14 November, 2010

PENGORBANAN : KAMI RINDU KAMU

Beberapa hari lagi semua umat Islam diseluruh dunia akan menyambut Hari Pengorbanan iaitu Hari Raya AidilAdha atau biasanya kita panggil Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban. Dan disaat ini, lebih 2juta Jemaah Islam seluruh dunia sedang berkumpul di Tanah Suci Kota Makkah.

AidilAdha merupakan satu peristiwa pengorbanan teragung di mana Ummat Islam merayakan AidilAdha sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Ilahi di mana kemenangan bukan sahaja terkandung dalam Ibadah Haji itu sendiri, tetapi lebih dari itu iaitu mempunyai hubungan dengan beberapa peristiwa yang berlaku pada tahun Hijrah.

Pada tahun ke-9 Hijrah, Kota Makkah telah diisstiharkan dengan rasminya sebagai Tanah Haram, tidak lagi dibenarkan kepada orang-orang musyrikin kafir Quraisy untuk menziarahi Baitil Allah Al-Haram. Serentak dengan ketetapan ini, Kota Makkah dan sekelilingnya telah dibersihkan dari perkara-perkara syirik dan kekufuran dan Kalimah Tauhid telah ditegakkan dengan gagahnya di bawah naungan Kaabah dengan suatu pemerintahan Islam di bawah pimpinan Baginda Nabi Muhammad S.A.W.

AidilAdha sebenarnya lebih besar ertinya dan lebih tingi nilai darjatnya dengan AidilFitri. Seluruh Umat Islam akan bertakbir bermula dari malam hari raya hinggalah ke hari yang ke-4 iaitu pada 13 Zulhijrah yang dinamakan hari-hari tasyrik. Di samping bertakbir, Ummat Islam melakukan ibadah korban pada hari-hari tersebut.

Sejarah Pengorbanan Teragung tidak tertinggal dalam lipatan sejarah sahaja, tetapi iainya telah dihayati sepanjang zaman demi menegakkan agama Ilahi. Pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabatnya dalam memepertahankan Islam bukan sahaja dengan harta benda dan kekayaan mereka tetapi mereka juga mengorbankan nyawa. Tiada pengorbanan yang lebih agung dan utama daripada pengorbanan nyawa dan darah.

Hari Raya Qurban juga dikaitkan dengan peristiwa pengorbanan dua insan mulia Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Allah Ismail di dalam mentaati perintah Allah S.W.T.

AidilAdha tahun ini mengingatkan aku pada seseorang yang sangat aku sayangi. Beliau ialah abangku sendiri Almarhum Hj. Mohd. Nazri b. Ismail yang telah kembali kerahmatullah pada 6 tahun yang lalu iaitu pada 20.04.2004.

Pengorbanan yang dilakukan kepada kami sangat besar ertinya dan akan dikenang sepanjang zaman. Walaupun abang tidak mengorbankan dirinya sendiri, tetapi bagi kami dia telah membuat pengorbanan yang besar ertinya pada kami 4 beradik, pada ayah dan yang paling utama pada mak.

Abang telah terkorban dalam satu kemalangan langgar lari ketika dalam perjalanan balik dari tempat kerja, dalam lingkungan waktu 7.45 - 8.00 mlm. Menurut kata kawannya yang sama-sama bertugas, abang sempat menunaikan solat Maghrib dahulu sebelum pulang. Sekelip mata saja abang meninggalkan mereka, mereka terdengar satu dentuman kuat lebih kurang 200 meter dari tempat mereka bersembang, guard memberitahu ada kemalangan berlaku, mereka terus berlari ke tempat kejadian. Tak disangka-sangka rakan mereka yang sipanggil sebagai Megat sedang mengerang kesakitan di bawah sebuah kereta kancil bewarna merah hati. Pemandu kereta kancil itu tidak diketahui telah lari ke mana.

Berita yang kami terima melalui panggilan telefon sangat mengejutkan dan memeranjatkan seluruh ahli keluarga dan kenalan. Sekelip mata saja berita pemergian abang telah tersebar dan sekelip mata juga rumah kami telah dipenuhi kaum keluarga jauh dan dekat serta rakan-rakan kenalan. Kami sekeluarga diarahkan dan dinasihatkan agar duduk diam sahaja di rumah sementara rakan-rakan arwah di Terengganu menguruskan jenazah untuk dibawa pulang dengan segera.

Tepat pukul 10.00 pagi, rombongan membawa jenazah arwah selamat tiba diperkarangan rumah kami. Suasana pilu dan hiba menyelubungi wajah-wajah semua insan yang sangat sayang kepada arwah. Semasa hanyatnya arwah, sangat baik dan dikenali dengan sifat-sifat terpuji dalm dirinya. Arwah tak pernah sekalipun meninggikan suaranya kepada mak dan ayah. Jika mak marah atau melarang dia lakukan sesuatu yang mak tidak sukai, arwah hanya diam sahaja dan sambil tersenyum dia berlalu hanya selepas mak menamatkan leterannya. Arwah tidak pernah meninggalkan solatnya, dan kalau tertinggal dia pasti akan melakukan solat Qada' menggantikan solatnya yang tertinggal. Aku masih ingat, cara arwah mengejutkan kami adik2nya bangun tidur untuk solat subuh. Arwah akan menarik2 sambil cuba mematahkan ibu jari kaki kami atau menekapkan tangannya yang sejuk selepas berwuduk kepipi kami. Kalau kami tak bangun juga selepas dia selesai menunaikan solat subuh, pasti kami akan mendapat hukuman yang lebih berat. Arwah akan melibaskan hujung sejadahnya kekaki kami. Masa tu barulah kami akan bangun kerana libasan tu sangat sakit. Anda pernah kena tak? Kalau nak rasa, cubalah suruh seseorang lakukannya kepada anda.

Arwah juga sangat aktif bersukan. Tetapi ada satu peristiwa berlaku di padang permainan perumahan kami. Arwah ditangkap kerana bertumbuk dengan seorang rakan yang pada ketika itu mereka tinggal bersebelahan dengan rumah kami (Kalau anda adalah dari kalangan kenalan kami sewaktu kecil, pasti teringat cerita ini dan tahu siapakah budak lelaki itu sebenarnya). Punca pergaduhan adalah kerana budak lelaki itu mengejek2 nama ayah kami. Arwah sangat marah jika orang mengejek2nya dengan nama bapak, biasalah pada ketika itu budak2 suka main nama bapak ataupun menyebut perkataan 'kepala bapak kau'. Di sebabkan hal itu, mak telah melarang arwah abang peri bermain bola dengan rakan2nya di padang. Abang menurut kata mak, setiap petang dia tidak lagi keluar bermain bola di padang permainan kami tetapi hanya duduk dirumah saja ataupun mengikuti aktiviti sukan bersama rakan sekelasnya di tempat lain.

Selepas peninggalan arwah abang, kami benar2 merasa kehilangan. Tiada lagi kasih abang, tiada lagi sentuhan pipi dari abang, tiada lagi sms2 membina dari abang, tiada lagi panggilan2 misteri dari abang (abang suka bergurau). Ucapan terima kasih kepada abang yang telah meyakinkan aku supaya berkahwin dengan suamiku ketika ini. Suamiku dari kaca mata abang, aku tidak pasti, tetapi arwah sangat menyenangi bila aku berkawan dengan suamiku suatu ketika dulu. Katanya 'itulah jodoh kamu'.

Selepas peniggalan arwah abang, kami sangat2 terkejut kerana abang meninggalkan sejumlah wang yang banyak termasuk insurans diri dan insurans yang diberikan oleh pihak Petronas dan juga mewariskan ibu sebagai penerima pencen illat setiap bulan selagi hayat mak masih ada. Walaupun abang sudah tiada, tetapi beliau masih berbakti kepada kami semua, pada ayah, pada emak. Arwah pasti berbangga bila kami berjaya membeli rumah di sebelah rumah kami kerana beliau pernah menyimpan angan2 untuk membeli rumah sebelah itu untuk membesarkan rumah mak ayah yang sedia ada. Angan-angan arwah telah menjadi kenyataan, angan2 yang dari awal punca sebenarnya kerana membalas dendam dengan budak sebelah itu kini bukan lagi angan2 mat jenin.

Pengorbanan Arwah Abang memberikan kesenangan kepada kami sekeluarga. Walaupun arwah pergi untuk selama-lamanya tetapi kenangan bersamanya tetap segar dalam ingatan kami.

Terkorbannya seorang anak, seorang abang, seorang sahabat menjadi pengorbanan bermakna buat semua.....

Al-Fatehah untuk seorang anak yang dirindui, seorang abang yang disayangi, seorang sahabat yang dikasihi, seorang insan yang diredhai.....Almarhum Hj. Mohd. Nazri b. Ismail



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

7 comments:

Diyana Herry said...

kak ina, diana msih teringat lg arwah...dier seorg yg baik hati..nukilan akak wat diana rase sedih...terase rindu pd arwah..besar pengorbanan dier..untung akak ade seorg abg seperti arwah..semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg diredhai allah dan sentiasa disisi-Nya...

Saliza Salamat said...

salam niena rizal..kita baca artikel awak tu..sedihkan..bila mengenangkan org yg kita syg dah pergi..anyway..kita kenal arwah abg Naz..honestly dari zaman remaja lag i kita kagum dgn personaliti dan keperibadian arwah..selamat hari raya aidil adha utk awk sekeluarga..

Niena Ismail said...

terima kasih semua...arwah mmg orang yg baik, kami semua rindukan dia.

Diana, akk pasti awk mesti tak mungkin lupa wajah abg nasz senyum. Diapun suka menyakat korang kan...kita slalu bergembira bersama bila balik umah atok, nak-nak masa uma...h atok yg dulu2 tue, lari bekejar2 smpai begegar umah atok yg berlantaikan papan tue (rindu saat tu)

Saliza, hmmm...kalau tk silap, awk naik bas pakcik adi kan.. arwah abg tue senyap jer dan suka tersenyum. rasanya ada adik awk mengaji kat umah mak kita, dialah yg selalu ajar kalau dia balik cuti.

Diyana Herry said...

cmane blh lupe...
bile blk rumah atok bilal, sume jadik nakal..arwah pulak suke menyakat..dier dgn abg ijam dulu...teringat kenangan zaman kecik2 dulu..dahtu, kalo ade yg menangis, arwah suke pujuk...kalo berlari, mmg bergegar2la rumah atok ...tu..apatah lg bile sume cucu2 balik..senyuman dier, xpernah dpt lupekan..rase rindu kat dier...andaila dpt diundurkan mase balik kepade kenangan2 tu, alangkah indahnye....

Norazlinda Abd Samad said...

niena...aku pun rindu gak ngn arwah..dulu arwah penah ajar aku ngaji al-quran juga...arwah mmg seorg abang yg baik..susah nak cari ganti...

Liza Ismail said...

Thanks Sis, nukilan yang sangat dalam ertinya buat kami semua. Jasa dan pengorbanan abang memang sangat besar dan tiada bandingnya. Terlalu banyak pengorbanan abang pada akak especially yang akak takkan lupa sehingga ke hujung nyawa sekalip...un. Pengorbanan yang meninggalkan effect yang terlalu mendalam menjadikan kita semua seorang yang berjaya sekarang. Abang Jasamu sentiasa dikenang. Kami rundakan kamu. ABANG tiada gantinya walaupun berjuta yang datang.
SELAMAT HARI RAYA HAJI BUAT SEMUA...

Niena Ismail said...

Berkorban apa saja...
Harta atau pun nyawa....
Itulah kasih mesra...
Sejati dan mulia...

Kepentingan sendiri...
Tidak diingini...
Bahagia kekasih...
Saja yang diharapi...

Untuk menjadi bukti...
Kasih yang sejati...
Itulah tandanya...
Jika mahu diuji...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget