendapat yang tidak benar. Petrol yang baik petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan enjin. Setiap pengeluar mempunyai resepinya yang tersendiri untuk menjadikan petrol mereka membakar dan membersih dengan efisyen. Setiap pengeluar memiliki pusat penyelidikan untuk membuat rumusan petrol dengan jisim seperti bersifat ‘mencuci’, mengekalkan tahap pembakaran, ketahanan dengan suhu dan pelbagai aspek untuk memastikan petrol mereka konsisten mengikut spesifikasi enjin yang direka untuknya.


Ada pengeluar yang benar-benar serius dengan mengekalkan tahap sulfur (jenis pencemaran ni) jauh lebih rendah daripada yang disarankan, malah ada sesetengah pengeluar petrol juga menghasilkan peratusan RON lebih tinggi dari RON97 tetapi masih diklasifikasi sebagai RON97. Ada juga pengeluar yang menjual RON97 dengan kandungan Pentana lebih 5 peratus.


Kesimpulannya, RON adalah berdasarkan kesesuaian enjin, bukan kualiti semata-mata. Tidak guna membandingkan RON100 Jepun atau RON98 di Britain. Mereka mempunyai enjin yang dicipta untuk kaedah pembakaran begitu. Kenapa perlu telan 2 bijik panadol kalau sebiji dah mencukupi untuk menyembuhkan demam panas? Kenapa perlu berbelanja lebih? Sedekah kat anak yatim lagi baik, boleh dapat pahala lebih lagi-lagi bulan puasa ni.


Jadi, langkah pertama pergi tengok tangki minyak kereta anda check manual kereta. Tapi diingatkan pada sesiapa yg guna Pegeot, jgn gatal2 gi pump Ron95. Nanti enjin kereta anda akan terus jem & tak boleh hidup.


Di bawah ni boleh tengok spesifikasi penggunaan Ron95 sbb ada beberapa kereta yg tak boleh guna langsung minyak ni. Ada juga org kata Proton Tiara tak boleh masuk minyak ni. Tapi ada lagi ke org guna Proton Tiara?
Ops, pic attached kecik, sila klik pada graf tu untuk gambaran lebih jelas. Sila pastikan dahulu sebelum Angkat-Masuk-Picit

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

05 September, 2009

Dah 15 hari berpuasa... Subhanallah...

Tidak disangka kita telah melalui 15 hari Ramadhan. Terasa sgt cepat waktu berlalu. Alhamdulillah, bulan penuh barakhah ini dapat kita lalui dgn aman & sentosa. Mudah2an amal ibadah kita ditermia Allah s.w.t.

Bulan Ramadhan ni kalau kita tak gunakan dgn semaximanya, maka rugilah kita sbg Umat Islam. Ada 3 perkara yg saya nak kongsi dgn anda semua betapa seronoknya kita dlm bulan ramadhan ni.

Melebur
Kalau sekali dengar macam...Lebur EMAS? Tukar mas lama dgn yg baru. Lebur DUIT? Almaklumlah nak raya, mcm2 nak dibelinya. Tapi sebenanya Lebur yg saya nak perkatakan adalah LEBUR DOSA2 LALU. Sama ada dosa yg kecil atau dosa yg besar, InsyaAllah kalau kita menjalani ibadah puasa dgn penuh keikhlasan disamping menunaikan sembahyang mlm (Tarawih) dan memohon ampun dgn dgn penuh keinsafan, Tuhan pasti dengar.

Menjana
Wah janakuasa ker? Ohh tidak...tapi sebenarnya adalah Jana PAHALA. Jadi kita ambillah kesempatan Bulan Ramadhan ini utk bermudajat & melakukan amal makruf. Bukan saja harus berpuasa, buat apa tahan lapar kalau tak dpt apa2 dan jgn jadikan puasa alasan utk kita bermalas2an. Selain pahala puasa, ada byk lagi pahala yg boleh dijana sbb Bulan Ramadhan ni kalau buat baik pahalanya berganda. So, buat baik dgn org, tolong menolong, sedekah, senyum, buat org senang hati dsb. Disamping itu, Bulan Ramadhan ni juga bulan utk Jana PENDAPATAN. Tengoklah peniaga tumbuh mcm cendawan Kat pejabat2 pun pasti ada peniaga2 kecil yg jual baju raya, kuih-biskut raya dsb. Alhamdulillah, rezeki dari ALLAH s.w.t.

Menikmati
Mcm2 yg boleh kita nikmati. Selain 2 perkara diatas, di Bulan Ramadhan ni kita dapat Nikmat MAKANAN yg jarang kita temui. Almaklumlah, bazar ramadhan kalau tak tak nampak ada lebih 50 gerai, pasti kita aknak singgah. Kalau kat Johor ni, bazar yg menjadi pilihan dekat Kg.Melayu, BBU, Tmn Putra (Extra-Giant), Pandan, Tmn.U (ada byk bazar kat Tmn U termasuklah kat UTM), Smart & Danga Bay. Nikmat2 lain pastinya Nikmat KEKELUARGAAN kerana bulan puasa nilah kita dpt berkumpul sekeluarga menikmati hidangan. Nikmat KETENANGAN JIWA kerana bila kita beribadah akan pasti ibadah diterima. Dan yg paling diharapkan adalah Nikmat SYURGA. Siapa yg taknak masuk Syurga? Semoga kita semua berusaha, berlumba2 dan berebut2 utk menempatkan diri disisi Allah s.w.t. kerana Allah sudah berjanji Syurga itu pasti.

Imam Ibnu Khuzaimah dalam kitab At Targhib Juz II/217-218 meriwayatkan suatu hadith bahawa Rasulullah s.a.w. pada hari terakhir bulan Sya’ban berkhutbah di hadapan kaum muslimin, seperti berikut: “Wahai manusia, sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh suatu bulan yang agung lagi penuh barakah":
1) Kamu akan di naungi Ramadhan
- bagi yg telah meninggal dunia akan terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa
- juga doa pada sepertiga malam.
10)10 hari pertama - mulanya rahmat
10 hari pertengahan - pengampunan
10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka

Ya Allah, andai Ramadhan itu sepanjnag tahun..betapa indahnya dan bangganya aku sbg umat Islam..yg mana kita semua terus berusaha utk menjadi umat terbaik di dunia ini..
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

01 September, 2009

MERDEKA!!! Tapi Merdeka ke kita?

Selamat Menyambut Hari Memerdekaan yg ke-52 tahun. Berbangganya kita jadi Rakyat Malaysia yg hidup aman, damai, harmoni dan saling hormat menghormati. Negara lain ada mcm Malaysia ker?

Cuba kita renungkan bagaimana bersusah payahnya nenek moyang kita dahulu untuk mencapai Kemerdekaan. Jerit payah mereka kalau kita tak hargai sekarang maka sia-sialah pengorbanan yg mereka berikan. So, sekarang kita hayati maksud Kemerdekaan di zaman moden ni. Rasanya bangsa kita belum lagi Merdeka. Tengoklah budak2 sekarang ni, merdeka atas nama dan jeritan saja tapi diri mereka sendiri tak merdeka. Jadi apa tindakan kita???

Kalau dulu nenek moyang gunakan parang, cangkul, pedang, senapang, dan bom getah, berusaha bermati-matian untuk menyelamatkan bangsa dari tangan komunis. Jadi sekarang kita nak gunakan apa untuk berperang melawan musuh dalam selimut?

Musuh dalam selimut??? Kalau ada pembaca laman saya, maka saya rasa anda tahu dan sgt arif siapa musuh kita. Renung-renungkan & selamat beramal...............
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget